Thursday, September 2, 2010

Kejutkan Yang Terlena

Kejutkan orang dari tidur bukan satu kerja glamor dan mudah. Kalau di bulan Ramadhan ni mereka dikejutkan supaya dapat bangun sama-sama bersahur. Macam-macam cara dilakukan; guna jam loceng, panggil nama, ketuk pintu dan renjis air atau sapu air pada muka. Kalau pujukan tak lut maka jalan menggertak serta ugut pun ada juga.

Ini satu perkara, belum lagi bangunkan untuk solat subuh, untuk buat kerja rumah, untuk ke kelas, tolong masak untuk berbuka, bertadarus dan bertarawih. Setiap hari diberi peringatan; begini dan begitu sambil menimbang kata-kata sebab ketika ni sedang berpuasa. Cakap terebih dikatakan meleter dan kalau sedikit sangat tidak pula mahu diikutnya. Banyak cakap banyak salah dan bila banyak salah tentu berdosa.

Jika direnung dengan mendalam rupanya kerja mengejutkan orang memang satu kerja berat. Apalagi jika orang yang sedang dalam zon selesa. Sudah tentu angan-angannya di langit tinggi, menjelajah dari satu mimpi kesatu mimpi yang lain. Jika terjaga pun dia masih dalam khayalannya; masih
tidur walau mata dan telinga terbuka lebar, eyes opened without seeing and ears opened without listening.

Dalam aku merungut susahnya mengejutkan orang ni K berkata: Memang susah, itulah tugas para Nabi dan Rasul hingga ada yang digergaji kepala macam Nabi Zakariya as dan ramai lagi yang dibunuh seperti yang diceritakan dalam Al Quran. Bukankah manusia ini sentiasa dalam kelalaian, mengabaikan petunjuk bahkan menolaknya. Menyalahkan serta membenci orang yang memberi peringatan dan ingin menolong mereka? Cerita berat ni.

Nampaknya aku dapat satu pengajaran di Ramadhan ini, kena bersabar dan teruskan tugas walaupun nampak remeh. Mungkin aku boleh kejutkan orang dari tidur tapi aku tak mampu untuk membangunkan mereka. Aku mengaku segala kelemahanku dan sedar bahawa aku juga di antara orang-orang yang terlena......

1 comments:

piewahid said...

cantik analogi n3 ni... hanya yg bijaksana mampu membuat perbandingan.

***********************************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Berhati-hati di jalanraya

Post a Comment