Dua gambar atas di ambil di rumahku, dua gambar bawah di Pusat Kesihatan Kecil Daerah. Aku ni susceptible pada bunga purple hingga yang di tepi pagar rumahku pun aku ambil gambarnya. Jadi bila aku ke pusat kesihatan tersebut hati berdetik dan berbisik; macam pernah tengok bunga ni. Lalu tidak lepas peluang merakam gambarnya untuk buat perbandingan.
Bila di rumah baru dapat perhati betul-betul beza di antara keduanya iaitu pada daun pokok ni. Pokok di tepi pagar di halaman rumahku berdaun lonjong dan pokok yang satu lagi berdaun tirus. Bila buat reference di nursery bunga baru aku tahu yang pokok berdaun tirus ni banyak lagi suku sakatnya termasuk yang berbunga putih dan pink.
Teringat kata-kata orang tua-tua yang bersisik bukan semuanya ikan, yang berjanggut bukan semuanya kambing dan yang berdakwat bukan semuanya sotong. Seiras, seakan-akan, ala-ala, seperti, macam, sebagai contoh.......adalah cara untuk mengatakan bahawa ada persamaan tapi tetap tak sama.
Jangan mudah terpedaya.

0 comments:
Post a Comment