Wednesday, September 1, 2010

Penangan Lagu Raya

Dah dekat nak raya bermakna lagu-lagunya semakin banyak berkumandang di pasar malam, pasar tani dan supermarket, di radio serta tv hingga hati berdetik dan berbisik; dah nak raya! dah nak raya! Lalu ramai digamit rindu terutama yang merantau agar segera dapat balik ke kampung. Seronok nak jengok persiapan, sudahkah rumput di halaman di potong, langsir dijahit, pagar dicat dan kuih muih dibuat?

Banyak lagu-lagu nostalgia raya dan setiap orang ada favorit yang tersediri. Ada yang sayu mendengar lagu S Jibeng dengan 'ratapan di Aidil fitri'nya, ketika mengenang diri miskin dan terbuang. Ada yang minat 'dendang perantau' kerana frust tak dapat balik beraya dan ada yang suka lagu dam dam dum bunyi mercun kerana inilah lagu paling meriah. Dan tak semena-mena bila dengar lagu 'satu hari di hari raya' teringat pulak banyaknya dosa kat mak dan abah.......

Di Ramadhan ini aku mencari-cari apakah yang setidak-tidaknya dapat memberikan keinsafan
dan nostalgia yang indah dalam menjalani hidup seterusnya. Adakah ayat-ayat yang dibacakan ketika tarawih dan tazkirah selama ini dapat diingat melebihi dari lagu raya sehingga boleh menitiskan air mata?

Atau yang dikenang hanya gaya bacaan imam pada malam tu yang sedap ala-ala suara Rasyid Aflasi atau Saad Al Ghamidi sedangkan imam malam sebelumnya bacaannya lambat, kemelayuan dan membuat orang mengantuk....

Ketika Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi ni usaha jugalah aku menyemak makna beberapa surah lazim terutama Al Qadr ayat demi ayat. Di malam ke 20 Ramadhan lalu dalam rakaat terakhir tarawih imam membaca dengan suara kuat merdu dan penuh perasaan ayat akhir surah Naba'; ...dan orang kafir berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah debu'......... Mudah-mudahan aku ingat.

2 comments:

LyNn HaMzAh said...

lagu raya pilihan Lynn dah tentu yang oldies...SELAMAT HARI RAYA dari SALOMA is the best...

Hanisham Ab Halim said...

Bila dgr suara2 imam mengalunkan suara merdu dgn surah2 faveret aku buat aku rase tenang.....

Post a Comment