Setiap tahun aku berazam untuk beraya secara sederhana lebih-lebih lagi selepas mendengar tazkirah setiap lepas tarawih. Diperingatkan bahawa malam raya pun sepatutnya buat ibadah macam malam-malam sebelumnya. Merasa sedih kerana bulan yang penuh barakah sudah pun berakhir. Tetapi bila ahli keluarga yang jauh dan dekat sudah berkumpul beramai-ramai serta membuat persiapan terakhir lalu semuanya terlupa.
Seronok menghidupkan tradisi menggantung langsir, memasak sakan juadah raya dan tv pun menyiarkan pelbagai rancangan hiburan yang hebat. Tambah pula sebelum raya gaji sebulan dua kali. Tapi selepas raya nanti mengeluh sebab gaji dua bulan sekali. Ketika nak raya berbelanja lebih dari biasa hingga banyak bajet yang burst. Memanglah raya setahun sekali tetapi setiap tahun buat kesilapan yang sama padahal perkara ini boleh dielakkan jika dirancang dengan betul.
Ramai orang kata sepatutnyaa kita berjimat di bulan puasa tapi ianya tinggal kata-kata dan pesanan. Dalam pada itu aku dengar dari kawan bahawa ada satu keluarga ni memang susah nak dicari. Rare spesis gamaknya. Segala persiapan raya yang bukan jenis makanan sudah disiapkan sebelum bulan Ramadhan. Jadi tidaklah terperangkap dengan tipu daya jualan murah, rush at the last hour atau bajet lari. Ramadhan dikhaskan untuk beribadah semata-mata. Juadah puasa dan hari raya dibuat secara ala kadar dengan penuh kesyukuran.
Aku tanya Ustaz yang baru balik dari Mesir macam mana beraya kat sana? Katanya di pagi raya meriah, selepas tu ziarah dan yagn lain macam biasa. Tidaklah sampai semacam kita ni, sakan beraya dan bergaya, buat yang sunat hingga tertinggal yang wajib. Sebenarnya mengira untung dan rugi bukan setakat pada duit ringgit sahaja. Tabung amalan semasa Ramadhan lebih perlu disemak apakah habis semuanya ketika beraya.
Teringat di kampung dulu selepas seminggu raya adalah orang datang ke rumah untuk memberi duit zakat fitrah untuk setiap pelajar sekolah. Sekarang tidak didengar lagi kerana budak sudah dapat duit raya yang kadang-kadang sampai beratus ringgit. Sebelum terlupa elok juga tengok kuih yang masih tersisa dalam balang-balang dan pelbagai jemputan ke majlis rumah terbuka yang ceritanya makan, makan, makan. Selamat Hari Raya sekali lagi dan maaf zahir batin.

0 comments:
Post a Comment