Daun terap di atas dulang,
Anak udang mati dituba;
Dalam kitab ada melarang,
Perbuatan haram jangan dicuba.
Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang;
Menangis mayat di pintu kubur,
Teringat jasad tidak sembahyang.
Burung tempua buat sarang,
Ayam jantan cedera di balong;
Menangis diri tinggal seorang,
Kepada siapa meminta tolong.
Bunga tak layu kerana lebah,
Sayang patah dahan meranti;
Perangai buruk eloklah ubah,
Agar tak sesal di kemudian hari.
Semua gambar di atas diambil di nurseri bunga. Di Cameron Highands impatients memang banyak ditanam; di taman dan halaman, cerun jalan dan tepi kebun sayur. Tapi bunga berwarna kuning ni sejenis bunga lama, dulu banyak terdapat di kampung-kampung. Baru-baru ni nampaknya ada di tanam di tepi batas ladang kelapa sawit di Kampung Gajah dan Kerian. Kreatif juga. Eloklah ladang sedap mata memandang bukan setakat tempat memabanting tulang dan dibiarkan jadi semak belukar dan hutan banat.
Oh ye, aku suka dengar pantun terutama pantun lama dalam filem Melayu klasik. Apalagi jika diucapkan oleh Ayhm Nordin Ahmad yang berbunyi; kajang Pak Malau kajang berlipat dalam filem Seri Mersing......atau Latifah Omar; nyiur gading puncak mahligai. Mendayu-dayu bunyinya. Berlainan dengan sajak, susah sikit nak faham terutama yang abstrak dan canggih, hanya orang yang berfikiran tajam dan intelektual saja yang mengerti.

Pantun ni banyak ketegorinya dan yang paling baik tentu pantun nasihat. Orang dulu pandai berkias ibarat, sesuai dengan zaman yang mengamalkan kesopanan dan berlemah lembut. Teringat ketika pakcikku yang asyik termenung dan serba tak kena bila pulang bercuti. Neneklah yang perasan. Beliau yang duduk di tepi tangga dapur sambil mengasah pisau menoreh getah sempat menyindir pakcik, katanya; ungut-ungut berpadah garing, handak babini supan bapadah...
0 comments:
Post a Comment