Friday, December 3, 2010

Jalan Menimba Ilmu

Berjalan sendirian
Semakin jauh
Kekadang berteman
Apa yang ada di hadapan?
Teruskan perjalanan

Gambar diambil oleh Haq ketika merentasi Banjaran Titiwangsa untuk ke Pantai Timur. Hajat hatinya untuk menghadiri kem motivasi yang dianjurkan oleh sebuah NGO. Hendak ke sana tempatnya tersorok di pendalaman yang sudah tentu susah untuk cari pengankutan jadi fikir punya fikir dia pun berpakat dengan kawannya untuk bermotorsikal saja. Lebih mudah walaupun letih sedikit tetapi tak menjadi masaalah kerana orang muda suka adventure dan mungkin semapat race di jalanraya yang lengang.

Persediaan pun ala kadar, sedikit pakaian kerana katanya bukan untuk pergi meeting atau seminar. Sudah tentu ke kem motivasi kena bermain selut, mandi sungai dan boleh membasuh pakaian sekali. Aku kata yang penting bawa kamera untuk ambil gambar sekiranya ada tempat yang menarik dalam perjalanan dan ketika di kem. Bila balik banyak juga koleksi gambarnya tetapi ada yang terpaksa disensor kerana aksi berbaring di atas jalan raya agak keterlaluan. Dan juga gambar mereka melekap seperti tokei di papan tanda Taman Negara dan basah kuyup kena hujan yang termasuk dalam kategori lucu dan kasihan.

Sekurang-kurangnya perjalanan jauh yang ditempuh ini boleh menjadi kenangan dan pengajaran. Orang tua-tua kata jauh perjalanan banyak pemandangan, hidup lama banyak yang dirasa. Ilmu adalah lampu penyuluh yang berharga dalam hidup oleh itu jalan yang ditempuh untuk mendapatkannya bukan mudah. Adapun sesuatu yang senang dapat akan senang juga hilang. Semoga semua yang tekun dan gigih dalam menimba ilmu di permudahkan jalannya dan mendapat ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

3 comments:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Sungguh..... Perjalanan yang jauh akan meluaskan lagi pandangan dan kita akan belajar lagi banyak benda....

Muhammad Mu'az said...

ya. perjalanan kehiduoan itu sangat luas. pasti akan diselit dengan pelbagai mehnah, tribulasi mauhupun ujian. :)

SF said...

seorang tua yang ku temui semalam berpesan katanya; mesti ikhlas, ada pengorbanan dan istiqamah

Post a Comment