Orang-orang beriman percaya bahawa kebahagiaan di dunia dan akhirat bergantung pada amalan dan niat. Amalan ini termasuklah segala perlakuan samaada ibadah khusus atau umum manakala niat terletak pada kebersihan dan kesucian jiwa ketika melakukan perkara-perkara tersebut. Oleh itu jalan kehidupan orang-orang yang beriman mestilah mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt dan ditunjukkan oleh RasulNya.
Sebaliknya segala kesengsaraan yang menimpa seseorang adalah disebabkan oleh kerosakan dan kekotoran jiwa yang telah menjerumuskannya ke dalam kesesatan dan keingkaran. Allah swt berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya beruntunglah orang yang mennsucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (Asy Syam: 9-10). Manusia boleh memilih jalan yang dikendakinya namun dia akan menerima balasan dari apa yang telah dilakukannya. Rugi di dunia tidak sama dengan rugi di akhirat kerana masa dan ukuran ketika itu berlipat ganda keadaannya.
Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghenti-kan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup. (HR Nasa'i, At Termizi).
Oleh yang demikian kaum Muslimin mestilah berusaha menjaga diri dengan membersih dan mensucikan jiwanya. Ini kerana jiwa yang suci bersih dapat menjauhkan dirinya dari melakukan segala perbuatan yang buruk dan merosakkan. Penyucian jiwa hanya dapat dilakukan dengan adanya ilmu kerana ia sesuatu yang sangat susah, memerlukan masa yang panjang serta kesabaran yang tinggi.

3 comments:
alhamdulillah... terima kasih & jazakallah khier atas perkongsian tazkirah yg cukup bmakna.
didahulukan dengan muhasabah diri..melihat ke dalam diri.Apa dosa yang telah dilakukan hari ini dan hari sebelumnya.Melazatkan amal dari perbuatan sia-sia.Terima kasih juga atas peringatan ini sob..
kadangkala boleh jaga amal tapi tak boleh jaga niat. Iaitu niat yang ikhlas, kerana mesti ikhlas sebelum melakukan, semasa melakukan dan menjaga ikhlas hingga ke akhir hayat...
Post a Comment