Who has seen The Wind
Who has seen the wind?
Neither I nor you;
But when the leaves hang trembling
The wind is passing through.
Who has seen the wind?
Neither you nor I;
But when the trees bow down their heads
The wind is passing by.
(C Rossetti)
Gambar diambil di sebuah restoren di Sungai Dua. Setiap dua minggu sekali kami singgah di tempat ini dalam perjalanan menghantar Kha ke asrama. Ada sejenis makanan di restoren yang membuatkan ramai orang dari jauh dan dekat datang ke sini. Untuk menguatkan lagi buktinya ada gambar angkasawan kita Dato M ketika dalam restoren dan orang kuat TV3 Dato Seri F serta keluarga bersama pemiliknya. Ada lagi gambar-gambar orang famous terpampang di dinding atau di meja beralas kaca. Pendik kata sesiapa yang ke Sungai Dua pasti tak lepas peluang berkunjung.
Kami singgah kerana inilah tempat lepak selesa yang dekat dengan asrama Kha. Aku suka dengan tamannya yang ada pokok ceri dan buluh, bunga-bunga dan sedikit pokok orkid. Bila singgah 45 minit sebelum berbuka di bulan Ramadhan lepas kami hanya dapat air minuman kerana makanan tidak dapat disediakan. Terlalu ramai orang. Nasib baik aku bawa bekal dari rumah walaupun taukeh restoren menjeling namun tak sampai hati agaknya nak kata no outside food is allowed.
Ketika berdiri di bawah pokok ceri di tempat parkir kereta di petang itu aku melihat langit yang biru dan bulan pucat kesiangan di celah dedaun. Hati berdetik dan berbisik; walau bulan dipuji ketika malam tapi bila siang menjelang ia telah dilupakan. Dan di manakah angin? Ada tapi sepoi-sepoi bahasa sahaja, tidak sekuat typhoon di Gifu yang menumbangkan pokok-pokok atau Taufan Durian di ruang udara Laut China Selatan yang menggeggarkan kapal terbang......
2 comments:
cantiknye gambar :)..
saya suka duduk di bawah pokok ceri....
Post a Comment