Walaupun tubuh badan manusia dijadikan dari unsur yang sama namun ada perbezaan yang sangat besar wujud di antara mereka. Perbezaan ini bukan dinilai mengikut kaca mata manusia yang sering memandang keindahan fizikal, kekayaan, jawatan dan keturunan sebagai nilai utama. Sesungguhnya nilai seorang manusia itu dilihat melalui cara kehidupan yang dijalaninya adakah ia mengikut petunjuk yang telah ditentukan oleh penciptanya atau pun telah tesesat jauh.
Perbezaan derjat ini telah diterangkan oleh Allah swt iaitu barangsiapa yang beriman dan beramal soleh maka akan dimuliakan kedudukannya. Sebaliknya yang ingkar dan kufur akan direndahkan darjatnya hingga lebih rendah dari binatang ternak. Tidak ada gunanya nikmat dunia yang melimpah jika hidup digunakan hanya untuk bersukaria, membuat maksiat dan menzalimi orang lain.
Sebenarnya perbezaan ini bukan wujud di dunia saja akan tetapi di akhirat ianya lebih ketara lagi. Allah swt berfirman yang bermaksud, "Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu, dan kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali." (An Nisaa': 115)
Oleh itu seseorang mesti berhati-hati dalam memilih prinsip hidupnya. Ini kerana segala apa yang diikuti dan dilakukannya akan menentukan dirinya sebagai manusia yang selamat atau binasa di dunia dan di akhirat. Mengikut majoriti bukan bermakna sesuatu itu benar kerana ia mungkin hanya mengikut koleksi selera serta pemikiran orang ramai. Akan tetapi orang-orang yang beriman telah mendapat petunjuk yang jelas dari Allah swt dan rasulNya. Hanya orang-orang yang mengikuti cara hidup yang diperintahkan oleh Allah swt akan mendapat balasan yang baik.

1 comments:
entri ini bagus. terima kasih kerana berkongsi :)
Post a Comment