Bunga yang matang
Gambar diambil di belakang rumah Mak Andak. Kaduk ialah sejenis tanaman menjalar dan mudah tumbuh di kawasan rendah yang redup. Nama saintifik pokok ini ialah Piper sarmentosum Roxb dan di kenali juga sebagai sirih duduk, kaduk kampung, thippili dan daun cabei. Daunnya berbentuk dan berbau seakan sirih. Bunganya kecil-kecil tersusun pada pada satu jambak di hujung tangkai yang terselit di celah-celah daun. Jambaknya pendik berwarna putih.
Biasanya pucuk kaduk dibuat ulam atau di masak lemak kerana ia lembut dan enak.Untuk perubatan, air rebusan daun kaduk dipercayai boleh mengubati sakit pinggang, selesema, sakit kepala, hidung, telinga, ulser, demam malaria, batuk yang berpanjangan, bengkak hati serta penawar kecacingan.
Daun yang ditumbuk lumat boleh dilekapkan pada kepala untuk mengurangkan sakit di bahagian tersebut. Daun kaduk yang telah dikeringkan dan ditumbuk halus apabila diminum bersama satu sudu madu setiap hari dapat menurunkan panas badan. Serbuk ini jika dicampurkan dengan susu lembu lalu diminum dua kali sehari dapat membuang angin dalam badan.

9 comments:
salam,
info yg bagus. thx for sharing
nice info,,,
sukses selalu sahabat,salam :)
suka makan bila kena masak dalam gulai.. hehe
macam daun sireh...
sireh banyak jenis. pokok yg cantik kalau dapat dijalarkan di pagola. sebenarnya pokok lada hitam juga hampir serupa dengan pokok sireh dari segi rupa, bau dan rasa.
anyway thanks for de info. great blog.
sedap buat nasi kerabu kan
saya sendiri tak pernah makan, Insyallah nak cuba. Thanks bagi semangat nak mencuba
susahnye nk bezekan kaduk ngn sireh kalau tgk gmbr.. kalau ade depan mata leh bau..
kaduk kalau ltk dlm bubur nasi sedap :) aroma die menyelerakan..
Tmpg tnya ade jual daun kaduk x? Kt sini cari xjmpa..
Post a Comment