Monday, December 6, 2010

Demam Dendrobium

Dendrobium jenis baru
Dendrobium jenis baru
Kelopak berjalur
Kelopak kerinting
Kelopak kehijauan

Gambar Dendrobium yang paling atas diambil di pondok orkidku dan yang lain dari beberapa tempat. Jenis orkid ni mudah untuk dijaga dan bunganya kembang secara beransur-ansur hingga setangkai tahan hingga lebih sebulan. Yang bagusnya Dendrobium kerap berbunga dan dapat menyerikan pondok orkid sementara tunggu pokok yang liat seperti orkid Vanda (dua kali setahun) atau Gramatophyllum (dua tahun sekali) baru berbunga.

Bunga Dendrobium ada bermacam bentuk; ada yang besar leper seperti phalaenopsis, mini atau kelopak kerinting. Ada yang satu warna dan ada pula dengan kombinasi warna yang sangat menarik. Dendrobium nobile adalah orkid yang biasanya hidup di kawasan dingin. Pokok orkid ini akan gugur daunnya hingga tinggal batang sahaja dan kuntum-kuntum bunga akan keluar dari ruas-ruas batang tersebut. Dendrobium yang paling mahal adalah yang mempunyai bunga seakan bertanduk dan berjanggut.

Apapun biasanya orkid Dendrobium murah harganya kecuali jika jenis baru ataupun eksotik. Jenis biasa yang ditanam dalam pasu plastik harganya hanya RM 6.00-9.00 saja dan jika ada pameran dijual dengan harga RM 10.00 untuk 3 pasu. Bila sampai ke rumah tidak perlu mencabut pokok dan menukar pasu. Masukkan pasu asal bersama pokok ke dalam pasu tanah liat yang lebih besar. Dengan cara ini akar pokok tidak cedera dan tumbesaran tidak terbantut. Ada rezeki cepatlah ia berbunga.

3 comments:

LaDY YeLLow said...

wow cantiknyer bunga...ri suka sgt ngn bunga...
ni msti ada taman orkid kat umah ni...

ctpayong said...

sewaktu ke MAHA2010 tempoh hari, kak ct ralit tengok orkid..

Sarihani Falahi said...

lady.....bukan ada taman, cuma sepasu dua saja. sebab ska jadi tengok dan ambik gambar selalu. Hiburan dan hilangkan stress...

ctpayong, saya tak ada peluang ke MAHA. Tengok orkid memang melekakan....mungkin kalau ke sana saya melekat di tempat orkid aje

Post a Comment