Tuesday, December 7, 2010

Rumput Tahi Babi

Rumput tahi babi
Daun, close up
Bunga, close up
Bunga disebarkan angin

Gambar diambil di tepi sungai kebun Pak Kholil. Tumbuhan ini nama saintifiknya Ageraratum conyzoides digelar rumput tahi babi kerana mudah tumbuh di kawasan kotor seperti di tepi kandang ternakan. Ia cepat membiak di tanah lembab dan lapang, di dalam kebun serta di tepi jalan dan menjadi rumpair. Tumbuhan ini dikenali juga dengan nama rumput tahi anjing, rumput jalang, selasih dandi dan banyak nama lain. Batangnya kurang dari setengah meter tinggi, daun berbentuk lonjong dan bunganya berwarna putih atau ungu muda.

Akar dan daun pokok ini digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Rebusan akar pokok jika diminum dapat menurunkan panas badan dan cirit birit. Rebusan daun muda yang telah dikeringkan yang bersifat anti toksik dipercayai dapat mengubati malaria, menyembuhkan luka dalam rahim, mengawal pusingan haid serta masaalah haid yang kronik.

Pes yang dibuat dari daun yang ditumbuk lumat dan kapur sirih apabila disapu pada perut dapat melegakan sakit perut. Pes ini juga boleh megubati luka-luka kecil, kudis dan bisul.
Selain itu jus yang telah diperah dari daun dan batang rumput kemudian dititikkan ke dalam telinga dapat mengubati penyakit dalam telinga.

2 comments:

Echam said...

Nama mmg gempak habis dan teruk plak tu tapi khasiatnya, Masya Allah.. Iulah nikmat Tuhan...

SF said...

Di Vietnam pun orang panggil curt lorn bermaksud pig faeces, di America sebagai billygoat-weed. Dah namanya begitu....tapi bunganya yang kecil2 berwarna ungu muda memang nampak sweet sekali

Post a Comment