Friday, December 17, 2010

Limau Kasturi

Bunga limau kasturi
Putik masih kecil
Buah masih muda
Buah sudah matang
Dijual di gerai buah

Gambar diambil di rumah mak dan di kedai menjual buah-buahan. Nama saintifik limau kasturi ialah Citrus microcarpa. Pokoknya rimbun dan saiz pokok serta buahnya lebih kecil dari pokok limau jenis lain. Dengan daun berbentuk lonjong dan bunganya yang berwarna putih mempunyai bau yang sangat harum. Buah limau kasturi berbentuk bulat dan berwarna hijau pekat kecuali ketika hampir masak.

Daun pokok limau kasturi boleh direbus atau direndam kemudian diminum airnya untuk mengurangkan sakit kepala dan migrain. Daun yang telah dilumatkan kemudian diperah airnya jika diminum dengan segelas air sejuk dipercayai dapat menguruskan badan.

Buahnya pula dijadikan acar dan jeruk sementara kulitnya dijadikan ulam untuk menghilangkan bau badan. Perahan air limau kasturi berbau wangi dan dicampurkan ke dalam sambal belacan, sos ikan dan air asam untuk membangkitkan selera makan. Air limau digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan dan daging. Jus limau kasturi yang dicampur dengan air suam
berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencuci buah pinggang. Minuman ini jika dicampur dengan sedikit madu berkesan untuk menghilangkan batuk dan membuang kahak.

7 comments:

Hanis Azla said...

masa kecik2 dulu selalu belah buah limau ni dan masukkan asam boi merah di tengahnya..then hisap limau tu. mmg sedap. tp sekarang dah tak buat dah sebab tahu tak elok makan macam tu.

omurice said...

kecik2 cili padi...hehe...kecik2 tapi byk guna nyer..

LadyBird said...

lady suka bau die..lady letak atas meja dan dalam kereta.. bau die best.. segar..

Azian Elias said...

Sedapnya buat samlan belacan. Kulitnya dihiris halus2..

Sarihani Falahi said...

orang kata banyak makan asam cepat jadi pelupa...tapi dengan asam boi sangat best

limau kasturi harganya murah, very juicy dan baunya memang wangi

jom tanam sepokok.....

piewahid said...

saya peminat pokok limau kerana sukakan aromanya.

di belakang rumah, saya tanam beberapa jenis pokok limau termasuk limau kasturi. alhamdulillah tak terabis makan dan dpt pula disedekahkan kpd para tetamu.

Usagi said...

banyaknya khasiat limau kasturi, sampai ke daunnya bole wat jus. kat rumah mmg berlambak la pokok nie, mak suka sgt menanam pokok yg berbuah....tp pokok bunga pon banyak jugak:)

Post a Comment