Cepat membiak
Gambar diambil di Kampung Kem Balak Sungai Siput. Pokok ini biasanya tumbuh di kawasan lapang seperti di ladang, tanah bekas lombong dan tepi jalan. Nama saintifiknya ialah Elephontopus odoratum kerana daunnya berbau tengik apabila dihancurkan. Ia juga dikenali sebagai pokok busuk-busuk, daun melalang, pokok Jepun, pokok manialam dan pokok payung terjun. Walaupun ia tumbuh rendah tapi di tanah yang lembab ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan sangat rimbun.
Daunnya berwarna hijau muda, bergerigi dan berbentuk seperti sayap kapal terbang. Pengeluaran bunganya bermusim dengan bunga yang kecil berwarna putih dan ringan seperti kapas. Daun pokok kapal terbang banyak digunkan untuk merawat luka. Caranya dengan melumatkan daun dengan menggosoknya di antara dua tapak tangan. Kemudian tampalkan pes pada luka untuk menghalang darah keluar. Pes ini juga boleh disapu pada betis untuk menghilangkan miang kerana rumput dan lalang.
Daun pokok kapal terbang juga dibungkus bersama buah-buahan mentah kerana ia mempercepatkan proses pemeraman buah agar cepat masak.
1 comments:
pokok yang paling mudah ditemui, ada manfaatnya cuma kita kurang tahu
Post a Comment