Wednesday, March 31, 2010

Kenapa Tak Pandai Ngaji

Aku dan adik ngaji dengan Kak Yang, rumahnya tiga buah rumah dari rumah nenek. Aku suka ke sana kerana rumahnya besar dengan tiang-tiang batu setinggi 12 kaki dari tanah dan tingkapnya panjang hingga ke lantai.

Di waktu petang kami mengaji dekat tingkap menghadap pokok jambu bol setinggi rumah. Pokok ni kalau berbunga seluruh dahan ditutupi kuntum bunga pink dan bunga gugur bertaburan macam carpet; pink dan tebal. Juga ada burung coklat dan kuning melompat-lompat di dahan.

Bila pokok dah berputik aku tunggu bila buahnya akan masak. Bila buah masak, aku nak cepat habis ngaji supaya cepat ke dapur dan melaung: Nek mintak jambu ya! Terus meluru ambil galah dan jolok saja. Orang ngaji aku berangan, dan kerana Kak Yang baik dan cantik, suara pun sedap jadi keluargaku ingat semuanya ok.

Kalau ngaji malam aku risau bila nak balik sebab lalu di celah rumpun pisang dan buluh yang gelap sebelum sampai ke rumah. Walaupun Kak Yang hantar di tangga rumahnya, aku dan adik macam nak pecut lari tapi takut pelita padam. Dalam khayal dan risau aku dengar dan hafal apa saja yang Kak Yang baca.

Lama baru dia mengadu kat nenek yang aku ni susah sikit nak dapat, boleh hafal ala kadar dan susah mengeja. Ngaji aku pelan malap dan terus terbantut kerana tak lama lepas tu guruku terkena penyakit misteri.

Tuesday, March 30, 2010

Marilah Duduk-duduk Sebentar

Mendung... nak hujan
Tanah Hitam, Chemor

When The Sun Comes After The Rain

When the sun comes after the rain
And the bird is in the blue
The girls go down the lane
Two by two.

When the sun comes after the shadow
And the singing of the showers
The girls go up the meadow
Fair as flowers.

When the eve comes dusky red
And the moon succeeds the sun
The girls go home to bed
One by one.

And when life draws to its even
And the day of man is past
They shall go home to heaven
Home at last.
(R L Stevenson)

Gambar atas: Di belakang rumahku, dari bawah pokok rambutan menghadap arah barat (lewat petang). Gambar bawah:

Di sebelah Masjid Al Hidayah, Tanah Hitam (lepas zohor). Semua pokok yang ada tu ialah pokok mengkudu yang berbuah kecil, masa ambil gambar tercium bau harum bunga-bunganya.

Monday, March 29, 2010

Dekati Syurga Jauhi Neraka

Dari Muaz bin Jabal ra berkata: Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga dan menjauhkan aku dari neraka.

Jawab Nabi saw: Sebenarnya engkau telah betanya suatu perkara yang besar, dan sesungguh-nya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah swt; iaitu hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.

Kemudian Nabi saw bersabda lagi: Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya?

Aku menjawab: Mahu, ya Rasulullah.

Sabda baginda: Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah jihad.

Kemudian Nabi saw bersabda lagi: Mahukah engkau aku khabarkan akan kunci kepada semua perkara ini?

Aku menjawab: Mahu, ya Rasulullah.

Lalu baginda memegang lidahnya sambil bersabda: Awas, jaga ini baik-baik.

Aku bertanya: Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya?

Baginda lalu menjawab: Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur kata mereka).

(Koleksi hadis yang disusun oleh Imam Nawawi dalam kitab Matan Arba'in)

Di kejar Kuda Kepang

Di kampongku pertunjukan kuda kepang diadakan di halaman rumah penduduk untuk meraikan majlis berkhatan atau selepas kenduri kahwin. Di malam tersebut digantung enam lampu gasolin untuk menerangi gelanggang.

Ada pemain gendang, gong dan angklung serta penunggang kuda yang berpakaian seragam putih, berkasut dan stokin sekerat lutut. Beberapa penunggang kuda akan berbaris dan bergerak mengikut alunan gendang sambil ketuanya memukul cambuk panjang.

Selepas 45 minit beberapa pemain sudah tak sedarkan diri. Mereka bergerak dan berpusing dengan mata terpejam di sekeliling gelangang. Lalu ada siulan dari belakang kumpulan gadis dan pemain tadi akan meluru ke tempat itu. Bertempiaranlah mereka berlari hingga ada yang tertinggal kasut dan selipar.

Kanak-kanak seperti kami tumpang sekaki menjerit, berlari, melompat longkang dan bersembunyi di bawah rumah. Tiada siapa yang cedera dipukul oleh pemain kerana dia cepat ditarik ke gelanggang. Kemudian ada beberapa orang pemerhati lelaki masuk ke gelanggang dalam keadaan tidak sedar sambil menari tanpa kuda.

Kemeriahan semasa pertunjukan kuda kepang ialah bila kena kejar jadi kononnya jangan pakai minyak wangi atau sunting bunga ketika menonton. Ketika hampir pukul 12 malan ketua akan memegang pemain seorang demi seorang dan memicit dahi sambil membaca mentera untuk menyedarkan mereka.

Biasanya bila pagi barulah kami perasan ada benjol di kepala atau dahi serta luka di kaki kerana berlari dalam gelap untuk menyelamatkan diri dari dikejar kuda kepang.

Sunday, March 28, 2010

Orchids: Menanam Di Tunggul Mati

Melekat di tunggul
Dwarf dendrobium

Aku dah lama nak tanam orkid dengan melekatkannya pada pokok tapi baru ada idea bila 3 pokok Roystonea regia (royal palm) di tepi rumah ditebang. Jadi hanya dapat tunggul setinggi 1.2 meter dan cuba tanam orkid setelah lima bulan.

Gambar atas: Tanam Mokara dengan melekatkan batang orkid dengan bantuan net plasik yang dipaku pada pokok. Malangnya orkid tapi tak berapa menjadi sebab tunggul mula reput dan bercendawan (akar mati).

Gambar bawah: Tanam Oncidium dan dwarf Dendrobium dengan cara yang sama tapi orkid hidup segan mati tak mahu. Therefore lesson 1; jangan tunggu pokok reput baru tanam; lesson 2: kalau tak berjaya cari cara lain.

Saturday, March 27, 2010

Doing Things In Life

1. Ignorance and inconsideration are the two great causes of the ruin of mankind. (J T Tillotson)

2. Look at a day when you are supremely satisfied at the end. It's not a day when you lounge around doing nothing. Its when you had everything to do, and you've done it. (M Thatcher)

3. When you do the common things in life in uncommon way, you will command the attention of the world. (G W Carver)

4. In the end, you will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends. (M L King Jr)

Dekat Tanjong Belanja

Tanjong Belanja
Periwinkle

Nature's Way

Upon a nice mid-spring day
Let takes a look at Nature' way
Breathe the scent of nice fresh air
Feel the breeze within your hair.

The grass will poke between your toes
Smell the flowers with your nose
Clouds form shapes within the skies
And light will glisten from your eyes.

Hear the buzzing of the bees
Climb the tallest willow trees
Look across the meadow way
And you shall see a young deer play.

When altogether all seems sound
Lay yourself upon the ground
Take a moment to inhale
And listen to Nature tell her tale.
(H Campbell)

Thursday, March 25, 2010

Dendrobium Gutton Sunray

Den. Gutton Sunray
Orkid kesayangan

Lagi orkid dari pondok orkidku. Gambar atas: Gutton sunray memang cantik dan unik. Warna kuning keemasan dengan pangkal petal berwarna coklat dan berbulu seperti baldu.Bunganya besar dan tangkainya akan keluar dari batang yang sudah tiada berdaun.

Masa tu ada empat batang pokok semua tak berdaun, jadi aku sangka pokok ni sudah mati. Kemudian keluar dua tangkai yang mengandungi 7 dan 8 kuntum bunga.Orkid ni sejenis Dendrobium dan aku tunggu 3 tahun baru berbunga. Tapi berbaloi juga menunggu.

Gambar bawah: Orkid D. Gutton Sunray yang diletakkan bersama dua orkid cattleya yang berwarna kuning kehijauan dan putih.

Shopping Guna Sampan

Sebelum ada kedai runcit di kampong, Nenek ke kedai China di kampong sebelah. Antara dua kampong ni ada sungai seluas 10 meter, sementara jambatan penghubung jauh dari rumah kami. Untuk ke kedai yang jauhnya 1.5 km, kenalah Nenek dan aku berjalan kaki menyusuri tebing sungai di belakang kampong.

Kedua-dua tebing sungai luas kerana kapal korek selalu membersihkan sungai. Tebing sebelah kampongku ditumbuhi paku pakis (selepas kebun getah) sementara di tebing kampong sebelah ada jalan tanah merah dan letaknya rumah-rumah penduduk di situ.

Kami akan sampai di satu tempat di hadapan kedai tersebut. Di dalam sungai ada sebuah sampan dari papan, sepanjang 1.5 m dan 0.5m. Ianya diikat dengan dua tali yang membolehkannya ditarik di antara dua tebing.

Sebenarnya sampan tersebut bukan untuk menyeberang kerana tidak boleh menampong berat. Bila sampai berhadapan kedai kami akan melaung memanggil Apek dan dia akan berdiri ditebing mendengar senarai barang yang hendak dibeli. Dia akan isikan kesemua barang dibeli ke dalam sampan dan kami pun menarik sampan tersebut ke arah kami.

Kemudian kami letakkan duit bayaran ke dalam sampan. Nenek akan beli yang penting-penting saja dan selalunya akan beli sedikit biskut sebesar ibu jari dengan topping gula berwarna warni untuk aku dan adik di rumah.

Monday, March 22, 2010

Kem Balak, Sungai Siput

Kem Balak, Chemor
Daun pokok 'wild fig'

A Country Road

The tree lined country road barely has two lanes
The serene path narrows and and dips straight ahead
Inviting everyone with a silence that has no name
Capivated by nature's beauty.... my inner spirit is led.

Sunbeams filters through branches that are interlocked
The glorious canopy spill patches of light on gravel
A breeze flutters through lush leaves ...heat is blocked
Carefree visitors are protected as they leisurely travel.

The peaceful scene is one that will forever remain
In memories that hold the splendor of quieter days
Today cars race on the highway...speed is maintained
The intense glare upon the pavement directs the way.
(T A Moore)

Kesunyian dan Cari Hobi

Mereka tanya apa yang aku nak buat di rumah kalau dah tak ke ofis lagi? Aku kata aku nak buat apa yang aku nak buat selama ini. Mereka peringatkan aku bahawa salah satu perkara yang manusia takut ialah kesunyian, tak ramai orang di sekeliling dan tak ada orang nak dilawan bercakap.

Rupanya sayang juga mereka kat aku ni, yang selalu bising dan mengusik mereka. Atau betul-betul ke mereka risau aku tak tahan kesunyian dan menjerit kebosanan?

Laaa, kan dan cakap dulu itulah pentingnya ada hobi, cari yang patut padan dengan kita. Kalau nak yang murah dan ambil masa panjang cubalah menyulam dan mengait. Sebiji benang Minlon harga RM4, seminggu baru siap satu alas dulang. Kalau nak buat sulam tampal untuk cadar dan selimut, kain perca boleh minta di kedai jahit.

Pada pendapatku, baca buku paling mudah, di pasar malam pun ada dijual majalah terpakai. Di kedai buku second hand lagi bermacam buku ada terutama masakan. Sambil tu bolehlah cari idea kalau nak jadikan hobi dan kemahiran untuk buat business. Frozen foods ke, kek dan pastri ke atau kuay tiau dan popia. Cuba......better late than never.

Ingat Allah, Akhlak dan Kemiskinan

1. Ya Saad! Ingtlah selalu akan Allah bila engkau ingin melakukan sesuatu, bila hendak memutuskan sesuatu dan bila engkau ingin membahagi sesuatu. (Salman Al Farisi)

2. Manusia yang dapat mengawal, mengawasi dan mengendalikan hawa nafsunya maka ia telah membebaskan dan menyelamatkan dirinya. (Umar Abdul Rahman).

3. Tiga perkara menjadi akhlak seorang mukmin; iaitu menjauhi bahaya, memaafkan ketika mampu melakukannya dan menolong kawan walaupun kemampuan terhad. (M Al Siba'i )

4. Seburuk-buruk kemiskinnan ada empat macam; iaitu miskin dalam bidang agama, miskin akal, miskin kesabaran dan miskin akhlak. (M Al Siba'i)

Friday, March 19, 2010

Dapat Tapi Tak Gembira

Budak-budak tau nak lawa dan pakai baju cantik macam yang dipakai oleh kawan baiknya. Itulah yang terjadi pada aku iaitu berhajat sangat nak pakai baju kurung yang dibuat dari kain 'clubman'.

Keluarga kawanku tu berada juga orangnya, jadi baju dia yang paling elok. Kalau dulu kain tu itulah yang paling top di kampong. Sekarang ni kain jenis clubman masih ada cuma diguna untuk buat baju sekolah.

Aku pun minta Mak buatkan sehelai baju kurung. Mulanya Mak diam; maknanya tak mampu nak beli sebab tak ada duit. Hari tu aku betul-betul menangis. Apa yang aku cakap dan Mak cakap aku pun sudah tak ingat. Pada petang hari itu juga aku tengok dari tingkap Mak kayuh basikal ke arah jalan besar.

Kesudahannya aku dapat baju kurung biru kain clubman tapi hati aku cukup pedih bila memakainya. Sampai sekarang masih teringat. Lepas tu aku tak pernah minta sesuatu dari Mak dengan sungguh-sungguh seperti aku minta baju tu.

Cukuplah sekali aku paksa Mak adakan sesuatu tetapi siapakah yang sanggup berkorban kalau bukan seseorang insan yang bernama emak?

Sungai Bubu Batu Kurau

Sungai mengalir
Dasar yang berbatu
The River

The river flows quiet and swift
It twists and turns as the water drift
It branches and breaks - its fingers entwine
It grows and grows - snakes like a vine

The river with the soft scent of a calm day
With the smell of clean- hanging - still - in the grey
And sweetness carried on the breath of morning
It caresses the river - the water flowing

The river - its lazy trickle of water
The musical rhythm - the ocean's daughter
It whispers and murmurs - a song of its own
Playing over and over - in continuous drone

The river - so clear and cool
The water flows - the color like jewels
Its soft arms embrace the shore
The river surging from the day before.
(K Jennings)

Salahnya Pinjam Meminjam

Orang kata bila nak meminjam mulut manis umpama gula, bila nak pulangkan mulut pahit macam mengkudu. Bukan fasal pinjam duit keana perkara ni lagi serius. Berapa ramai orang sengsara asyik diburu bank dan tercedera diseksa Along hingga pekerjaan hilang, harta benda rosak dan rumah tangga porak poranda.

Cerita ni tentang pinjam meminjam barang; contohnya sebilah pisau, sebatang pen, pinggan mangkuk atau sebatang cangkul. Biasalah adat budaya kita, kalau nak tubuh kooperasi pun agenda yang pertama....pinjam meminjam, .... etc...etc.

Tercari-cari buku sebab nak refer satu perkara. Sangka dah hilang; baru teringat sudah bagi pinjam pada orang, tapi siapa ya?? Samalah keadaannya dengan buku mengait, novel atau buku agama, banyak yang tak balik.

Ada juga cadang nak tulis nama peminjam dan tarikh pinjam tapi segan orang kata cerewet. Malangnya ramai tak sedar ada simpan barang orang. Kita faham kadang-kadang bukan sengaja tak mahu pulangkan atau ada niat nak ambil terus. Cuma sikap kurang peka, tak prihatin, suka bertangguh dan rasa tak apa-apa??

Nampak remeh tapi susah juga kalau dah bertahun-tahun menyimpan hak orang, malu alah nak beritahu yang ini barang dia yang dipinjam masa zaman tok kadok dulu.

Thursday, March 18, 2010

Jam Lampu Minyak Tanah

Sebelum ada jam susah juga kami nak tentukan waktu dengan tepat. Kalau siang kami boleh berpandukan matahari dan azan dari masjid. Tetapi Nenek dan Moyang ada cara tersendiri nak tahu pukul berapa mereka kena pergi menoreh getah.

Masa tu aku dan adik tinggal dengan mereka untuk bersekolah kerana Abah dan Mak berpindah ke estet. Setiap malam selepas solat Isya Nenek akan isi balang kaca lampu pelita dengan minyak tanah (kerosene). Seingat aku lampu tu pun buatan sendiri dari botol jem dan aluminium panjang seinci untuk letak sumbu.

Sumbu dibuat dari tali guni. Nenek kata kalau minyak berkurang hingga ke takat ini, maknanya sudah pukul dua dan takat ni pukul empat subuh. Untuk kuatkan hujah pukul empat, akan ada bunyi kapalterbang kecil sayup-sayup terdengar yang Nenek cam bunyinya.

Nenek dan Moyang akan mula menoreh sebelum pukul lima subuh dengan lampu di kepala. Bila mendengar azan mereka akan balik solat dan kejutkan kami untuk bersiap ke sekolah. Pada satu hari Pak Uda yang sudah tamat latihan askar di Port Dickson belikan Nenek jam loceng.

Walaupun Nenek tidak pandai membaca tapi tengok jam dia pakar. Mudahlah kami nak tahu waktu kerana setiap malam jam tu akan diletakkan di sebelah lampu di luar kelambu.

Pokok Yang Berjasa

Buah rambutan
Gambar atas: Buah rambutan dari pokok di belakang rumah. Dahan-dahan yang rendah tempat aku gantung orkid yang pokoknya sakit, merana dan degil tak mahu berbunga. Pokok rambutan ni subur dan berbuah lebat setiap tahun kerana tumpang baja orkid dan disiram sehari sekali.

Gambar bawah: Pokok bunga kertas berwarna merah terang, ditanam berhampiran gate depan. Pokok paling menarik pada bulan Februari dan Mac kerana lebih banyak bunga dari daun disebabkan kemarau. Umur pokok ni sudah 19 tahun.

Ada lagi 2 pokok bunga kertas yang sama besar tapi kedua-duanya gila daun. Jika dibiarkan ianya berduri tetapi kalau nak ditebang terasa sayang.....

Untuk Melawan Syaitan

Satu usaha untuk menghancurkan tipu daya syaitan ialah: Pertama, dengan zikrullah (mengingat Allah). Ini kerana syaitan sentiasa berada dalam hati manusia. Ketika ia ingat Allah swt syaitan akan menjauhinya tetapi bila ia lalai syaitan akan mendekati sambil memperdayakannya.

Zikir bukan hanya dilakukan oleh lisan, tetapi bersama hati dan anggota badan dalam berbagai keadaan. Contohnya seperti yang dilakukan oleh ahlul albab (orang yang cerdik). Allah swt berfirman yang bermaksud, "(Itulah) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring." (Ali Imran: 191).

Kedua, menjaga kesucian hati dengan menjaga ibadah kerana ibadah akan mendekat-kan seseorang kepada ketakwaan. Allah swt berfirman yang bermaksud, "Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu sekelian bertakwa." (Al Baqarah: 21).

Dengan bertakwa Allah akan menganugerahkan al furqan iaitu kemampuan untuk membezakan antara kebenaran dan kemungkaran. Allah swt berfiramn yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." ( Al Anfaal: 29).

Ketiga, terus mencari ilmu yang benar dan bermanfaat. Ilmu merupakan cahaya yang akan menyuluh jalan dan menerangi pemiliknya. Orang yang berilmu tidak mudah tertipu kerana ia jelas samaada sesuatu perkara itu dibolehkan syara' atau tidak.

Wednesday, March 17, 2010

Morning Person, Night Person

Satu perkara yang tak menyeronokkan di waktu pagi ialah bila kena kejutkan orang agar bangun. Anak-anak memang adatlah; ketika nak sahur di bulan puasa atau ketika nak pergi sekolah.

Jenuh panggil berulang kali hingga ada yang terpaksa direnjis air atau diusung terus ke bilik air. Kalau anak-anak ramai yang macam tu tentu kelam kabut waktu pagi apalagi bagi ibu bapa yang bekerja. Nak kejar solat subuh, kejar bas sekolah, buang sampah atau sidai kain dan bergegas ke ofis.

Kalau dah remaja atau dewasa, lagi susah banyak nak bangunkan mereka. Betul ke tak boleh, tak larat atau pura-pura tak mahu bangun? Dengan orang macam ni kena banyak sabar, banyak mulut dan gunakan taktik tertentu. Sebab aku morning person kot, jadi tak ada masaalah bangun pagi.

Any time ...tapi kalau malam memang cepat mengantuk dan tak boleh nak stay up. Orang kata 'early to bed early to rise; make you happy, healthy and wise'. Tapi dalam keluargaku ada dua tiga orang night person, betul-betul macam burung hantu. Bila dah susah nak bangun akulah kena cari pahala kejutkan mereka setiap pagi.

Tuesday, March 16, 2010

Air Bunga dan Kemenyan

Sukan bola jaring memang jadi kesukaan budak-budak perempuan walaupun di sekolah kampong. Position yang glamour ialah shooter dan centre forward. Masa tu yang jadi centre ialah Zubaidah anak tukang kebun sekolah kerana dia yang paling cekap tangkap bola, boleh melompat tinggi dan passing pun accurate.

Aku sekadar jadi pemain simpanan dan tolong pemain sana sini. Pasukan bola jaring dikira kuat kerana anggotanya terdiri dari pelari dan atlet sekolah. Satu pertandingan yang aku tak lupa ialah bila nak lawan sekolah 'musuh tradisi' yang jauhnya 4 km dari sekolah aku.

Kami berlatih pagi petang sebab nak menang sangat agar jadi wakil daerah. Di hari permainan, sebelum bertolak ke sekolah tersebut kami mandi air bunga campur kemenyan di rumah cikgu. Sebelum masuk padang kami kena tabur kemenyan di empat penjuru court, kena genggam kemenyan agar bola tak bolos dan terlepas.

Prosedur ni dibuat secara sembunyi dan dirahsiakan. Rasanya dalam perlawanan tersebut pasukan kami kalah tapi perkara ini tidaklah memalukan sangat kerana 'rahsia' tu orang kampong tidak tahu.

Menjauhkan Diri dari Syaitan

Menjauhkan diri dari syaitan satu perkara mustahil kerana ia sentiasa berada hampir dengan manusia. Rasulullah saw menjelaskan bahawa syaitan berada dalam aliran darah manusia.

Jadi itu bagaimana cara menghancurkan tipu dayanya? Dalam Al Quran disebutkan bahawa tipu daya syaitan itu lemah (An Nisaa': 76). Tipuannya terasa kuat oleh orang yang tidak memiliki benteng. Nmaun jika seseorang ada benteng yang kukuh nescaya ia terselamat dan tidak mudah terpengaruh.

Oleh itu benteng sangat penting dan menurut Al Quran ianya adalah KEIKHLASAN. Allah swt berfirman yang bermaksud, "Iblis berkata 'Ya Tuhanku, kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesat-kan mereka semuanya kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (yang ikhlas) di antara mereka." (Al Hijr: 39-40).

Ikhlas ertinya mempunyai keyakinan yang kuat dengan memurnikan pengabdian hanya kepada Allah swt. Dan juga menujukan seluruh hidup kepadaNya dan mengharap redha hanya dariNya.

Orang yang ikhlas tidak akan tergoda dengan reaksi manusia atas amal yang ia lakukan. Pujian atau celaan sama sahaja di hadapannya. Inilah benteng utama yang boleh menahan, melemahkan dan menghilangkan pengaruh tipu daya syaitan.

Sunday, March 14, 2010

Si Dia Berambut Afro

Aku akan tersenyum kalau tengok orang berambut Afro kerana teringat masa kecil di kampong dulu. Di waktu petang aku akan ikut keluarga ke kebun untuk membersihkan kawasan pokok getah yang sudah ditebang.

Kerja aku merayau di dalam kebun, tolong membakar ranting kering atau mengambil barang yang tertinggal di rumah. Kebun tu lebih kurang 1 km jauhnya dari rumah iaitu di kampong sebelah dan merentasi dua kebun getah yang semak. Di jalan kecil dalam semak tersebut ada satu spot yaang paling aku geruni.

Khabarnya di bawah rimbunan pokok-pokok kopi itu ada penunggu yang di panggil 'kuyang'. Semuanya perempuan, bermulut muncung dengan rambut sebesar bakul. Mereka duduk berderet mencari kutu terutama di waktu lewat petang di kala hujan gerimis.

Tambahan jika pokok kopi sedang berbunga, kawasan menjadi harum semerbak dan lebih menyeramkan. Jika terpaksa balik mengambil air, aku akan melaungkan azan sekuat hati sambil berlari di sepanjang jalan hingga air secerek yang dibawa habis tumpah.

Nenek kata, kuyang kadangkala akan datang waktu kita sedang tidur untuk menghisap darah. Tandanya ialah ada kesan lebam pada bahagian badan pada keesokkan harinya. Kalau ada lebam (lepas terantuk) aku cukup takut kerana sahlah si dia telah datang menziarahiku.

Friday, March 12, 2010

Mokara: Cantiknya Mokara

Mokhara oren
Mokara merah

Orkid yang paling awal aku tanam selain Dendrobium ialah Mokara. M Chark Kuan pink (gambar bawah) dan gambar atas tak tau namanya. Orkid jenis ni ada yang spotted, tak spotted, merah, pink dan purple sementara variety baru berwarna pale yellow dan deep rose.

Ia bagus tanam di tanah, perlu panas 75-100%, selalu dibaja untuk rajin berbunga. Paling cantik ditanam berderet di halaman dan mesti ada tiang untuk menyokong pokok. Kelihatan kemas kalau rendah, tapi bila dah lima enam kaki tinggi buruk pula; akar dan batang exposed dan bunga hanya dekat pucuk.

So, kerat bahagian atas yang ada dua atau tiga akar udara dan tanam semula. Kalau ada pameran dan jualan orkid, keratan boleh dibeli dengan harga RM 5.00-7.00 sebatang.

Pelaburan yang murah kerana pokok hanya perlu diganti antara 4 hingga 5 tahun sekali.

Sepiring Mee dan Air Sirap

Di zaman sekolah rendah dulu sepiring bihun atau mee goreng cuma 10 sen. Tapi itu pun dapat beli sekali sekala kerana selalunya kena bawa bekal nasi berbungkus upih atau daun pisang dari rumah.

Kami ramai-ramai makan di bawah pokok getah atau pokok buluh di tepi parit. Minum air hujan yang di takung dalam tempayan guna cawan sompek atau air paip. Mudah saja. Kantin di masa tu cuma sebuah pondok usang dengan sebuah meja panjang.

Di kedua hujung meja nilah 2 orang mak cik penjual tu meletakkan barangannya. Mee satu besen serta beberapa jenis kacang dan kerepek yang kami panggil jajan. Oleh kerana ada ada dua ladies maka kami gelar mereka Wak Tua dan Wak Muda.

Kalau membeli, ikut siapa yang kuat dia ke hadapan atau melalui tingkap kecil di belakang ke dua-dua mak cik tersebut. Itupun ikut siapa kuat dan siapa yang pandai menarik perhatian.

Pernah juga tengok mee yang berkuah dan canggih. Cuma cikgu-cikgu yang mampu beli dan murid darjah enam yang dipercayai akan tolong order dan ambil dari rumah Wak Muda (kantin tak ada dapur, sekolah tak berpagar, rumah Wak tak jauh). Seorang akan tatang sepinggan mee dan seorang bawa air sirap ke bilik guru. Oleh kerana masa rehat, ramailah yang tengok dan admire. Pendik kata di masa tu cikgu semuanya top belaka baik dalam percakapan, pakaian dan makanan.

Wednesday, March 10, 2010

Wahai Anakku

Bunga putih
Bunga kuning

1. Wahai Anakku, sesungguhnya orang yang tolol itu sukar menerima pengajaran, seperti seorang tua sangat sukar baginya untuk mendaki bukit.

2. Wahai Anakku, takutlah kepada Allah dan janganlah engkau memperlihatkan kepada manusia bahawa engkau takutkan Allah agar mereka memuliakan engkau, sedangkan hati engkau jahat (serong, curang, tidak ikhlas).

3. Wahai Anakku, akan datang menimpa manusia satu zaman yang tiadalah sejuk memandang (tenang) mata orang yang penyantun (sabar).

4. Wahai Anaakku, sesungguhnya manusia itu ada tiga peruntukan: sepertiga untuk Allah, sepertiga untuk dirinya dan sepertiga untuk makanan ulat (kubur). Adapun yang diperuntukkan untuk Allah ialah ruhnya, untuk dirinya ialah amalannya dan untuk ulat ialah jasadnya (kecuali jasad para Nabi dan sebahagian penghafal Al Quran).

5. Wahai anakku, hendaklah engkau bersiap sedia terhadap suatu perkara yang engkau tidak tahu bilakah ia akan menimpa engkau sebelum ia datang secara mengejut (kematian).

Dua gambar diambil di nursery bunga di tempatku. Sayang tak tau namanya.... ramai orang di sini tanam bunga tapi tak kisah jenis dan namanya. Berlainan dengan di barat mereka akan bubuh label pada pokok yang dijual untuk mudahkan pembeli.

Oleh itu berkebun lebih menyeronokkan dan dapat menambah ilmu dan pengalaman.

Tuesday, March 9, 2010

Orang Singapore Datang

Suka benar aku kalau saudara mara dari Singapore datang. Grand. Mereka akan bawa buah epal dan anggur; pakai baju lawa-lawa dan bersih. Banyak buah di kampong seperti rambutan, manggis dan rambai tapi tak lawan epal hijau dan anggur merah.

Mereka tinggal di Woodlands kot, itu yang aku dengar dari nenek dan datuk. Kadang-kadang mereka bawa kain ela untuk kami buat baju. Lain betul corak kain dari pekan PR dengan yang datang dari Singapore.

Kerja aku hanya tolong Mak Usu memasak atau goreng jejemput bila ibubapa dan nenek bersembang dengan mereka. Orang Singapore yang muda-muda 'speaking' bila sesama sendiri. Kami dapatlah dengar tempias, "I,I and you, you" dengan sikit perkataan yang difahami "about the car, money, food".

Tak pula masa tu ibu-bapa nak bagi kami kenal mesra dengan mereka. Bila mereka dah balik baru kami budak-budak dapat makan buah. Oleh kerana ramai, epal hanya dapat setengah biji dan anggur tiga biji seorang. Tapi rasanya.....Ya Tuhan, sedapnya.

Pantun Renungan

Pokok ati-ati
Pokok keladi

Awan mendung hari nak hujan,
Cari timba di tepi telaga;
Hidup mati Allah tentukan,
Tiada siapa dapat menduga.

Kulit lembu celup samak,
Mari buat tapak kasut;
Harta dunia jangan tamak,
Kalau mati tidak mengikut.

Dua tiga empat lima,
Tuba ikan di Pulau Sembilan;
Kita hidup takan lama,
Jangan lupa siapkan bekalan.

Terang bulan terang cahaya,
Cahaya nampak di Tanjung Jati;
Jikalau hidup hendak bahagia,
Beramal ibadat sebelum mati.

Gambar atas: Diambil di nursery bunga di tempatku. Pokok ni suka cahaya matahari dan daunnya berwarna lebih terang jika kena panas. Walaubagaiman pun ia perlu disiram selalu agar tanah menjadi lembap untuk akar menyerap air.

Gambar bawah: Diambil di tepi jalan Perlop III, Sungai Siput. Keladi liar tak sesuai untuk dibuat sayur kerana banyak yang menyebabkan gatal tekak. Di kampung ku kami ambil keladi minyak yang mempunyai batang berwarna putih kehijauan untuk disayur.

Orchids: Sejarah Pondok Orkidku

Pondok orkidku
Adalah sikit orkid...

Dah lama aku minta K buatkan satu pondok orkid di belakang rumah, tapi katanya aku kena buat plan dengan ukuran, senang dia nak cari sebut harga etc. Berbulan aku tunggu tapi katanya orang yang nak buat tak sempat, tak senang (tak interested kot, projek kecil).

Bila Abah (arwah) datang dari kampong, dia kata buat pondok apa yang susah sangat? Dia pandai juga bertukang sikit-sikit. Katanya bagi dia RM 400.00, Insyallah semua akan selesai. Aku pergi ofis pagi tu.

Bila balik... Alhamdulillah pondok orkid dah siap pun. Abah tengah gantung semua pasu-pasu orkid yang dulunya aku letak di dahan rambutan. K tolong le juga, tolong tengok.

Dah tujuh tahun pondok tu bertahan, atap net hijau dah dua kali di ganti baru, ikhsan dari K. Thank you.

Cerita Menoreh Getah

Yang aku paling tak suka bila ke kebun getah ialah banyak nyamuk. Aku dan sepupu-sepupu ikut keluarga kami menoreh, selalunya tolong siapa yang lambat. Menoreh senang saja kalau kulit pokok baru pertama kali ditoreh, smooth; tak lekak lekuk, berbenjol-benjol macam kulit pokok getah tua.

Ada dua cara menoreh iaitu samada di tarik atau di sodok ke hadapan, keduanya guna pisau yang berlainan. Kena guna pisau dengan hati-hati kerana bila kulit pokok 'luka' yang tumbuh balik akan menggerutu dan sukar ditoreh kelak. Pokok getah ditanam semula lebih mudah kerjanya kerana torehan pada ketinggian serangam.

Tak payah terbongkok-bongkok di perdu pokok. Bila menoreh kena pakai 'sepecial uniform' hari-hari kerana baju elok yang dah kena getah ianya melekat dan kotor. Seronoknya jika ada teman sembang sambil berjalan dari pokok ke pokok dan menoreh.

Malang pula ketika hampir siap menoreh hari hujan, habis getah yang belum beku tercampur air hingga ditinggal begitu saja. Sudah siap menoreh bolehlah kami duduk rehat sekejap tunggu getah habis menitis ke dalam mangkuk. Biasanya kami bawa nasi sejuk lauk ikan masin atau ikan pekasam atau ikan kembung goreng, sambal belacan, air teh atau kopi sejok untuk breakfast.

Lepas makan kalau ada masa pungut pucuk paku atau pucuk ubi, kemudian kumpul susu getah untuk dibekukan.

Monday, March 8, 2010

Kunci Syurga dan Kotoran Dosa

Orang yang akan masuk syurga ialah orang yang memiliki tauhid kerana tauhid adalah kunci syurga. Namun orang yang membawa kunci tetapi tiada gigi-giginya tidak akan berjaya membuka pintu tersebut.

Adapun gigi kunci ialah bermacam jenis ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji serta ibadah umum seperti menyeru maaruf dan mencegah mungkar, membina keluarga, berbakti kepada ibu bapa dan sebagainya.

Hamba yang mempunyai tauhid dapat membentuk gigi-gigi kunci dengan melaksanakan segala perintah Allah swt dengan ikhlas. Walaupun ia mempunyai kunci yang sempurna sekiranya dia masih berdosa maka dia belum boleh masuk ke syurga sehingga ia bersih dan suci.

Oleh itu dia akan di masukkan ke dalam neraka terlebih dahulu untuk menghilang-kan kekotoran dosa tersebut. Setelah bersih barulah dia akan di bawa ke syurga iaitu tempat tinggal orang-orang baik dan yang diredhai Allah swt.

Allah swt berfirman yang bermaksud, "(Itulah) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan kepada mereka 'Salamun 'alaikum', masuklah kalian ke dalam syurga ini disebabkan apa yang telah kalian kerjakan." (An Nahl: 32).

Saturday, March 6, 2010

Pokok Perlu Kasih Sayang

Tanam pokok bunga ada caranya. Arwah Abah kata siram dengan cermat terutama yang dalam pasu, sebaiknya guna penyiram. Jangan siram macam nak sembur kereta sampai habis tanah terbongkar (selalu Mak yang buat macam tu). Nak bagi baja ikut aturan dan berpada-pada.

Daun layu kena trim, dahan tak perlu di buang. Pokok pun ada perasaan, tau kalau orang siram lebih kurang apalagi tak siram hingga tanah dalam pasu merekah. Kata Abah, habis pokok ros dan orkid aku mati bila Makkau baja. Tapi yang seronok bila orang puji pokok-pokok bunga ni subur Mak akulah.

Kat rumah aku jarang ada orang volenteer siram pokok orkid yang banyak tergantung di shed dan di dahan rambutan. Kalau buat pun kerana terpaksa, dengan merungut atau lambat atau tak sanggup nak buat kerja lain seperti basuh longkang atau mop lantai.

Bila aku suruh Kha siram orkid dia akan menyangkung dekat shed dan sembur semua pasu dari bawah. Menyiram pun hanya ambil masa 3 minit lepas tu berlari masuk ke rumah sambung main game. Bila aku tanya kenapa daunnya tak basah, katanya yang sedut air kan akar??

Engkar, Umur dan Dosa-dosa

Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai. Buta hati ialah lupa zikrullah sementara lalai yang akan menjauhkan diri dari ketetapan Allah swt. Dan orang yang berprasangka akan tertipu dengan angan-angan. Hingga akhirnya ia ditimpa kekecewaan dan sesalan yang tidak berhujung kerana dipelihatkan oleh Allah hal-hal yang selama ini tidak difikirkannya. (Syidina Ali ra).

Umurmu yang telah meningkat boleh menjadi baik hanya dengan taubat, penyesalan dan memohon keampunan. Semua ini tidak susah dan rumit kerana ia merupakan kerja hati yang mudah dilakukan. Dosa-dosa yang akan datang dapat dihalang dengan pencegahan, tekad dan niat yang kuat hingga berupaya mengerakkan badan, hati dan roh. (Ibnu Qayyim)

Hari Yang Al Quran Sebut

Hari yang disebut adalah:
  1. Yaumul Kiamah: Hari kebangkitan sesudah mati
  2. Yaumul Muhasabah: Hari Perhitungan amal
  3. Yaumuz Zazlah: Hari kegoncangan (keruntuhan)
  4. Yaumal Waqi'ah: Hari peristiwa dahsyat
  5. Yaumal Ghasyiyah: Hari yang menyelubungi (penuh rahsia)
  6. Yaumal Raaji'ah: Hari gempa besar
  7. Yaumat Talaak: Hari pertemuan dengan Allah swt
  8. Yaumul Hasrah: Hari penuh penyesalan
  9. Yaumus So'iqah: Hari penuh gemuruh
  10. Yaumut Tommah: Hari bencana besar
  11. Yaumus Sohhah: Hari yang memekakkan telinga
  12. Yaumul Wa'id: Hari ancaman bagi kaum yang derhaka
  13. Yaumud Tanaad: Hari panggil memanggil (masing tak menghiraukan)
  14. Yaumul Haqq'ah: Hari kebenaran: (Allah swt membuktikan janji-janjiNya)

Wednesday, March 3, 2010

Sempurna Akal dan Akhlaknya

Rasulullah saw bersabda: Seorang yang sempurna akal ialah yang memperbaiki dirinya dan menyediakan amal sebagai bekal untuk mati. Dan orang yang rendah itu selalu menurutkan hawa nafsunya disamping mengharapkan berbagai angan-angan dari Allah. (HR At Termizi)

Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari kemudian hendaklah menghormati tetamu.Dan barangsiapa yang percaya kepada Allah dan hari kemudian hendaknya menghubungi keluarga. Dan siapa yang percaya kepada Allah dan hari kemudian mesti berkata baik atau diam. (HR Bukhari, Muslim).

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya seorang mukmin dapat mengejar dengan budi pekertinya yang baik derjat orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam. ( HR Abu Dawud).

Tuesday, March 2, 2010

Sepuluh Perkara Yang Sia-sia

Ada 10 perkara yang tidak bermanfaat atau sia-sia iaitu:

1. Ilmu yang tidak diamalkan
2. Harta yang tidak disedekahkan
3. Hati yang tak diisi dengan cinta kepada Allah
4. Badan (anggota) yang tak taat kepada Allah
5. Cinta yang tidak diikat dengan redha Allah
6. Amal yang tak ikhlas atau tak ikut sunnah
7. Fikiran yang merewang pada hal yang sia-sia
8. Waktu lapang yang disia-siakan
9. Berbakti kepada orang yang tak dekatkan kita pada Allah/kebaikan dunia
10. Takut dan berharap kepada manusia

Monday, March 1, 2010

Orchids: Kalau Beli Orkid

Pokok segar
Pokok layu terkulai

Kalau nak beli orkid mesti tahu sedikit tips. Yang ini didapat dari pengalaman sendiri. Sebolehnya biarlah orkid dibeli tu tak mati lepas sebulan di rumah. Ramai merungut masa beli elok bila bawa balik mati pulak (gambar dari internet: atas pokok ok; bawah pokok tak ok).

Ada yang pilih bunga saja tak tengok keseluruhan pokok. Jadi aku pilih yang macam ni:

1. Daunnya segar, tak layu atau kekuningan atau ada tompok hitam
2. Akarnya kehijauan di hujungnya, tak kering atau coklat
3. Pokok bukan baru di'insert' dalam pasu: Pokok lama akar lekat pada pasu
4. Ada beberapa bunga dan masih ada kuntum pada tangkai bunga
5. Kecuali jenis Vanda atau Ascocenda, kalau ada anak dikira bonus
6. Survey, marked, compare prices, satisfied and then buy.

The Lake Isle of Innisfree

Malim Nawar
Batu Gajah

I will arise and go now,
and go to Innisfree,
And a small cabin build there,
of clay and wattles made;
Nine beans rows will I have there,
a hive of honeybee,
And live alone in the bee-loud glade.

And I shall have some peace there,
for peace comes dropping slow,
Dropping from the veils of the morning
to where the crikets sing;
There midnights's all a glimmer,
and noon a purple glow,
An evening full of the linnet's wings.

I will rise and go now,
for always night and day,
I hear lake water lapping
with low sounds by the shore;
While I stand on the roadway,
or on the pavements gray,
I hear it in the deep heart's core.
(Yeats, 1892)

Gambar di atas: K ambil semasa lawatan ke kolam bekas lombong di Malim Nawar.

Gambar bawah: Aku ambil masa singgah di kebun sayur kawan K. Kami sekeluarga ke Kampung Gajah dan yang paling gembira ialah Khal kerana dapat buah terong dan betik free serta tengok beratus itik telur berwarna putih berenang di tasik sebelah.

Kawan ni tinggal bersama isteri dan dua orang anak yang masih kecil, jiran terdekat mungkin 2-3 km dan kena guna generator nak dapat letrik. Tempat ni di tepi jalan tapi agak terpencil.