Wednesday, June 23, 2010

Bestnya Rehlah

Santai di tepi sungai
Mendengar tazkirah
Sayur untuk dimasak
BBQ ayam

Gambar diambil semasa aku bawa Kha rehlah pada 18 Jun 2010 yang lalu. Biasalah bila cuti sekolah Kha sibuk nak rehlah, tempat mesti ada sungai untuk mandi dengan kawan-kawan dan harapan untuk mencari Silurus glanis. Mana lagi nak cari tempat yang dekat kalau tak ke kebun Pak Kholil. Rombongan kami bertolak waktu pagi, dalam masa 40 minit dah sampai. Setelah sarapan diiringi oleh deruan air sungai (masing-masing bawa dan share) kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Para ibu sibuk melayan anak kecil di tepi sungai yang memang suka kalau dapat main air.

Kumpulan banat diberikan penerangan tentang alam agar mereka dapat mengaitkan tentang ikan, air dengan persekitaran yang mereka lawati. Satu cara untuk tadabbur alam dan menghayati penciptaan Allah swt. Kerja para ibu dan remaja perempuan ialah menyediakan makanan untuk makan tengahari dan minum petang manakala para bapa sediakan BBQ.

Kecewa benar Kha kerana aku terlupa suruh dia bawa kasut untuk jungle trackking bersama kumpulan remaja lelaki. Nasib baik ada orang bagi pinjam kasut. Hampir jam 11 pagi baru banat, aulat dan remaja mandi sungai di tempat yang berlainan.

Berselera betul makan tengahari hari tu, selain dari BBQ ayam ada pula ikan sungai bakar, gulai tempoyak, ulam dan sambal. Dalam sibuk ni ada kenangan bagi kawanku iaitu Am, cermin keretanya retak terkena batu ketika dalam perjalanan dan Az kameranya terjatuh ke dalam sungai.

Walaupun rehlah hanya sehari dan yang paling seronok ialah anak-anak namun ramai yang berharap dapat rehlah lagi di di kebun Pak Kholil di musim cuti sekolah bulan Disember akan datang. Insyallah.

Schomburgkia tibicinis

Schomburgkia tibicinisTangkai bunga Dua kuntum bunga

Gambar pokok dan bunga orkid dari pondok orkidku. Orkid ini dari jenis sympodial dengan pertumbuhan baru melalui pseudobulb. Ia mudah membiak dan hidup subur dengan baja kimia yang diberi secara semburan. Nama saintifiknya Schomburgkia tibicinis atau digelar orkid 'cow horn'.

Aku dapat anak pokok orkid ni dari Mak Andak. Sebelum gila orkid kalau ke rumahnya aku hanya kisah apakah pokok mempelam harum manis, kedondong, asam jawa, cermai, mata kucing dan belimbing buluh Mak Andak sedang berbuah. Habis pokok-pokok di sekeliling rumah tu aku periksa. Kemudian lama juga aku tak ke rumah beliau dan bila ke sana ada pula pondok orkid di tepi garaj kereta.

Selain orkid ni dia juga ada beberapa pasu cattleya, dendrobium, vanda dan arachnis. Oleh kerana banyak pseudobulb S tibicinis telah terkeluar dari pasunya jadi aku beranilah minta sedikit anak orkid tersebut. Nak tahu nama orkid mudah saja, aku cari di internet.

Kembang Kertas

Kembang kertas orenKembang kertas pink

Dua gambar bunga diambil di nursery bunga. Nama saitifik bunga ni ialah Zinnia elegans jacq, ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah kerana warnanya yang menarik. Menanamnya sangat mudah iaitu samada menyemai benih dan mengalihkan anak pokok ke tempat yang dikehendaki atau ditanam secara terus dan membuang anak pokok yang berlebihan.
Ramai yang tidak tahu bahawa pokok ini juga ada nilai perubatan. Seluruh pokok boleh digunakan untuk rawatan luaran. Batang dan daun yang telah ditumbuk lumat boleh dilekapkan pada bisul untuk mengurangkan bengkak. Selain itu pokok kembang kertas juga digunakan untuk merawat penyakit kencing yang bernanah.

Monday, June 21, 2010

House With Broken Heart

Gopeng
Sungai Siput
Ulu Chemor

The House With Nobody In It

Whenever I walk to Suffern along the Erie track,
I go by poor old farmhouse with its shingles broken and black,
I suppose I've passed it a hundred times, but I always stop for a minute,
And look at the house, the tragic house, the house with nobody in it.

I never have seen a haunted house, but I hear there are such things,
That they hold the talk of spirits, their mirth and sorrowings,
I know this house isn't haunted and wish it were, I do
For it wouldn't be so lonely if it has a ghost or two.

This house on the road to Suffern needs a dozen panes of glass,
And somebody ought to weed the walk and take a scythe to the grass,
It needs new paint and shingles, and the vines should be trimmed and tied,
But what it needs the most of all is some people living inside.

If I had a lot of money and all my debts were paid,
I'd put a gang of men to work with brush and saw and spade,
I'd buy that place and fix it up the way it used to be,
And I'd find some people who wanted a home and give it to them free.

Now a new house standing empty, with staring window and door,
Looks idle, perhaps and foolish, like a hat on its block in the store ,
But there's nothing mournful about it, it cannot be sad and lone,
For the lack of something within it that it has never known.

But a house that has does what a house should do,
a house that has sheltered life,
That has put its loving wooden arms around a man and his wife,
A house that has echoed a baby's laugh and held up his stumbling feet,
Is the saddest sight, when it's left alone, that ever your eyes could meet.

So whenever I go to Suffern along the Erie track,
I never go by the empty house without stopping and looking back,
Yet it hurts me to look at the crumbling roof and the shutters fallen apart,
For I can't help thinking the poor old house is a house with a broken heart.
(J Kilmer)

Gambar rumah-rumah yang sudah tiada berpenghuni lagi yang telah aku ambil dari beberapa tempat. Poems yang mengiringinya walaupun panjang namun ia mengambarkan keadaan yang kita semua akan lalui.

Yang baru akan menjadi lama, yang muda beransur tua, yang riuh akan bertukar sepi dan dalam setiap pertemuan ada perpisahan. Aku teringat dan i
nsaf bahawa suatu hari nanti rumahku juga akan tinggal sunyi.

Benarlah kata orang rumah adalah seperti sarang di mana suatu hari nanti penghuninya akan terbang meninggalkannya kosong untuk berpindah ke alam baqa' atau mencari kehidupan yang baru.

Addendum Barbeque

Api terlalu kuat
Betul-betul bakar?
Habis hangus

Tiga gambar diambil semasa BBQ malam 7 Jun 2010 yang lalu di rumah adik di kampung. Malam itu tuan rumah sediakan banyak makanan yang hendak diBBQ. Ada ayam, udang, sosej, satay, ikan terubuk dan cencaru ditambah nasi goreng cina, nasi impit, kuah kacang, air asam, sambal tempe dan buah-buahan.

Semua suku sakat yang perempuan berkumpul di dapur siapkan nasi goreng dan minuman. Sambil tu berbual dengan riuh kerana lama tak jumpa (ada dari Labuan) dan ramai juga yang usik tunang anak saudara.

Kerja bakar-membakar di halaman rumah diserahkan kepada kumpulan hero. Dengan adanya ramai chef dan para bapa yang mengarah, sekejap saja makanan diBBQ dah siap. Malam tu banyak hasil BBQ yang rentung dan hangus sebelah tetapi oleh kerana nak meraikan tetamu dari jauh maka semua orang makan dengan gembira.

Manusia Dan Kematian

Setiap makhluk yang bernyawa pasti mati dan dalam Al Quran Allah swt menerangkan hakikat ini melalui firmanNya yang bermaksud, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali Imran: 185) .

Hidup di dunia tidak kekal dan setelah mati kita akan melangkah dalam kehidupan yang sebenarnya iaitu kehidupan akhirat yang abadi. Di sinilah perlunya muhasabah diri, ke mana kita akan ditempatkan, akan menjadi orang yang beruntung atau rugi? Dalam hal ini yang paling penting apakah persediaan dan bekal yang kita siapkan untuk menghadapi akhirat kelak?

Oleh kerana hidup di dunia merupakan kesenangan yang sementara maka Rasulullah saw menganjurkan agar umat baginda banyak mengingati mati kerana terdapat banyak hikmah dan fadilat dalam melakukan perkara tersebut.

Baginda bersabda: Perbanyak-lah mengingat mati kerana sesungguhnya mengingat mati dapat membersihkan dosa-dosa dan menamkan rasa zuhud terhadap perkara duniawi. Apabila kalian mengingat-nya ketika kaya nescaya mengingat mati itu dapat meruntuhkannya. Dan apabila kalian mengingatnya ketika miskin nescaya hal ini kan membuatmu redha dengan keadaan hidupmu. (HR Ibnu Abu Dunya)

Seni Bertegur Sapa

Orkid harimau
Setangkai orkid harimau
Close-up bunga

Tiga gambar orkid harimau diambil di nursery bunga di tempatku. Aku dan Kha balik dari kampung menaiki bas express. Di hadapanku dua orang wanita pertengahan umur bersembang tentang rumah yang ditinggalkan sebentar kerana menziarahi anak di bandar. Ayam itik siapa yang beri makan dan pokok siapa pula yang siram.

Seorang berata: Saya paling risau orkid saya, ada le 100 pasu. Jiranlah yang tolong siramkan. Yang seorang menjawab: Orkid saya pun banyak juga, pantang ada pameran saya mesti beli. Mereka terus berdiskusi tentang orkid dan aku yang mendengar tak tahan lalu menyampuk: Saya pun tanam orkid, ada sikit-sikit disangkut kat pondok dan di dahan rambutan.

Seorang bertanya kepadaku dengan loghat Jawa: Engkau ada tanam baterplai (phalaenopsis)? Tak, cuma cattleya kataku. Lepas tu kami dari tiga tempat duduk yang di asingkan oleh laluan tengah terus bersembang sampai tak ingat orang lain. Kuat pulak tu agar masing-masing dapat mendengar.

Akhirnya setelah bas menempuh perjalanan berpuluh kilometer kami pun bertukar nombor telefon dan berharap dapat berhubung jika ada kelapangan. Kerana orkid, mudahnya dapat kawan......

Asalnya Pelombong Berlian

Sesekali nenek akan mengeluarkan barang kemasnya dan aku suka melihat subang dan cincin, loket serta gelang yang disimpan beliau. Antaranya tiga bentuk cincin dan dua butang baju kurung dan subang yang bertatah batu putih jernih. Nenek kata yang ini intan cempaka, tak boleh kena minyak nanti kilauannya pudar.

Bila melihat barang kemas ni nenek akan bercerita tentang tempat asalnya di Indonesia. Dia berkata bahawa keluarganya berasal dari Martapura sebuah daerah di Kabupaten Banjar di Kalimantan Selatan. Ayah moyang ialah seorang pekerja di lombong berlian di sana. Bandar Martapura juga dikenal sebagai Serambi Mekah dan pengeluar berlian.

Dari kota Banjarmasin dia membawa isterinya, moyang dan suami serta abang moyang dan isteri belayar ke Mekah dengan menaiki kapal laut untuk menunaikan haji. Perjalanan itu mengambil masa enam bulan dan mereka bawa bekalan makanan dan barang yang banyak. Pada waktu itu nenek baru berumur dua tahun dan tidak ingat perjalanannya ke kota suci itu.


Setelah pulang dari Mekah mereka berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di daerah yang ramai penduduk Banjar. Nenek kata intan kepunyaan datuknya banyak telah dijual untuk perbelanjaan mereka ke Mekah. Setelah beliau dan isterinya meninggal dunia barang kemas yang sedikit itu dibahagi pula antara moyang dengan abangnya.

Hanya berlian Martapura ini yang dapat mengingatkan akan asal usulku dan bapa moyang mempunyai pekerjaan yang sangat asing dan awesome iaitu seorang pelombong berlian.

Plant Pokok Ati-ati

Coleus atau ati-ati
Pokok ati-ati
Pokok ati-ati

Gambar diambil di nursery bunga. Gambar atas, pokok ati-ati jenis yang terbaru dan sangat sesuai ditanam sebagai pokok hiasan. Gambar tengah dan bawah, jenis ati-ati yang sering ditanam. Di kampung ati-ati ditanam hampir di setiap buah rumah kerana cara penanamannya sangat mudah.

Ada tanah gembur dan tak menakung air, siram jika tanah kelihatan kering sudah memadai. Sebenarnya pokok ati-ati ada khasiat perubatan iaitu untuk mengawal penyakit darah tinggi dan merawat luka. Untuk darah tinggi dengan meminum air rebusan dari daun dan untuk rawatan luka cuma tampal-kan daun matang yang telah dilumatkan di tempat tersebut.

Awas, darah tinggi ialah penyakit yang perlukan rawatan yang khusus, so JANGAN buat rawatan sendiri. Insyallah, akan akan tambah label untuk blog ini iaitu tentang herba dan kegunaannya. Sekadar untuk menambah pengetahuan kerana setiap benda yang diciptakan Allah swt ada gunanya.

Saturday, June 19, 2010

Uphill Cerita Gopeng

Denai ke kebun getah
Pondok di kebun getah
Tepian lebuhraya U-S

Uphill

Does the road wind up-hill all the way?
Yes, to the very end
Will the day's journey take the whole long day?
From morn to night, my friend.

But is there for the night a resting-place?
A roof for when the slow dark hours begin
May not the darkness hide it from my face?
You cannot miss that inn.

Shall I meet other wayfarers at night?
Those who have gone before
Then must I knock, or call when just in sight?
They will not keep you standing at that door.

Shall I find comfort, travel-sore and weak?
Of labour you will find the sum
Will there be beds for me and all who seek
Yea, beds for all who come.
(C Rossetti)

Dua gambar di atas diambil di kawasan Gopeng. Gambar atas: Denai kecil yang terletak di kiri sungai dan deruan air mengalir merempuah batuan jelas kedengaran ketika melaluinya. Denai ini menghala ke hulu sungai dan banyak kebun-kebun getah serta durian terletak di kiri denai ini.

Kebanyakan kebun getah dipenuhi semak samun, cuma ada lorong kecil laluan orang di antara pokok-pokok getah menandakan kerja menoreh masih dijalankan. Letih juga ketika berjalan kerana ianya mendaki walaupun cerun tidak berapa tinggi.

Gambar tengah: Sebuah pondok dalam kebun getah yang dilihat diawal perjalanan. Semakin jauh perjalanan keadaan semakin sunyi dan adakalanya denai ini terletak di tanah yang telah diteres.

Gambar bawah diambil ketika dalam bas, kagum tengok sebahagian bukit yang telah ditarah untuk dijadikan lebuhraya.

Thursday, June 17, 2010

Umpama Madu dan Semut

Madu umpama dunia yang sentiasa kita kagumi dan impikan manakala semut-semut adalah kita yang digelar anak cucu Adam. Semakin besar nafsu kita mengejar dunia maka semakin besar pula kecelakaan dan bencana yang menanti. Dunia laksana pisau yang mempunyai dua mata tajam iaitu ia boleh menyelamatkan atau membinasakan.

Ia menyelamatkan bila dijadikan sebagai tempat mencari bekal untuk meraih keredhaan Allah swt. Sebaliknya ia membinasakan jika dijadikan sebgai tujuan dan perjuangan utama dalam hidup.
Tiada manusia yang terselamat dan aman dari tipu dayanya melainkan orang yang yang arif dan sedar akan hakikat dunia itu sendiri. Tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda, sakit atau sihat masing-masing ada impian tersendiri dalam mengejar dunia.

Namun keadaan dunia dijelaskan Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud, "Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al Hadid: 20)

Wednesday, June 16, 2010

Kerana Sayang Orkid

Beluncas di tangkai bunga
Bunga yang rosak Akar orkid yang sihat
Beluncas di hujung akar

Empat gambar diambil dari pondok orkidku, dua gambar menunjukkan ulat beluncas. Beluncas makan tak memilih samada daun, akar dan batang, semua habis diketipnya. Tak sangka hari tu aku dapat empat ekor beluncas sekali gus.

Perkara pertama bukan nampak beluncas tapi kerosakan pada bahagian pokok orkid iaitu akar kontot dan kelopak bunga orkid Encyclia banyak yang missing. Bila diamati rupanya beluncas berada di tangkai bunga dan di hujung akar. Apa tidaknya pada hari sebelumnya bunga orkid ni perfect tapi pada keesokkan harinya ada kuntum yang rosak. Aku agak beluncas ni mesti berkerja shift malam atau buat overtime.

Oleh kerana aku lebih sayang pokok maka apa yang aku anggap musuh perlulah dinyahkan. Kena tetaklah ulat tersebut walau aku tahu satu hari nanti ia akan bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Nilai Seekor Ayam

Daging ayam adalah makanan luxury di kampung, cuma dapat dijamah bila hari raya dan kenduri atau ayam di reban terkena penyakit sampar dan tinggal nyawa-nyawa ikan. Kalau nak buat lauk kenduri cuma bulu, darah, sedikit organ dalaman tertentu dan tahinya sahaja yang dibuang. Kepala ayam dibakar, dibuang kulit, mata, dagu dan lidah lalu dimasak kari bersama terong, kacang panjang, kentang serta leher ayam.

Kaki ayam di
celur, dibersihkan, dikerat dan campur dalam kari. Hati, limpa, telur anggur (ovari) juga dicelur dengan air panas dan dihiris. Mempedal dan usus kecil dibuang isinya dan dibasuh bersih sebelum dimasukkan ke dalam air menggelegak. Kemudian barulah dikikis lapisan dalam hingga bersih lalu dihiris nipis. Semua organ dalaman ini ditumis dengan rempah dan kacang bermata hitam yang telah direbus. Dada ayam digoreng sebentar dan dimasak kicap sementara daging peha pula dimasak merah atau kurma bersama bawang besar.

Hanya orang dewasa sahaja yang boleh makan organ dalaman yang dibakar. Kanak-kanak pantang kerana takut jadi bebal atau bodoh. Selalunya orang yang bekerja di dapur sahaja secara exclusive dapat merasanya. Mereka secara sorok-sorok menabur sedikit garam dan mencucuk bahan ini pada lidi penyapu dan memanggangnya.

Aku yang memang suka menolong mengupas bawang dan sayur dapat juga tempias makanan ni bila nenek hulurkan sedikit. Itulah keadaannya, bila sesuatu itu payah nak dapat maka semuanya berguna dan bernilai........

Sandy Beaches

Add Image Pasu tanah liat
Pasu bunga

Sandy Beaches

Sprinkle, squish between my toes
The smell of ocean to my nose
I can feel each grain of sand
It falls from air into my hand.

The shells I find along the shore
Picked up by birds that fly and soar
They sparkle like the ocean's waves
And carry sand from all the lakes.

I walk along the tip of the sea
That's where my feet leave prints to be
I walk all the way to the end of the land
The land that holds the beautiful sand.
(M Swain)

Gambar pelbagai jenis pasu yang di jual di nursery bunga yang selalu aku kunjungi. Ada pasu biasa berharga seringgit dan ada yang mahal harganya hingga mencecah ratusan ringgit. Aku dan Izz kononnya nak buat projek water garden di penjuru halaman.

Aku kata mula-mula kena survey apa yang ada di pasaran. Kami begitu bersemangat nak ganti dua pokok bunga raya yang selalu diserang aphid dengan tempayan besar berisi pokok teratai dan air terjun kecil dari buyung. Namun kata-kata pengajar kursus asas lanskap yang pernah aku hadiri sekali ketika masih bekerja ialah: menanam tumbuhan memang mudah, tetapi kalau tak sanggup nak senggara jangan tanam berlebihan.

Hati berdetik dan berbisik: malasnya nak mencuci tempayan dan buyung, menyauk jejentik dan katak berudu atau mengganti filter tersumbat. Timbang punya timbang projek tamanku tidak jadi aku teruskan.

Monday, June 14, 2010

Mencintai Allah Dan RasulNya

Barangsiapa yang ingin meletakkan dirinya di jalan Allah dan RasulNya maka dia memerlukan ilmu yang mendalam tentang apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Dan yang paling penting dia mesti yakin sepenuhnya terhadap petunjuk tersebut.

Petunjuk inilah satu-satunya jalan hidup yang diambil dan diamalkannya.
Dalam hal ini dia mesti bersabar ketika menghadapi setiap keadaan kerana ramai orang akan memusuhi dan mencelanya.

Hatinya mesti berpegang teguh kepada firman Allah swt yang bermaksud, "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sempat sampai ke tempat yang dimaksud), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An Nisa': 100)


Adapun keyakinan dan kesabaran tidak akan menjadi sempurna melainkan adanya rasa cinta yang kuat terhadap Allah swt dan akhirat. Ini bermaksud bahawa apa yang dijanjikan di akhirat lebih dicintai daripada kesenangan dunia dan Allah serta RasulNya lebih dicintai dari segala-galanya.

Spathoglottis Orkid Pinang

Spathoglottis, purple
Spathoglottis, putih
Spathoglottis, pastel

Tiga gambar orkid diambil di nursery bunga. Spathoglottis atau orkid pinang tumbuh secara liar di tempat teduh dan di kawasan semak samun. Kadangkala kelihatan di tepi jalan raya terutama di tanah berbukit atau berpasir. Warna bunga yang selalu dilihat ialah purple dan ditanam dalam pasu di halaman rumah di kampung-kampung.

Ia dinamakan orkid pinang mungkin kerana daunnya menyerupai daun anak pokok pinang yang baru bercambah. Kini orkid spathoglottis banyak di jual di nursey bunga dengan warna bunga yang lebih menarik seperti putih, kuning, peach, pink dan warna pastel. Ia mudah membiak dan harga sepasu hanya RM 10-12 sahaja.

Orkid ini ditanam dalam tanah gembur sebagai media tanaman dan hidup subur jika diberi baja organik. Selamat mencuba, macam-macam warna bunga ada.

Addendum Rumah Mak

1. Rumah Mak
2. Pergola Wak Denan

Gambar 1: Rumah mak diambil pada bulan Jun 2010. Cat rumah warna terang bukan fenomena baru di Jalan Sukun. Tiga tahun lalu Pak Kassim yang rumahnya selang tiga buah dengan rumah mak mengecat rumah dengan warna kuning pekat dan merah saga.

Bila aku balik berhari raya ketika tu (abah masih hidup), dia berkata sambil tersenyum: macam Court Mammoth. Selepas raya abah baiki rumah dengan membina semula bahagian dapur dan beranda. Sebelum dia meninggal rumah dan pagar telah siap dicat dengan warna yang ada sekarang iaitu hijau-biru dan pagar kuning-oren.

Tak taulah apa kata jiran tetapi pada masa yang sama mereka juga membina semula rumah mereka. Wak Salbani yang tinggal di hadapan rumah mengecat dinding rumahnya dengan warna purple berserta putih dan Wak Jemain dengan warna kuning kombinasi oren.

Gambar 2. Rumah Wak Denan dari halaman rumah mak. Rumahnya di seberang jalan dan terletak di tanah yang tinggi sedikit. Pondok yang kelihatan di penjuru pagar itu adalah pergola di hadapan rumah tersebut. Aku rasa pergola Wak Denan cukup istimewa dengan bumbung berlapis, di tutupi dengan tumbuhan menjalar dan di cat warna peach-kuning air.

Rumah yang sekerat batu dan sekerat papan telah dicat warna hijau pucuk pisang. Bila aku balik baru-baru ini rupa-rupanya Ma Cik Bedah di sebelah rumah juga sedang membaiki rumahnya dan aku tunggu warna cat yang dipilihnya.

Tiru Spiderman dan Batman

Nenek hanya dua beradik iaitu dia yang sulung dan adik perempuannya. Kalau tak sekolah aku suka ke rumah nenek saudara untuk bermain. Anaknya ada yang sebaya denganku dan tiga orang lagi lebih tua dariku. Yang sulung jarang bermain kerana dia sudah bersekolah menengah.

Rumah Nek Ijah sederhana besar tetapi lantainya serta dindingnya dibuat dari papan yang kukuh. Tempat yang kami suka bermain ialah di beranda. Salah satu sisi beranda ini ada dinding dengan kayu beruti dipasang melintang pada ketinggian berbeza untuk kukuhkan dinding. Dua sisi beranda pula berpagar separas pinggang dan ada palang kayu panjang di atasnya.

Bila main cina buta, orang yang ditutup matanya akan teraba-raba mencari mangsa tetapi dengan perlahan dan berhati-hati kami akan melekat di dinding seperti spiderman atau bergantung di atas gelegar macam batman. Susah juga nak menangkap mangsa yang boleh mengelak dan memanjat dengan cekap dan senyap.


Nek Ijah tak pula marah pada kami yang berlari dan membuat bising di berandanya. Bila dirasanya kami sudah cukup bermain dia akan panggil kami membantunnya memasak. Makanan cukup dengan nasi, ikan goreng dan sayur tumis. Kalau jemu main di beranda kami ke belakang rumah untuk mengait jambu air dan mempelam.

Aku tak berapa suka dengan suami Nek Ijah yang berwajah garang. Apapun aku mesti tanya dulu pada anak-anaknya kalau bapa mereka ada di rumah dan seronok kalau Tok saudara ke rumah isteri mudanya.

Thursday, June 10, 2010

Evening Hours

WaterlillyWaterlilly
Waterlilly di Gua KLT

Evening Hours

The dusk has little gateways
That lead to pleasant homes
Enveloped in the soft light
Before the darkness comes.

Each home is in a garden
Alight with vivid blooms
And there are fragrant posies
In all the restful rooms.

They are so cool and quiet
After the hectic day
After the crowded hours
That rush us on our way.

They are the havens
Where we may turn to sit
And rest us in leisure
The day could not permit.
(E C Forbes)

Gambar bunga teratai atas dan tengah diambil di nursery bunga. Gambar bawah diambil di hadapan Gua Kek Lok Tong. Kecewa juga bila tengok permukaan air kolam besar di belakang gua hanya dipenuhi red algae.

Dalam perjalanan keluar dari gua baru aku perasan ada sebuah pasu besar berisi pokok teratai dengan sekuntum bunga. Masa datang tak nampak sebab sebaik saja melangkah di pintu gua tiba-tiba terdengar bunyi seruling berirama lagu klasik Cina. Aku dan Izz tercari-cari, mustahil pula ada orang bawa radio ke mari.

Oh...rupa-rupanya nun tinggi di atas batu di penjuru kiri pintu gua seorang pemuda sedang berdiri meniup seruling dengan mendayu-dayu. Apakah dia sedang mengalu-alukan kedatangan kami pagi itu atau sedang menyeru ular yang mungkin banyak bersembunyi di celah batuan dan tumbuhan yang menghijau di situ??

Kenali Orkid Sympodial

Orkid Ordontoglossum
Orkid Ordontoglossum
Orkid Dendrobium
Orkid Dendrobium

Gambar Orkid Odontoglossum dan pokok Orkid Dendrobium dari pondok orkidku. Gamabr bunga Dendrobium diambil di gerai penjual orkid di pasar tani. Selepas pertumbuhan orkid Monopodial ada satu jenis lagi pertumbuhan iaitu Sympodial.

Jenis sympodial lebih banyak serta kerap ditemui di mana orkid ini mempunyai pseudobulb yang berfungsi untuk menyimpan air makanan dan air. Pseudobulb hidup secara menegak manakla pertumbuhan pseudobulb yang baru secara menyusur ketepi di celah-celah pseudubulb yang matang.

Selalunya ada lebih dari satu pertumbuhan baru dan pseudubulb merupakan rhizomes pada tumbuhan yang hidup di tanah. Daun orkdid boleh bertahan lebih dari setahun kerana adanya simpanan makanan. Walaupun daun layu dan gugur namun ia masih boleh menyokong pertumbuhan pokok orkid tersebut. Dendrobium, Ordontoglossum, Oncidium, Cattleya, Gramatopahyllum adalah orkid Sympodial.

Seronok Tahu Menjahit

Di rumah nenek ada mesin jahit Singer guna kaki walaupun orang lain di kampung semuanya ada mesin guna tangan. Aku suka perhati mak atau nenek mengukur, menggunting dan menjahit baju dan kain.

Dulu tak ada kertas pattern atau tali tape jadi ukur lebih kurang guna tali guni atau ukur terus dengan baju lama. Lebarkan dua jari atau panjangkan setengah jengkal. Paling senang kalau gunting kain kapas sebab sekali lipat dan tekan sudah boleh digunting.

Dari melihat dan mengacau aku belajar macam mana nak jahit baju kurung, kenal pesak, pesak gantung dan kekek, menyembat dan buat tulang belut. Kalau gunting seluar untuk lelaki mesti ada tongkah supaya tak cepat koyak. Moyang, nenek, mak dan mak cik semuanya pandai menjahit.

Nenek dan mak ambil upah sembat baju kurung kerana jahitan mereka halus dan kemas, taklah tebal macam kacang panjang atau jahitan di sebelah luar berselirat.

Aku tak pernah miss tengok mak isi benang pada 'bobbin' dan letak sekoci ke dalam perut mesin. Selalu juga aku kena marah kerana berdiri di depan mesin dan tangan tak diam nak tolong memotong benang setiap kali nenek tarik kain selepas satu jahitan.

Menjahit guna mesin jahit kaki mudah sedikit kerana cuma imbangkan gerakan kaki dengan tangan supaya mesin tidak terlalu laju atau jahitan senget. Aku suka tolong minyakkan mesin jahit atau lap tali mesin yang dibuat dari kulit dengan air agar tegang.

Tali ini menyambungkan antara roda kaki dengan roda yang memutar mesin. Aku berhenti menyebuk dekat mesin jahit bila mak tercucuk jarum mesin pada kuku di jari telunjuk dan terpaksa dibawa ke hospital.

Addendum Pokok Getah

1. Kebun getah 2. Susu getah mengalir
3. Cawan penakung
4. Kulit pokok menggerutu

Gambar diambil di satu kebun getah dalam perjalanan ke kebun Pak Kholil: 1. Kebun getah dengan pokok muda, selalu dibersihkan agar mudah untuk bergerak dari pokok ke pokok yang lain. Pokok paling hadapan ditoreh lebih tinggi keran lama kelamaan torehan semakin ke bawah.

2. Torehan yang baik tidak menyebabkan luka pada lapisan nipis antara batang kayu dan kulit pokok.

3. Susu getah yang mengalir dari bekas torehan masuk ke dalam mangkuk penakung melalui alur yang dibuat dari zink.

4. Torehan yang tidak sempurna dan luka mengakibatkan benjolan pada kulit hingga sukar untuk menoreh untuk kali kedua di tempat ini kelak. Nak tahu cara menoreh: Search, cara menoreh getah post April 2010.

Tetap Di Jalan Lurus

Kita dikehendaki agar menjadi orang yang tetap berada di sisi Allah dan RasulNya pada setiap ketika dan di mana jua kita berada. Ini bermakna jika Allah dan RasulNya berada di satu jalan maka janganlah kita berada di jalan yang lain. Hal ini akan menjadi kesengsaraan dan kesusahan yang besar di dunia dan di akhirat kelak. Allah swt mengingatkan manusia dengan firmanNya yang bermaksud, "Di hari itu orang-orang kafir dan orang-orang yang menderhakai rasul, ingin supaya mereka disamarata-kan dengan tanah (hancur seperti tanah), dan mereka tidak dapat menyembunyikan (dari Allah) sesuatu kejadian pun." (An Nisaa': 42). Setiap Muslim mesti mencari dan berusaha meniti jalan yang lurus dan selamat.

Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana kesilapan awal akan menyebabkan keburukan pada akhirnya. Kita mesti berada di jalan Allah dan RasulNya walaupun kebanyakan manusia berada di jalan lain. Hanya jalan ini yang membawa kepada kesudahan yang paling mulia dan terpuji. Manusia merasa bahawa memiliki sesuatu yang berharga di dunia lebih beruntung dari apa yang tersedia di akhirat. Oleh itu semakin ramai manusia yang memilih dan berada di jalan yang menyalahi Allah dan RasulNya.

Taman Gua dan Bunga

Gua Kek Lok Tong
Bird of Paradise

The Green Bowl

This little bowl is like a mossy pool
In Spring wood, where dogtooth violets grow
Nodding in chequered sunshine of the trees
A quiet place, still, with the sound of birds,
Where, though unseen, is heard the endless song
And murmur of the never resting sea.

'T was winter, Roger, when you made this cup
But coming Spring guided your eager hand
And round the edge you fashioned young green leaves,
A proper chalice made to hold the shy
and little flowers of woods.

And here they will forget their sad uprooting,
Lost in pleasure that this circle of bright circle of leaves
Should be their setting once they will dream
They hear winds wandering through lofty trees
And see the sun smiling between the leaves.
(A Lowell)

Gambar atas: Pemandangan taman yang di kelilingi bukit setelah masuk melepasi gua batu kapur Gua KLT. Ada kolam besar dan kata Izz dulu ianya dipenuhi pokok teratai.

Pertama kali sampai di sini. Kini air kolam sedikit keruh dengan algae merah tapi boleh dilihat bayangan ikan koi dan kura-kura yang berenang di bawah permukaan air. Tamannya bersih, sunyi dan ketika meninggalkannya terdapat sekumpulan pelajar UNITEN sedang berdiri berbincang di tangga gua bersama pensyarah mereka.

Gambar bawah: Sejenis pokok heliconia, biasa dipanggil bird of paradise kerana bentuk bunganya yang unik seperti burung dengan warna yang sangat terang. Bunga paling cantik adalah jenis yamg lebih besar berwarna merah, maroon dengan kelopak bawah warna purple.

Daun dan bunga pokok ini banyak digunakan dalam gubahan dan kelihatan eksotik bila diletakkan bersama orkid.

Friday, June 4, 2010

Mudah Buat Tapai Ubi

Di kampung selalu ada tapai ubi kerana bahan mentah memang banyak, buat tak berapa susah dan tak payah keluar belanja mahal. Tapai ubi ada yang warna putih atau kuning bergantung pada ubi yang digunakan. Mula-mula kopek kulit ubi, kikis bahagian luar isi ubi dan rebus tanpa garam.

Bahagian luar dikikis untuk elakkan tapai berlendir. Kemudian rebus ubi, jangan sampai terlalu empuk atau tapai jadi benyek. Toskan air, sejukkan ubi dan tabur ragi yang sudah di jemur dan di hancurkan menggunakan pengayak tepung. Buat selapis, selapis dan masukkan ubi dalam periuk besar yang dialas dengan daun pisang.

Tutup ubi dengan daun pisang, letak tutup periuk dan bungkus dengan dua lapis kain bersih. Ikat. Letak bawah katil dan dalam masa dua hari dua malam tapai bolehlah dimakan. Tapi aku lebih suka tapai yang belum berair (dua hari satu malam) kerana rasanya tak terlalu manis dan tak sabar nak tunggu lama-lama. Isi ubi jadi gebu dan di luarnya berbulu sebab ada kulat.

Nenek tidak buat bungkusan kecil dalam daun pisang sebab nak cepat siap. Bila bagi tapai pada jiran atau saudara mara hanya guna mangkuk saja. Masa buat tapai kena ikut beberapa petua, iaitu peralatan dan tangan mesti di basuh bersih dan jangan banyak bercakap.

Kalau nenek buat tapai pintu di antara dapur dengan tengah rumah ditutup. No entry. Bila dah besar sikit baru aku boleh duduk perhati. Ada juga sesekali tapai tak menjadi, rasa masam dan warna kemerahan.

Nenek kata sebab ragi tak elok tapi ada juga orang kata tanda hati tak ikhlas semasa kerja menapai.

Kenali Orkid Monopodial

Orkid Vanda
Orkid Vanda
Orkid Phalaenopsis
Orkid Phalaenopsis

Gambar pokok orkid vanda dan phal dari pondok orkidku. Gambar bunga orkid vanda diambil pada satu pameran dan orkid phal dari nursery bunga. Orkid dibahagikan kepada dua jenis, mengikut tumbesaran pokoknya iaitu Monopodial (single stem) dan Sympodial (multiple stem).

Orkid vanda dan phal tergolong dalam jenis monopodial. Cara tumbesaran orkid ini ialah melalui batang yang mana ia terus menerus membesar dari pucuknya. Selalunya batang pokok akan hidup lurus ke atas dan akar udara tumbuh dari batang. Daun tua luruh dari bawah dan dengan pertumbuhan daun serta akar baru dari bahagian pucuk.

Daun orkid monopodial tebal dan tumbuh tersusun secara bersilang dari batangnya. Tangkai bunga keluar dari pangkal pokok bagi orkid phal dan dari antara dua daun bagi orkid vanda.