African Daisy
African daisy
Petunia,
macam bunga kangkong
macam bunga kangkong
Petunia pink
Kelopak dwiwarna |
Diam
tak diam sudah empat tahun rupanya aku dalam tulis menulis ni. Mulanya
teruja ada blog, teruja nak kongsi cerita dan gambar yang tersimpan.
Sanggup sengkang mata tulis entri dan satu aktiviti penting setiap hari
termasuk blog walking. Bila blog-walking lagi kagum blog orang ada
follower beratus dan beribu. Agaknya macamana nak bagi orang suka blog
aku?. Lama-lama faham le: aku follow, engkau pun follow. meriahlah ikon
follower dan rasa macam orang suka blog kita.
Rupa-rupanya
masa membuktikan bahawa blog aku hanya ketahap suam-suam kuku. Memang
tak femes. En K kata, udah-udah le tu. Maknanya kena kurangkanlah
perasan. Tulislah dengan ikhlas dan untuk kepuasan sendiri. Lagi ramai
yang ikut lebih berat t/jawabnya. Iye ke? Yang ditulis tu nanti
akan disoal di akhirat............Harapan aku, semoga ada faedah bagi
orang yang datang melawat.
Di
sini tuan blog nak minta maaf banyak-banyak pada yang membaca. Apa yang
ditulis ada luahan hati kisah yang memang betul terjadi iaitu nostalgia
masa di kampung. Ramai yang tua sudah kembali ke rahmatullah dan
kampung pun banyak berubah. Ada tulisan yang dipetik dari bahan bacaan
sana sini agar yang baik dapat dikongsi bersama. Followers? Biarlah ikon
tu sebagai tanda suatu masa dulu seseorang pernah singgah di sini.
Setahun
senyap rasa malas menulis, jengok blog sekali sekala dan masa
dihabiskan menyulam. Duduk juga denpan komputer tapi banyak mendengar.
Kekadang buka youtube gardening, travel dan talk. Sekarang ni kurang
menyulam tapi suka berkebun pulak. Tak tahan tengok tomato dan sayur
hijau yang orang tanam. Orkid yang ada tu maintain aje, selalu ke pasar
tani beli bijibenih dan baja. Orang kata tengah bersemangat untuk
menghijaukan bumi.
Hati berdetik, air bah sekali pasir berubah. banyak perkara nak dipelajari, ilmu kena cari, tapi biarlah yang bermanfaat. Tak gitu Cik Minah?