Saturday, July 23, 2011

Pokok Tapak Kuda

Pokok perlu disokong
Ditanam dalam pasu
Bunga muda dan matang
Bunga muda warna kuning
Matang merah terang
Jambak besar

Salah satu pokok bunga pagar dan para tercantik ialah pokok tapak kuda kerana bunganya yang berwarna oren dan merah cerah dalam jambak serta daun hijau berkilat. Pokoknya lebih elok jika dibiarkan menumpang pada pagar untuk tegak dan merimbun. Anak semaian tidak mahal sekitar RM 10-30 mengikut saiz. Pokok ini ditanam dalam kawasan yang banyak cahaya matahari untuk menggalakkan ia subur dan berbunga lebat. Aku dah beli pokok ni dua kali tapi tak sempat besar, dah mati hingga serik nak tanam kali ketiga. Pokok ini nama saintifiknya Bauhinia kockiana.

Pokok tapak kuda rupanya banyak khasiat. Daun pokok ini ditumbuk dan ditempelkan pada ulser dan bisul untuk menyembuhkannya. Daun juga mampu meredakan panas badan dengan meramas daun dalam air untuk menjaram kepala. Untuk meredakan sakit lutut dan sendi daun pokok tapak kuda di celur kemudian tumbuk bersama daun pisang batu, daun bakung. Tempel pes pada tempat yang sakit.

Untuk
air mandian wanita lepas bersalin daun boleh digunakan sekiranya ia direbus bersama daun gandarusa, serai wangi, lengkuas serta daun inai .

Keadaan dan Amalan Hamba

Kata-kata Sayidina Ali ra:

1. Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah engkau memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya telalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

3. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

Tuesday, July 19, 2011

Bunga Raya Kita

Bunga raya asli
Import dari Hawaii?
Kelopak kerinting
Putih dijadikan ubat
Dijual di nursery

Dua perkara yang aku ingat tentang bunga raya ialah bedah bunga dalam kelas biologi dan pokok bunga di halaman rumah sewa pertama. Ketika sekolah menengah kebetulan rumah jauh dari sekolah jadi susah nak bawa bunga naik bas sejauh 16 km dan sebelum tu berbasikal 1 km dari dalam kampung. Kata Mrs Singam cikgu sains yang garang macam singa tu, everbody must have her own hibiscus! Tak ada jalan lain kecuali mencuri bunga raya dari perkarangan rumah rehat dekat dengan sekolah. Apalagi pengurus rumah rehat beri amaran pada guru besar jangan sampai anak muridnya asyik mengambil bunga dari sana.

Bila bekerja rumah sewa yang aku diami hanya ada tanah selebar 2 meter kali 4 meter di bahagian hadapan. Ada sepokok bunga raya warna pink jenis kelopak berlapis ditanam oleh tuan rumah ditengah-tengah halaman itu. Setiap hari kalau rindu kampung dan kehijauan lalu renung pokok yang sebatang itulah.

Banyak beza bunga raya zaman dahulu dan sekarang iaitu saiz bunga, bentuk daun dan warnanya. Agaknya kebanyakan bunga raya yang ditanam dan dijual sekarang ni jenis import. Pernah kawan menghantar pos kad dari Hawaii dan bunga raya di sana semuanya jenis besar, daun tebal dan lebar dengan warna yang sangat menarik. Tapi apa pun aku suka tengok bunga raya merah kelopak selapis yang kelihatan seperti lantern tergantung. Lagi cantik kalau pokoknya dibiar sebatang dan daun merimbun setinggi 1 meter dari tanah. Hati berdetik dan berbisik patutlah bunga ni jadi bunga kebangsaan kita, tahniah pada yang memilih.

Meyakini Janji Allah

Orang-orang mukmin yakin bahawa Allah swt sahaja yang menguasai diri setiap manusia dan seluruh alam ini. Oleh itu mereka sentiasa menyerahkan diri serta bertawakal kepadaNya dalam apa jua keadaan. Allah swt berfirman yang bermaksud, " ...Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Al Maidah: 23).

Kerana menyedari hakikat ini orang-orang mukmin bersegera mencari rahmat dan kasih sayang Allah swt. Ianya dilakukan dengan merendahkan diri dan berdoa memohon keredhaanNya melalui ucapan dan amalan soleh. Kehidupan seharian dilalui dengan harapan agar ianya menjadi ibadah yang diterima dan diredhai olehNya.

Adapun segala amalan soleh yang dilakukan dengan penuh ketaatan dan keikhlasan serta bersungguh-sungguh akan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda. Allah swt menjanjikan tempat tinggal yang terbaik di akhirat yang berupa syurga yang kekal selama-lamanya. Allah swt berfirman yang bermaksud, "Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan." (An Nur: 52)


Mudah-mudahan Allah swt menunjukkan kepada kita jalan yang lurus dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita juga memohon agar kita diberikan hidayah oleh Allah swt untuk menggunakan kesempatan yang ada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mengabdikan diri kepadaNya. Hanya Dialah Sebaik-baik Pelindung dan Sebaik-baik Penolong.

Friday, July 15, 2011

Jodoh Dengan Cattleya

Cattleya
Cattleya
Cattleya

Vanda
Dendrobium

Perangai orang yang suka orkid ni kadangkala jadi pelik sebab sayang sangat kat tanaman mereka. Setiap hari sanggup berkeliling di pondok orkid membelek setiap pokok kesayangan tak kira pagi atau petang. Mungkin ada seorang dua yang melawat di waktu malam untuk menyuluh ulat dan kumbang. Bukan akar dan daun saja yang diperiksa malah setiap kuntum bunga direnung, sudah ada yang cacat dikunyah belalang dan beluncas ke?

Bunga orkid ada pelbagai saiz, bentuk dan warna, namun yang paling cantik tentulah bersaiz besar, kombinasi warna terang dan permukaan kelopaknya lembut macam baldu. Kalau berbau harum lagi best. Kebetulan di pondok orkidku ada beberapa pokok cattleya yang berbunga besar dan tidak susah dijaga. Sekarang ni aku terfikir cakap seseorang yang aku jumpa di gerai orkid. Katanya lebih baik tanam Miltonia dan Oncidium dari Dendrobium kerana selepas berbunga Dendrobium tinggal batang saja. Aku pula ada pendapat lain.

Mungkin dia serasi menanam kedua-dua jenis orkid tersebut sedangkan pokok Miltoniaku tidak pernah berbunga dan pokok Oncidium yang ketika dibeli gemuk sihat semakin lama semakin kurus kecut. Tapi pokok Cattleyaku boleh tahan sedikit pertumbuhannya. Mungkin ini yang dinamakan jodoh, tanam mana yang paling sesuai saja. Hati berdetik dan berbisik....nampaknya lebih baik aku setia pada Cattleya.

Jaga Agama Dan Kehormatan

1. Jangan sampai syaitan menang atas agamamu dengan cara mencari alasan pada setiap kesalahan dan mencari fatwa untuk setiap maksiat. Yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas. Barangsiapa yang tidak melanggar yang syubhat maka dia telah terlepas dari dosa demi agama dan kehormatannya. (M Al Siba'i)

2. Ada empat perkara yang menguatkan badan iaitu: Memakan daging, mencium harum-haruman, membanyakkan mandi dan memakai kain kapas. (Imam Ghazli)

3. Tiada seorang lelaki pun yang aku kenal yang menyukai kemasyhuran dan ia telah kehilangan agamanya dan terbuka kekurangannya. (Bisyir)

4. Yang paling mudah terjadi kepada orang yang berilmu jika ia mencintai dunia ialah dikeluarkan dari hatinya kelazatan bermunajat kepada Allah swt. (Malik bin Dinar).

Wednesday, July 13, 2011

Ini Batu Ampar

Batu Ampar
Airnya sejuk
Kolam di sebelah atas
Air mengalir di celah batu
Boleh mandi di sini

Ya Tayba...Ya Tayba


O Tayba, O Tayba
O cure of the patient

We missed you, and passion has called us to you.

As the ship departed, it forgot me
They sailed away and my tears never dried up
They took my heart and my soul with them
O Tayba, you're the distracted love

My direction of prayer (my Qiblah), the house of Allah,
I'm patient
, perhaps a day will come to visit you
I wonder, will I be looking upon al Kaabah
And being overwhelmed with it's safety


Our Prophet, my best wishes, to visit you

At least once in my life

And near you, to perform my prayers

To praise my Lord, and to recite al Qur'an


O Madina, how lucky you are
For the coming of the loadstar
may
I have a shelter beside you

Indeed, your light has enchanted us.

Tempat di atas dekat Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Dalam gambar kawasan ini nampak kecil tapi yang sebenar boleh tahan juga luasnya. Dalam keadaan biasa airnya jernih dan sejuk hingga jadi tempat mandi manda yang selesa. Awas, tunggu hingga hujan lebat di hulu, air yang turun banyak dan deras hingga batu ampar yang besar tu hampir tidak kelihatan ditenggelami air. Bahaya ni!

Baru-baru ni dalam sesi jalan-jalan ke sana sini di alam maya terdengar pulak lagu 'ya tayba...ya tayba' nashid arab. Menurut infonya ia sudah empat lima tahun dalam u tube dan versi yang paling popular ada lebih 4.5 juta viewing. Ada gambar budak kecil pegang Al Quran (iras wajah orang kita). Rupanya ini lagu tradisi tentang kerinduan pada Rasulullah dan Madinah yang telah diberi nafas baru. Sedap dan mendayu-dayu iramanya hingga aku pun rasa sebak. Bila dengar bahasa Arab tak puas kena mencari translation pulak dan jumpa dalam blog jejaka dari India. Aku pun copy walau hati berdetik dan berbisik.....macam tak berapa nak kena dan faham gaya bahasanya.

Monday, July 11, 2011

Never Give Up

1. Never give up on something that you can't go a day without thinking about. (Anon)

2. How far you go in life depends on your being tender with the young, compassionate with the aged, sympathetic with the striving and tolerant of the weak and strong. Because someday in your life you have been all of these. (G W Carver)

3. If you want to know the past, to know what has caused you, look at yourself in the present, for it's the past effect. If you want to know your future, then look at yourself in the present, for that is the cause of the future. (M Nikaya)

4.Kind words does not cost much. They never blister the tongue or the lips. They make other people good-natured. They also produce their own image on man's souls and a beautiful image it is. (B Pascal)

Thursday, July 7, 2011

Pokok Di Tepi Jalan

Pokok lebat berbunga
Daun seperti daun getah
Bunga pink lembut
Kelopaknya nipis
Bunga yang gugur

Salah satu pokok tercantik yang ditanam di tepi jalan ialah pokok besar seakan pokok getah. Kekadang bunganya berwarna putih tapi yang paling menyerlah ialah berwarna pink lembut. Lebih cantik lagi bila semua daun pokok sudah tiada, hanya tinggal bunga saja. Nampak seperti pokok plum atau sakura di Jepun. Ada beberapa batang pokok ni di sepanjang Jalan Raja Musa Mahadi, Jalan Gopeng dan Jalan Sungai Rokam. Gambar atas diambil di hadapan sederet kedai dekat dengan gerai menjual kuey teow kerang. Sambil menikmati makanan dengan air laici ais dapat juga mencuci mata.

Hajat hati nak membeli kelapa parut di kedai runcit terbantut bila melihat bunga yang gugur lebih banyak dari yang ada di dahan. Mesti ambil gambar sekarang! Better late than never......teringat banyak yang aku dah terlepas. Ada kalanya malas nak ambil gambar tapi bila sudah terlepas (misalnya orkid kena tunggu lama sebab ada yang setahun sekali baru berbunga) menyesal pulak.


Kalau musim bunga yang aku rasa jatuh pada bulan Februari pokok ni memang berseri. Tapi yang tak bagus bila daunnya yang berbentuk seperti daun getah gugur dan berserak ditiup angin. Kerana nak menghias jalan kesian orang yang menyapu, tak menang tangan kerana pokok ni daunnya lebat. Hati berdetik dan berbisik, terima kasih pada yang telah menanam pokok-pokok ini dan tetap menjaga keindahannya.

Tuesday, July 5, 2011

Imagination Vs Knowledge

1. All meaningful and lasting change starts first in your imagination and then works its way out. Imagination is more important than knowledge. (A Einstein)

2. Each day is new canvas to paint upon. Make sure your picture is full of life and happiness and at the end of the day you don't look at it and wish you had painted something different. (Anon)

3. The best and safest thing is to keep a balance in your life, acknowledge the great powers around us and in us. If you can do that and live that way, you are really a wise man . (Euripides)


4. We shall not cease from exploration, and the end of all our exploring will be to arrive where we started and know the place for the first time. (T S Elliot)