(Mother-In Law's Tongue)
kristal jelly)
Bila aku sebut nama pokok ni dalam bahasa Melayu dari English translation ramai yang tak percaya. Ada yang jegilkan mata, ada yang senyum meleret dan tak kurang yang ketawa berdekah-dekah. Gelaran pokok celorang celoreng ni ialah Lidah Mak Mertua. Tak tahulah siapa punya imaginasi tinggi yang memberi nama terebut. Kalau pokok lain ada nama sedih seperti Bleeding heart, Mind your own business atau baby's tears tapi yang ini pelik pulak. Pokok Sansevieria dikenali sebagai Mother-in-Law's Tongue di Britain dan Snake Plant di US.
Nasihat seorang pakar tanaman, kalau menanam apa pun tak menjadi cubalah pokok ini. Ianya ia sangat kebal kerana 'has a reputation for near indestructibility!' Tahan lama tak disiram, tak kisah di tanam di tempat teduh atau terbuka dan tak perlu perhatian. Pokok ini daunnya berbentuk pedang, sedikit tebal, tirus dan kekadang hampir 1 meter panjang. Jenis yang paling popular mempunyai tepi berwarna kuning. Jika pokok subur ia mengeluarkan bunga kecil yang berbau wangi. Kini ada Sansevieria jenis dwarf yang sesuai di tanam di kawasan yang sempit.
Selain ditanam di tanah pokok ini juga boleh hidup dalam balang kaca berisi air dan kristal jelly untuk hiasan dalaman. Untuk ini, bersihkan akar dari tanah dan tentukan kristal jelly sentiasa lembab agar pokok tahan berbulan-bulan. Walaupun apa namanya namun pokok Lidah mak mertua adalah pokok yang menarik dan ramai yang gemarkannya. Hati berdetik dan berbisik, lebih suka nama yang cantik dan yang menggambarkan kegunaan tumbuhan tersebut seperti manjakani, solandara, janda berhias dan ulam raja.