Sunday, July 25, 2010
Balas Kebaikan dan Doa
Saturday, July 24, 2010
Makanan Orang Demam
Selain bubur di atas, mak juga biasa buatkan bubur som-som dari tepung beras yang dikacau bersama santan, garam dan daun pandan. Bubur yang lembut lemak ini dibekukan di dalam mangkuk sehingga sejuk dan disiram dengan air gula melaka sebelum dimakan.
Sejenis lagi makanan ialah yang orang Banjar namakan gayam. Nak buat pun senang, cuma guna tepung pulut yang buat doh lembut dan bentukkan sebesar jari kelingking. Masukkan ke dalam air gula melaka yang sedang mengeleggak bersama pandan. Bila tepung sudah timbul, masukkan santan pekat, kacau hingga rata dan angkat. Selalunya sebelum makan beramai-ramai doa selamat akan dibacakan oleh abah.
Friday, July 23, 2010
Evening Hours
The dusk has little gateways
That lead to pleasant homes
Enveloped in the soft light
Before the darkness comes.
Each home is in a garden
Alight with vivid blooms,
And there are fragrant posies
In all the restful rooms.
They are so cool and quiet,
After the hectic day,
After the crowded hours
That rush us on our way.
They are the little havens
Where we may turn to sit
And rest us in a leisure
The day could not permit.
(E C Forbes)
Dua gambar diambil di nursery bunga. Sesudah penat bekerja seharian di ofis tentu tertunggu-tunggu nak balik ke rumah. Terasa rindu dan seronok duduk-duduk menikmati minuman petang di beranda atau di bawah gazebo bersama orang tersayang. Tentu saja sambil melihat pokok-pokok yang telah ditanam di halaman.
Untung Ada Pokok Pisang
Akhirnya aku kekalkan 3 pokok rambutan dan tanam pokok pisang emas sebab daun warna hijau muda dan batangnya sedikit kunnig sangat menarik. Lagipun aku dengar dari kawan bahawa buah pertama yang dijamah penghuni syurga ialah pisang. Pokok pisang emas nampak smart dan tinggi lampai, tak debab macam pokok pisang nipah aka kapok atau pokok pisang lemak manis yang kemetot.
Empat belas bulan selepas ditanam baru pokok pisangku mengeluarkan hasil iaitu sepuluh sisir pisang emas dari dua tandan. Makan memang tak habis, jadi aku gantung semuanya di tepi dapur. Sesiapa yang ke sini mesti makan kerana pisang ditanam sendiri sedap, percuma dan seratus peratus organik.
Dalam pada tu aku sempat buat cucur untuk dibawa ke ofis dan sedekah untuk program kanak-kanak. Semua dapat merasa. Sementara tunggu pisang berbuah dapat juga ambil daunnya untuk bungkus lepat dan pais ikan. Syukur, berbudi pada tanah memang tidak rugi. Oleh kerana dulu pokok pisang emasku ada yang patah tengkok jadi untuk pokok yang berbuah kali ni aku cepat-cepat ambil dahan rambuatan untuk menongkatnya.
Thursday, July 22, 2010
Empat Golongan Malang
2. Hai anak, ada tiga kebaikan yang ada pada manusia iaitu; bermusyawarah kepada orang yang memberi nasihat, bermuka manis dan lemah lembut kepada musuh serta orang yang dengki dan menyatakan kasih kepada semua orang. (Lukman Hakim)
3. Dirham (wang) ibarat kala jengking. Jika engkau tidak mengetahui jampinya maka jangan cuba memegangnya kerana ketika ia menyengat nescaya engkau akan mati terkena racunnya. (Yahya bin Mu'az)
Pokok Di Tepi Masjid
Bila diamat-amati aku baru perasan yang daun pokok ni sama dengan pokok kecil yang aku tanam dulu. Tingginya tak lebih 0.8 m, dinamakan umbrella tree dan ditanam dalam pasu. Seorang lelaki dan anaknya datang bertanya: Pokok apa ni, nak buat apa ambil gambar? Aku kata: Mungkin New Zealand Umbrella Tree, saya nak simpan gambar dalam komputer, cantik daunnya.
Setelah berpuas hati dengan gambar yang aku ambil maka kami pun berlalu. Ketika kereta kami keluar dari perkarangan masjid aku terlihat lelaki itu sibuk merakam gambar pokok tu. Alhamdulillah, baru hari ini aku check di internet bahawa ini betullah Umbrella Tree (tang New Zealand tu aku agak-agak saja).
Wednesday, July 21, 2010
Kekuatan Orang Lemah
Cara Rawatan Dulu-Dulu
Kalau sakit perut lagi senang mengubat. Ambil rumpair daun hijau kekuningan di belakang rumah (nama tak tau tapi aku kenal pokoknya), hancurkan di atas tapak tangan bersama kapur sirih dan sedikit air. Bila sudah hancur dan berbuih, sapu pada perut. Sekejap saja sudah lega dan boleh bermain.
Penawar cirit birit ialah dengan meminum setengah gelas teh pekat yang manis. Sebaliknya bila demam basahkan kepala dengan air yang telah diramas di dalamnya daun setawar. Perubatan orang kampung sangat ringkas dan kalau ada kudis di kepala hanya sapu minyak kelapa buatan sendiri yang dicampur dengan bawang merah yang digoreng hangus.
Monday, July 19, 2010
Real Art of Conversation
2. The greatest weakness of most humans is their hesistency to tell others how much they love them while they're alive. (O A Batista)
3. One of the most tragic things I know about human nature is that all of us tend to put off living. We are all dreaming of some magical rose garden over the horizon - instead of enjoying the roses blooming outside our windows today. (D Carnegie)
4. Patience and perseverance have magical effect before which difficulties disappear and obstacles vanish. (Q Adams)
Orkid Miltonia
Orkid brasicca
My Best Friend
Today I found a friend,
Who knew everything I felt
She knew my every weakness,
And the problems I've been dealt.
And listened to my dreams.
She listened to how I felt about life and love,
And knew what it all means.
Not once did she interrupt me,
Or tell me I was wrong
She understood what I was going through,
And promised she'd stay long.
I reached out to this friend
To show her that I care
To pull her close and let her know
How much I need her there
I went to hold her hand
To pull her a bit nearer
And realized that this perfect friend I found
Was nothing but my mirror.
Dua gambar yang diambil di nursery bunga. Geranium atau Palergonium merupakan pokok bunga yang semakin popular di negara ini. Kalau yang suka gardening pokok ini is a must sebab ia berbunga sepanjang tahun, bunganya dalam jambak yang besar dan berwarna terang. Sebenarnya ada dua jenis geranium, iaitu yang berbunga dan yang tiada bunga (Search: pokok cermin).
Pokok di atas nama saintifiknya Palergonium hortorum hybrid, jenis single petal dan daun bulat hijau tua. Namun ada pokok yang mempunyai kelopak bunga berbentuk runcing dan ada pula yang kelopak berlapis. P. domesticum hybrid ialah pokok yang berbunga besar dan dwiwarna.
Pokok mudah dijaga dan tetapi jangan siram terlalu banyak kerana ia perlu tanah yang lembab sahaja. Buang pucuk pokok agar pokok lebih rendang dan menggalakkan pertumbuhan bunga. Pembiakan pokok dengan menggunakan keratan tampang.
Pelik Tapi Sedap
Sebab dah tak ada mood nak masak aku tengok tv TV3 jam 12 tengahari. Kebetulan ada rancangan memasak namanya 'pelik tapi sedap'. Fasal makanan le ni dan ada tiga resepi depa tunjuk. Mungkin ada yang sudah pernah merasa makanan ni tapi aku belum lagi. So nak share resepi.
Pertama, ubi kayu masak asam. Bagi yang biasa masak, bahan utama ialah ubi kayu dipotong wedges. Ramuannya cili padi, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah, ikan bilis diblender. Rebus ubi bersama ramuan, campur daun kesum, asam gelugor, garam dan MSG. Bila ubi sudah empuk, angkat.
Ketiga, ikan sardin masak tempoyak. Bahan utama satu tin ikan sardin, ambil isinya sahaja. Ramuannya cili padi, bawang besar, kunyit hidup diblender. Tumis ramuan yang diblender hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan sedikit garam, daun kunyit, ikan sardin and of course tempoyak. Sekian, selamat mencuba.
Bunga Orang Miskin
Daun frilled, coklat
Daun bundar, bercampur
Daun bundar, merah
Daun akan memberikan warna yang lebih terang jika pokok ditanam di tempat yang banyak mendapat cahaya matahari. Pokok terbahagi kepada tiga jenis iaitu tumbuh menegak dengan daun frilled atau menegak daun bundar dan jenis merayap (trailing). Ganti pokok jika telah kurus dan kurang daun kerana ia sudah terlalu tua.
Saturday, July 17, 2010
Kesan Kekayaan Dan Keimanan
Pokok Sesudu
Dua gambar diambil di nursery bunga. Pokok ini dinamakan 'Crown of Thorns' bersempena batangnya yang dipenuhi dengan duri tirus dan panjang. Pokok yang mempunyai bunga dan batang yang lebih besar dinamakan Euphorbia nerifolia manakala sejenis lagi yang mana bunga dan batangnya kecil sedikit dinamakan E. milli splendens.
Pokok bunga ni banyak di tanam di dalam pasu dan di halaman rumah di kampung-kampung kerana pembiakannya hanya menggunakan tampang. Dulu hanya ada pokok yang berbunga kecil tetapi kini pokok berbunga besar semakin diminati hingga banyak dijual. Warna bunganya juga pelbagai iaitu dari putih kehijauan hingga warna oren dan merah menyala.
Wednesday, July 14, 2010
Di Kelilingi Pokok Getah
Hidup Dalam Gelas
Tiga gambar ikan laga yang aku ambil di rak-rak di hadapan kedai jual bunga. Ikan ni nama saintifiknya Betta splendens tapi ada orang panggil ikan sepilai atau cupang (Indonesia). Yang jantan paling cantik dan untuk menyerlahkan lagi warnanya ikan ni mesti diletakkan bersendirian dalam satu balang kaca.
Balang ini didekatkan agar ikan boleh melihat sesama sendiri. Kiranya mereka sebok pamirkan warna dan kehebatan masing-masing tapi tak boleh berkelahi hingga cedera dan rosak ekornya. Yang betina tak bergaduh jadi bolehlah tinggal dalam satu balang. Ada satu masa tu aku memang betul-betul nak beli ikan laga. Dah pilih pun mana yang paling cantik, ikan jantan dengan ekor panjang dan kembang. Warnanya ada yang brilliant blue, green, purple dan merah.
Si penjual pun dah bagi tip macamana nak tukar air, bagi makan dan siapkan batu-batu dan tumbuhan air untuk diletak di dasar balang. Satu ayat dari K yang asyik memerhati aku tercegat membuat keputusan terakhir: Ada masa nak jaga? Aku terus minta maaf pada penjual dan berlalu.
Empty And Silent World
2. There are two ways of meeting difficulties. You alter the difficulties or you alter yourself to meet them. (P Bottome)
3. The most common way people give their power is by thinking they don't have any. (A Walker)
4. The grand essentials of happiness are: something to do, something to love, and something to hope for. (K Chalmers)
Sunday, July 11, 2010
The Fruit Garden
'T is reckless prodigality which throws
Dear garden of my childhood, here my years
Bunga lavenderkah ini? Bukan.....sebab aku percaya bentuk bunga lavender yang betul ada di atas meja Cik Minah walaupun ia hanya kuntum-kuntum bunga plastik.
Kalau aku ke nursery bunga jarang aku tak ambil gambar bunga ni, menarik perhatian meskipun pokoknya melata dan rapat ke tanah.
Mencari Gambar Bunga
Nursery di sebelah kanan jalan tuan punyanya pula seorang wanita China awal empat puluhan. Nursery ini lebih besar dan lebih teratur dari tempat pertama, ada gazebo tempat berehat dan jual air kotak. Dia pun tanya kenapa aku ambil banyak gambar dan sesekali ingin melihat apa yang telah aku rakam. Pertanyaan kedua orang ini aku jawab: Takde lah.....halaman saya kecil, saya tak mampu nak jaga banyak jenis pokok bunga. Paling mudah saya ambil gambar dan simpan dalam komputer.
Saturday, July 10, 2010
Limau Nipis
Untuk melicinkan kulit wajah, sapukan air limau nipis yang telah dicampur dengan perahan daun pandan dan putih telur. Air limau nipis jika disapu pada jerawat boleh menghalangnya dari merebak dan menyebabkan parut. Selain itu air limau nipis yang dicampur dengan kapur sirih dan disapu pada perut boleh memecahkan lemak untuk mengempiskan perut.
Wednesday, July 7, 2010
Balang Ikan Puyu Dan Joran
Di Sebalik Piala Dunia
Pertama aku boleh tidur nyenyak. Dulu, tabiat siapa agaknya hampir setiap tengah malam dan awal subuh naik motor, press minyak kuat-kuat lalu di hadapan rumahku atau di jalan besar yang hanya 150 m jauhnya. Kuatnya bunyi hingga memekakkan telinga, kekadang setiap jam. Masa piala dunia ni senyap sikit, minta-minta jangan sambung perangai lepas ni sudahlah.
Kedua, aku suka makan ikan gelama kerana tak banyak tulang, murah dan tak sebabkan allergi. Kalau beli ikan K pesan, gelama yang berwarna kuning ialah gelama raja dan yang slim berwarna kelabu gelama pisang. Yang kelabu, badan pendik lebar dan berperut buncit? Kata sipenjual itu gelama maradona. Senanglah kalau nak pesan orang belikan ikan sebab gelama dah bernama.
Ketiga, aku memang dah lama tak selesa kalau tengok octupus. Di satu pasar aku pernah pergi, octupus pelbagai saiz ni duduk dalam dulang dan akan memerhati orang lalu-lalang. Matanya menjeling tajam dan kalau diamati betul-betul ia makhluk yang cerdik, bermuslihat dan penyabar. Mungkin ramai orang sudah terpedaya. Tetapi lepas cerita si Paul octupus oracle ni kalau aku jumpa yang sama jenis dengannya pasti akan aku buat sambal.
Terung Pipit
Gambar diambil dari pokok yang tumbuh di luar pagar rumahku. Nama saintifik terung pipit yang juga dikenali sebagai terung bulu asam dan terung belanda ialah Solanum torvum. Ia sejenis pokok renek yang hidup di kawasan lapang dan berbuah lebat sekiranya tumbuh di tanah gembur. Bunganya berwarna putih berbentuk bintang pecah lima dengan warna kuning di tengahnya. Setakat ini hanya buah terung pipit diketahui mempunyai nilai perubatan seperti membantu pembekuan darah, mengurangkan sakit perut akibat gastrik dan untuk melancarkan peredaran haid yang tidak teratur.
Monday, July 5, 2010
Kejahatan Syaitan
2. Abu Hurairah ra berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: Jika terdengar azan, larilah syaitan hingga terdengar bunyi kentutnya supaya tidak mendengar laungan azan. Kemudian jika telah selesai (azan) ia datang semula. Kemudian jika terdengar qamat maka ia lari dan jika selesai (qamat) datang kembali hingga dekat sangat dengan manusia, mengingatkan kepada manusia: Ingatlah itu, ingatlah kejadian ini dan itu. Mengingatkan pada semua yang tadinya tidak teringat hingga dia tidak tahu berapa rakaat dia telah solat. (HR Bukhari, Muslim)
Saturday, July 3, 2010
Orkid Dan Pengat Ubi
Oncidium kuning polos
Pertahankan Al Quds Lana
Sepatutnya kita umat Islam mesti sedar bahawa tuntutan membebaskan bumi Palestin dari kezaliman rejim zionis merupakan tuntutan Allah swt. Sudah menjadi tanggung-jawab kita semua yang mengaku beriman kepada Allah swt untuk melaksanakan taklif (tj) ini. Umat Islam mampu merubah jika ada kefahaman yang jelas dan sanggup bangun untuk melaksanakan taklif rabbani ini.
Bagaimana agaknya kita berhadapan dengan orang yang kita benci, zalim dan jahat yang sudah tewas? Membunuh juga? Alangkah payahnya membenci sesuatu kerana Allah swt dan mencintai keranaNya namun ia telah dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw terhadap musuh mereka. Itulah juga yang ditunjukkkan oleh sukarelawan di atas Marvi Marmara.
Sesungguhnya kemenangan yang sebenar hanya pada orang-orang yang berjuang kerana meyakini perintah Allah swt dan sentiasa berada dijalan Allah dan RasulNya walau nyawa taruhannya. Saudara-saudara kita di Al Quds sedang menanti!
Keinginan Yang Lurus
Hidup manusia berada di antara dua waktu iaitu umur yang telah berlalu dan umur yang tersisa. Umur yang hilang hanya boleh diperbaiki dengan taubat, penyesalan dan memohon ampun dari Allah swt. Semua ini adalah kerja hati dan tidak membebankan jika ada keikhlasan dan kesungguhan untuk kembali kepadaNya.
Ibnu Qayyim berkata: Keinginan yang lurus adalah keinginan yang tujuannya hanyalah untuk mencari keredhaan Allah swt. Ini bermakna bersiap sedia untuk bertemu dengan Allah swt dan merasa sedih jika hidup tidak digunakan untuk mendapat redhaNya. Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dengan ibadah khusus dan umum serta bermunajat kepadaNya. Sebenarnya tanda-tanda keinginan yang lurus adalah tiada keinginan samada di waktu pagi atau petang kecuali menuju kepadaNya.
Friday, July 2, 2010
Kemunting Cina
Dua gambar diambil di nursery bunga. Mungkin kerana pokok ni banyak khasiatnya maka ia dikenali juga sebagai pokok tapak dara, Janda Kedah, kembang sari Cina dan ros pantai atau dalam bahasa Inggeris, Rossay Periwinkle. Nama saintifiknya ialah Catharanthus roseus. Ia mudah tumbuh secara liar di kawasan pantai dan di tanah yang berpasir. Namun pokok ini telah menjadi salah satu pokok hiasan yang digemari kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni, senang dijaga dan tidak mahal harganya.
Sebenarnya keseluruhan pokok ini digunakan untuk mengubati cirit-birit, kencing manis, penyakit kulit, resdung, kanser dan leukemia. Daunnya yang muda boleh dimakan setelah direbus tetapi daun tua yang segar mengandungi alkaloid beracun yang cukup merbahaya. Oleh itu hanya dos yang kecil digunakan untuk tujuan perubatan. Campuran dari pokok kemunting Cina dan melada pahit telah dikomersilkan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Misi Menyelamatkan Orkid
Tidak perlu masukkan setiap rumpun pseudobulb dalam pasu individu pada tahap ini. Memadai jika semua pseudobulb diletakkan satu dalam pasu besar yang tidak menakung air dan ada pengudaraan yang baik (pasu banyak lubang di tepinya). Siram sekali sekala agar pseudobulb tidak terlalu kering. Tunggu hingga tunas setinggi 5 cm dan ada banyak akar barulah pseudobulb dialih ke dalam pasu yang sesuai. Gunakan arang atau batu bata yang sudah dibakar untuk stabilkan pokok orkid atau ikatkan pokok supaya tidak mudah tercabut ketika menyiram.
Kena Gigit Anjing
Pada masa cuti sekolah mak cik ikut kami ke estet dan dia menunggang basikalnya sendiri. Itulah kali pertama mak cik ke rumah abah dan ketika di dalam sampan lagi mak cik kelihatan takut melihat sungai yang lebih luas dari sungai di kampung. Bila naik ke tebing abah tolong mak cik naikkan basikalnya dan menyuruh dia membawa basikal itu melalui titi papan. Tak tau dari mana anjing Apek muncul lalu menggigit betis mak cik. Kami semua terkejut mendengar dia menjerit dan melepaskan basikalnya jatuh ke dalam lumpur. Apek sekeluarga juga cemas dan takut kerana anjingnya telah mencederakan orang.
Dalam keadaan kelam kabut Mak cik terus dibawa ke klinik kepunyaan estet sejauh 6 km dari rumah abah. Setelah lukanya disamak dan dirawat mak cik dibenarkan balik ke rumah abah. Nasib baik tak ada perkara yang lebih buruk berlaku kepada makcik dan luka bekas gigitan sembuh dalam tiga minggu. Khabarnya anjing itu telah dijual Apek pada kawannya di daerah lain kerana ramai orang yang hendak menyeberang rasa terganggu dengan kehadirannya.
Pokok di Pejabat Daerah
Jambak bunga (muda)
Sambil menunggu yang lain mengisi borang aku ternampak pokok yang ditanam di kaki lima bangunan tersebut. Ianya sejenis pokok renek ditanam berbaris dalam pasu panjang yang dibuat dari simen. Tak pernah tengok pokok ni di nursery bunga atau di halaman rumah kawan-kawan sebelum ni.
Pokok-pokok semuanya rendah dan rendang kerana banyak dahan yang telah dicantas. Oleh itu hujung ranting hanya ada pucuk muda dan daun sahaja. Jika ada bunga, ia terletak di hujung ranting secara berjambak, berwarna putih kehijauan, kecil-kecil seperti bunga kerak nasi.
Jambak bunga yang matang mengandungi banyak biji-biji kecil bulat warna hitam dan beberapa bunga yang masih kembang.
Climbing
Climbing, climbing higher and higher
Dua gambar yang ku ambil di Gua KLT. Masa dulu semua budak di kampung pandai memanjat pokok kerana pokok buah ketika itu tinggi-tinggi belaka. Jarang ada pokok kawin atau tut; kalau pokok rambutan, manggis atau mempelam semuanya tinggi, besar dan rimbun. Kalau nak ambil buah-buahan cuma orang tua dan orang perempuan yang guna galah.
Oleh kerana tv dan video game tak ada, home work tak banyak dan apalagi tusyen tak pernah didengar jadi budak-budak kampung banyak masa terluang. Siang hari terutama masa cuti sekolah dihabiskan dengan bermain atau menolong ibu bapa di kebun. Bila banyak bermain dan terasa lapar, paling senang ialah mencari buah-buahan mana yang ada.
Kekadang sampai kenyang makan buah sementara tunggu ibu balik dari kebun nak masak nasi. Lagi pun ibu bapa tak kisah kalau memanjat pokok, yang mereka risau kalau anak-anak tak reti memanjat pokok.
Thursday, July 1, 2010
Pokok Semalu
Mimosa pudica, bunga
Namun begitu seluruh pokok semalu barkhasiat dan boleh digunakan ketika segar atau setelah dikeringkan. Air dari rebusan akar pokok semalu baik untuk wanita kerana ia boleh memudahkan proses melahirkan anak dan mengecutkan peranakan. Selain itu ia dapat membantu mengubati penyakit insomnia atau sukar untuk tidur. Malah ia berupaya menghilangkan batuk, mengubati masaalah pencernaan dan sengal-sengal badan.
Surah An Naas
Allah swt menyebut nama pembisik yang berbahaya pada manusia iaitu syaitan. Syaitan tetap berada bersama setiap anak Adam dan menyarankan agar mereka berbuat keji dan jahat serta menimbulkan khayalan dan angan-angan yang negatif. Rasulullah saw bersabda: Tiada seorang pun dari kamu melainkan sudah diserahkan kepadanya kawan rapatnya (syaitan). Para sahabat bertanya: Dan juga engkau ya Rasulullah? Jawab baginda: Ya, aku juga namun Allah telah menolong aku untuk mengatasinya sehingga ia tunduk menyerah (Islam) maka ia tidak menyuruh padaku kecuali untuk kebaikan semata.
Selain itu Rasulullah saw mengingatkan: Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya pada hati anak Adam maka jika ia berzikir (ingat) kepada Allah maka beredar syaitannya, dan bila lupa dari zikirullah dimakanlah hati anak Adam dan itulah yang disebut waswasilkhannaas. (HR Abu Ya'la)
Daun Keladi
Ada banyak jenis keladi dan yang mempunyai daun berwarna dijadikan tanaman hiasan di halaman. Keladi hiasan ini sesuai ditanam di dalam pasu atau di tanah yang gembur. Gambar atas diambil di Sungai Siput iaitu jenis daun keladi yang digunakan untuk membungkus tapai pulut.
Tapi tak boleh ambil daun keladi sembarangan kerana ada yang menyebabkan gatal kulit dan kerongkong.
Gambar tengah diambil di rumah mak, keladi dari varieti Frieda Hemple. Jiran mak banyak tanam bunga dan pasu-pasu yang berderet dijadikan sempadan antara rumahnya dengan rumah mak. Daun keladi ni berwarna merah terang kerana mendapat cahaya yang cukup. Gambar bawah diambil di nursery bunga, keladi varieti Mrs Halderman atau digelar Angel's Wings.
Tapai Pulut Warna Hijau
Bunga Tahi Ayam
Ia digelar bunga tahi ayam kerana baunya yang keras dan menusuk hidung. Khasiat tumbuhan ini terletak pada daun, bunga dan akarnya. Bahagian tersebut yang ditumbuk lumat dan ditampalkan pada bisul atau luka dan dikatakan boleh mengurangkan bengkak dan menahan darah pada luka dari terus mengalir. Selain itu daun dan bunga tahi ayam yang ditumbuk juga boleh mengubati penyakit kulit secara rawatan luar.