Tuesday, September 25, 2012

Tunggu Dapur Berasap

 Bawang sedulang
 Rempah tumis
 Mee sempoi Julie
 Gulai ayam Julie
 Sup gear box

Kalau hendak memasak aku akan panggil sesiapa saja yang sedang mengadap komputer (kecuali K, sebab dia boss) agar boleh masuk sama ke dapur. Al maklum, jika di depan komputer cuma saja-saja nak browse atau klik sana-sini,  lebih baik memasak. Kecuali ada yang betul-betul penting. Membuat rujukan, lapuran dan baca e-mail semuanya boleh buat lepas makan. Memasak bukan lama, selama 45 minit saja kalau cekap dan ada pembantu. Cepat masak cepat makan, kan senang.

Masa muda mesti rajin ke dapur, sekurang-kurannya meneman kalau belum lulus jadi chef. Bukan apa, kerja di dapur memang cukup banyak dan hendak cepat. Potong bawang, basuh ikan, basuh beras, tumbuk cili, blend perencah, siang sayur dan macam-macam. Belum lagi nak masak sayur yang rumit seperti keladi, pucuk paku atau pisang muda atau kupas labu manis yang kulit menggerutu dan berlekuk-lekuk. Dan juga membasuh pinggan, piring, mangkuk, periuk, sudu, senduk, lesung batu dan penapis yang sedia menunggu di dalam sinki.

Aku pula tak berapa suka duduk
lama-lama di dapur. Kalau boleh menu harian biar yang sempoi seperti sayur tumis dan ikan goreng. Menumis hanya ambil masa tiga empat minit terutama sayur daun hijau dan sambil mengoreng ikan curi baca novel. Lainlah seperti jadi pembantu tukang masak ketika di kampung dulu. Memasak berjam-jam. Nak dapat santan bermula dari membuang sabut dari kelapa biji. Nyalakan api kena bersusah payah menghembus sabut yang ada bara api hingga apinya melekat di kayu. 

Sayur mayur nenek moyang pilih yang kena kikis, kupas dan rebus dulu sebelum boleh digulai. Ikan sungai mesti dibasuh berkali-kali dengan tepung, asam dan garam untuk buang lendir dan bau hanyirnya lebih kuat. Kemudian saru disalai, digoreng atau dipais.  Aduhai.....susah-susah selepas balik dari menoreh getah sempat juga memasak dan menghidangkan makanan untuk keluarga tersayang. Hati berdetik dan berbisik.........untung dan senangnya di zaman ni, walau dapur tak berasap makanan lebih cepat terhidang.

Fool and Bigger Fools

1. The fellow who thinks he knows it all is especially annoying to those of us who do. (Unknown)

2. The only fool bigger than the person who knows it all is the person who argues with him. (S Jersey)

3. Characters cannot developed in ease and quiet, only through experience of trial and suffering can the soul be strengthened, ambition inspired, and success achieved. (H Keller)

4. Whenever you find you are on the side of the majority, it is time to pause and reflect. (M Twain)

Saturday, September 15, 2012

Bila Di Beri Orkid

Dendrobium, pondok orkidku
Dendrobium, pondok orkidku
Phalaenopsis, di nursery
Dendrobium, di orchid show
Doritis, kawan bagi

Bila kekawan tanya hadiah apa yang aku idamkan, aku menjawab tak usahlah beri aku tudung fesyen terbaru, handbag atau kain ela untuk dibuat baju. Terima kasih banyak-banyak. Tapi boleh tak dapat orkid? Dan aku dapat dua pasu Phaleonopsis sedang berbunga dan anak orkid Doritis dalam bakul cantik. Yus dan geng pula bagi Dendrobium berbunga maroon dan yang berwarna hijau katanya dibawa straight dari nursery bunga di Rawang.

Dua orang kawan yang lain ada cerita sendiri bila nak memberi orkid. Aku tahu masing-masing suka dan ada koleksi orkid di rumah kerana mereka confess dulu pernah curi bawa masuk pokok orkid eksotik dari negara jiran. Kononnya mereka penyek pokok-pokok tersebut dalam lipatan baju kotor yang berpalit tahi lembu dan lumpur. Oleh kerana kerja mereka pun ada kena mengena dengan import ternakan jadi dapatlah mereka masuk ke pendalaman negara tersebut. Sambil tu tengok-tengok orkidlah gamaknya. Yang buat aku irihati dan hijau biji mata ialah gambar-gambar orkid hutan yang berbunga cantik di sana dan murah pula harganya. Untuk aku mereka hadiahkan anak orkid Gramatophyllum yang dibeli di Padang Besar.


Kisah bagi bunga ni sudah dua tahun berlalu. Pokok orkid Dendrobium masih ada dan sesekali mengeluarkan bunga. Orkid Gram pula sudah ada empat atau lima biji pseudobulb namun belum mengeluarkan bunga. Ada yang nasihatkan jangan manjakan jenis orkid ni. Letak dekat panas, jangan dibaja untuk elak pokok gila daun. Jadi pokok ni dah diasingkan ditepi pagar jauh dari pondok orkid. Phaleonopsis dan Doritis masing-masing hanya tinggal sepokok kerana aku memang mengaku kalah nak menjaga orkid jenis ini dan suku sakatnya. Hati berdetik dan berbisik..........
thanks for the beautiful orchids dan untuk teman semua aku doakan agar kalian bahagia selalu.

Friday, September 14, 2012

Jawab Sebelum Ditanya

 
 Masih kuntum

 Kelopak seperti kertas
 Warna purple
 Warna putih
 Ketika kembang

Pagi Sabtu aku kuatkan azam untuk hadirkan diri di surau yang hanya 200m dari rumah untuk dengar ceramah. Rasanya aku dah lama tak ikuti cermah mingguan di situ hingga saudari sekariah yang terserempak di pasar malam atau majlis kenduri bertanya: sihat ke? lama tak nampak, sibuk?

Dulu aku jarang miss cari ilmu tapi akhir-akhir ni rasa tawar aje nak pergi. Nak kata sibuk tak juga cuma mengada-adakan alasan macam lebih baik kalau duduk di rumah. Tak ramai yang datang pagi tu walaupun majlis sengaja dimulakan lambat sedikit. Beberapa kali penceramah ulang bahawa topik yang akan disampaikan mungkin ramai sudah dengar tapi ada baiknya jika hadirin dapat refresh lagi memori.

Ceramah siri pertama ini petikan dari buku Fathi Yakan: Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Kebetulan aku bawa buku tu jadi semak saja apa yang ustaz terangkan, cuma 253 mukasurat sahaja. Tetapi ada perbincangan yang menarik hatiku terutama yang terkena batang hidung sendiri. Yelah, tentang ilmu dunia, ehwal semasa dan cerita sensasi kekadang terlalu well informed. Bila disoal semua dah ada kat finger tips. Dan bila tanya diri sendiri, 'Apa ertinya aku menganut Islam?'

Lama juga berfikir macamna nak menjawab. Memanglah boleh jawab tapi tersekat-sekat, banyak uuuu aaaa, uuuu aaaa, mungkin dapat markah penuh dan paling menakutkan macam tak yakin. Muslim sejak lahir tapi masih lagi kabur dengan tuntutan menjadi seorang Muslim seperti yang Allah swt kehendaki. Setakat ni di negara kita tidak ramai yang tanya kenapa jadi Muslim kerana orang take for granted melihat bila pada bangsa dan penampilan. Bukankah sudah sampai masa untuk mencari jawapannya kerana inilah titik tolak dan pasport untuk ke syurga.