Pembancuh simen
Sisi kanan
Sisi kiri
Ketika mengecat rumah, renovate bilik air dan mengganti longkang, En K bagi Ah Peng dan pekerjanya yang buat. Dia ni berumur tujuh puluh tahun, bertubuh kurus dan beruban. Walaupun sudah tua matanya masih terang, tegap berjalan dan mulutnya juga ramah menyapa. Kata En K orang memang suka pada Ah Peng kerana senang kira, semuanya ok....ok....boleh....boleh..... Nak tukar itu, buatkan macam ni, pendik kata segalanya beres. Bila ditanya tentang harga dia menjawab, nanti kira sekali laa.
Pekerjanya ada lima orang dan sangat hormat kepada orang tua tu. Tak ada yang berani datang lambat, menyembang atau memandai-mandai buat kerja yang bukan disuruh Ah Peng. Dua orang darinya bujang terlajak jadi mereka ni bila bekerja suka pula menyanyi-nyanyi. Apa pun kerja mereka kemas dan teliti terutama memasang jubin dan mengecat. Cara kerja, slow and steady. Tidak kelam kabut sebab bila cepat sangat siap nanti nampak macam tak cukup bekerja pulak.
Sayangnya bila bekerja mereka kurang menghiraukan keselamatan diri. Selamba bekerja tak payah guna mask ketika mengecat, tak pakai goggle ketika mendrill dan tak guna sarung tangan ketika buat kerja berat. Kata Ah Peng pekerjanya orang susah, bergaji hari, dapat duit hanya untuk makan dan minum. Tapi aku tabik melihat kegigihan mereka bekerja jadi tidak hairanlah kalau Ah Peng dapat banyak projek. Di ofis aku dulu pun ada orang macam dia ni. Dia dan pekerjanya setiap hari datang, menaiktaraf bilik dan bangunan, membaiki bumbung dan lantai dan seribu macam benda hingga kami menggelar mereka staff yang tak ada punch card.
Satu lagi mereka sabar melayan kerenah pelanggan hingga yang minta buat itu dan ini tak sedar duit senyap-senyap mengalir keluar. Bila bajet permulaan RM 10K tapi setelah siap harga sudah jadi 15K. Apapun kena redha sebab itulah harga perlu dibayar untuk kepuasan hati. Hati berdetik dan berbisik.....bagusnya mereka, pandai memikat pelanggan dan pandai pula bekerja walaupun tidak berpelajaran tinggi.