Gambar diambil di nursery bunga dan semasa Agrofest 2010. Genus Renanthera dengan singkatan nama Ren adalah orkid monopodial yang hidup di atas tanah atau secara epiphyte. Pokok yang asal besar dan robust dan kebanyakan spesisnya mengeluarkan tangkai bunga yang bercabang-cabang dengan bunga yang sangat lebat. Selain warna bunga samada merah, oren dan kuning cerah, sepal bunga ini kekadang berbintik dan berbentuk menarik. Ianya banyak ditemui di India, New Guinea dan Filipina. Sekarang sudah banyak Renanthera kacukan yang mana pokoknya lebih kecil namun mengeluarkan berpuluh kuntum bunga comel setiap tangkai bunga.
Sudah dua tiga kali aku menanam orkid Renanthera tapi nampaknya jodoh tak panjang. Ada berbunga sekali dua kemudian pokok mati kerana serangan kulat atau bakteria yang menyebabkan akar dan daun layu dan kering. Luka ama berdarah kembali bila terpandang dua batang pokok Ranenthera terjengul dari semak samun di belakang sebuah rumah buruk. Rumah tu dekat traffic light di Jalan Raja Musa Mahadi. Bukan main subur pokoknya dan tangkai bunganya panjang lebih setengah meter. Hati berdetik dan berbisik.....yang ditatang di pondok orkid habis mati tapi yang terbiar gemuk pulak.....
Pada pendapat aku menanam orkid ni pun ikut jodoh juga. Ada orang hanya sesuai tanam Dendrobium, ada yang serasi dengan Catasetum atau Vanda dan ada yang sejuk tangan menjaga Spathoglottis. Pondok orkid mereka jadi macam nursery, pokok orkid hidup walaupun dicampak dari tingkap. Tapi kalau dua tiga tahun menanam dan tak satu pun yang berbunga atau pokok terus mati jadi maknanya tak ada jodoh le. Tanam saja ubi keladi atau sayuran. Aku ni tanam Dendrobium, Vanda dan Phaleonopsis sudah terbukti jodohnya pendik. Tapi orkid Cattleya masih boleh tahan, pokok masih mengeluarkan bunga walaupun kadang-kadang ataupun jarang-jarang.