Saturday, January 28, 2012

Namanya Hiroshi Tokunaga

Den. Fire Coral
Close up bunga
Den. Hiroshi Tokunaga
Bunga oren cherah
Close up bunga

Akhirnya Agrofest 2011 yang tertunda diadakan juga, tapi menjadi Agrofest 2012. Tahun ini tempat tradisinya diadakan setiap tahun di Sungai Siput sudah dipindahkan. Sedih betul. Nun jauh ditutup awan, terkenang hati bertambah rawan...... iaitu di Bagan Serai. Walau masih dalam negeri ini dan tak sejauh mana tapi memang tak dapat pergi. Setakat tengok peresmian, ramainya para pengunjung dan gerai pameran dalam tv. Nak buat macamana sebab banyak halangan nak ke sana. En K (bukan En Krab) paling happy sebab dia tak payah buang masa ngikut tengok orkid dari satu pokok ke pokok dan ke gerai-gerai jualannya. Dah tu lama pulak. Satu lagi katanya aku tak buang duit tambah koleksi yang akhirnya tinggal pasu dan dawai penggantung. Apapun aku sedang tunggu laporan dari SN Ana atau Cik Leong tetang hebat mana pameran orkid tahun ni dan banyak ke membeli?

Untuk hilangkan hati rawan aku cari gambar orkid yang lama dalam simpanan, Jumpa dua jenis dendrobium lawa putih melepak yang namanya Dawn Maree dan Hiroshi Tokunaga. Pak Google kata Dawn Maree (lip oren cerah) ni telah dikacuk dengan Den infandibulum (lips kuning, bunga besar) untuk dapatkan Hiroshi Tokunaga. Khabarnya dibuat di Hawaii dan banyak dapat hadiah kerana keunikan bunganya. Buat masa ini Hiroshi T tidak ada dijual sembarangan dalam pasu plastik dengan harga enam atau lapan ringgit di nursery tempatku atau di Padang Besar. Biasalah, yang cantik dan berjenis tentu susah nak dapat serta mahal pulak.

Bila sudah lama tak tengok pameran orkid hati pada bunga ni pun sudah suam-suam kuku. Membaja pokok pun jarang dan dalam pasu dah ada rumput tumbuh menumpang. Tentang membaja ni aku teringat cerita Mak tentang pokok-pokok orkid yang ditanam oleh suami Misi di klinik kampungku. Pokok orkidnya subur dan berbunga lebat dan dilekap pada tunggul-tungul kayu di sekeliling klinik tersebut. Mak kata si dia tu letak serpihan lampin pakai buang baby untuk membaja pokoknya. Hah, sampai begitu sekali? Mungkin orang tu nak temberang Mak aku kot. Tapi setahu aku mak-mak hajah kawan Mak yang juga kaki orkid belum ada yang sanggup meniru. Cerita ni dah diceritakan beberapa tahun dulu dan sekarang ni keluarga Misi tu pun sudah berpindah. Semua pokok orkidnya diangkut sekali. End of the story. Hati berdetik dan berbisik.........baiknya pokok, walau diberi makan yang tak bagus tapi tetap memberikan bunga yang indah.

Kunci Pertolongan Allah

Sesungguhnya kunci utama dan terpenting untuk mendapatkan pertolongan Allah swt adalah dengan bersungguh-sungguh menghambakan diri kepadaNya. Oleh itu ucapan 'laa haula walaa quwwata illa billahi' ialah tanda mengakui bahawa tiada daya mahupun upaya selain dari kekuasaan Allah swt, Tuhan yang memiliki semesta alam.

Ketika kita mengakui dan menyedari akan kelemahan dan kekerdilan diri di hadapan Allah swt maka itulah saat tibanya pertolongan dariNya. Manusia adalah makhluk yang lemah sedangkan Allah swt Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.Kekuatan terbesar yang ada pada seseorang bukalah kekuatan fizikal, akal, kuasa atau hartanya. Bagi orang-orang yang beriman kekuatan mutlak adalah pertolongan dari Allah swt. Namun begitu pertolongan ini sangat bergantung pada kualiti keimanan seseorang kepadaNya.

Allah swt berfirman yang bermaksud, "Dan bertawakkallah kepada Allah, dan hanya kepada Allah sajalah orang-orang mukmin itu harus bertawakkal. " (Al Maidah:11). Keimanan yang tinggi akan melahirkan kekuatan ruh yang menjelmakan akhlak mulia dalam menghadapi setiap ujian seperti sabar, syukur, tawadhu, teguh hati, qanaah dan sebagainya.

Friday, January 20, 2012

Kerja Ketupat Ketupit

Daun kelapa dianyam
Anyaman siap dikemas
Beras sudah dibasuh
dan ditos

Lepas direbus 2 jam
Digantung agar air kering
Tinggal kelongsong

Melihat En Mior nak tumbangkan pokok kelapa setinggi 6 meter bukan kerja senang. Itupun menggunakan bekhoe. Kena tebuk di sekeliling akar seluas satu meter dan sedalam setengah meter. Baru boleh tolak pokok perlahan-lahan dengan jentera tu. Akhirnya pokok tumbang juga dan seronok betul tengok apa yang jatuh dari langit; kelapa muda dan matang, pelepah dan daun kelapa, pucuk kelapa, mayang dan umbut. Petang tu hampir kembung perut minum air kelapa muda.

Dekat raya lepas kena membeli daun kelapa untuk buat ketupat dengan harga 20 sen sehelai. Hari ni dapat daun percuma yang lebar dan panjang sepelepah. Mesti buat ketupat walau tak raya. Satu rumah habis hati cuba menganyam ketupat. Ada yang expert dan ada yang cuma sampai tahap daun terbelit di jari. Bila mencuba beberapa kali tak menjadi cepat saja give up dan kata tengok tv lagi bagus. Tapi cayalah orang-orang nilah yang nanti tidak berhenti mengulang ke dapur untuk makan. Setelah banding antara ketupat bawang (bentuk senget), ketupat satey (bentuk leper) dan ketupat jantung (heart shape) lastly kami sepakat putuskan ketupat pasar yang paling lawa. Nak kata empat segi tidak bulat pun bukan. Bila digantung nampak labuh ke bawah. Tentang ketupat ni menganyam tak berapa susah sangat tapi yang leceh ialah part mengisi beras ke dalam kelongsong. Kena sisip dan kemas kelongsong dulu baru isi beras, sisip balik dan buat satu demi satu. Pendik kata jenuh nak siapkan!

Dulu di kampung kami rebus ketupat selama 6 jam guna tungku kayu api di belakang rumah. Tapi sekarang nak guna dapur gas selama itu rasa membazir pulak. Jadi aku rendam kelongsong berisi beras selama 5 jam baru rebus selama 2 jam. Bila isi ketupat padat, terus angkat dan toskan airnya. Ketupat mesti digantung untuk elak ketupat cepat basi. Di rumahku tradisinya setiap raya makan ketupat ni mula dari malam raya hingga hari raya ketiga. Siang malam ketupat tapi tak pernah jemu sebab lauknya bermacam jenis. Hati berdetik dan berbisik......berbaloi buang tenaga sesekali nak merasa nasi yang tidak dimasak dalam kampit plastik.

Masa dan Segera Beramal

1. Rasulullah saw bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum waktu (terasa) saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan. Satu minggu seperti satu hari. Satu hari seperti satu jam. Satu jam seperti lamanya membakar daun kurma." (HR Ahmad)

2. Rasulullah saw bersabda: Segeralah beramal kebaikan sebelum datangnya tujuh perkara. Apakah yang kamu namakan selain kemiskinan yang akan melupakan kamu dari kewajipan, atau kekayaan yang akan menimbulkan rasa sombong yang melampau batas, atau penyakit yang merosakkan, atau tua yang menimbulkan nyanyuk dan habis tenaga. Atau mati yang yang menamatkan riwayat, atau Dajjal. Maka ia sejahat-jahat yang dinantikan. Atau hari kiamat, dan hari kiamat itu lebih berat dan lebih sukar. (HR At Termizi)

Sunday, January 15, 2012

Pokok Bebuas

Daun dan bunga
pokok Bebuas

Pucuk muda
Daun tua
Bunga dan putik buah
Buah matang dan masak`

Pokok Bebuas tumbuh liar atau ditanam untuk mendapatkan pucuknya untuk dibuat ulam. Pokok ini boleh tumbuh tinggi hingga 4 meter jika tidak dipangkas. Batang pokok yang muda berwarna coklat manakala pokok matang mempunyai batang berwarna kelabu. Daun pokok Bebuad lebar dipangkal dan meruncing di hujung. Bunga pula kecil-kecil terletak dalam jambak berbentuk piring.

Daun dan bunga pokok Bebuas dipercayai boleh mengurangkan angin dalam badan, menambahkan susu ibu, mengubati kecacingan dan menguatkan tenaga dalaman. Selain itu ia membantu menguatkan imunasasi badan dan mencegah daripada mendapat penyakit berjangkit. Ia juga dikatakan boleh mencegah penyakit akut. Caranya dengan memakan pucuk Bebuas sebagai ulam. Untuk kegunaan di dapur, beberapa helai daun pokok Bebuas yang tua diramas dan dilumur pada ikan yang telah dibasuh untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut.

Pokok Bebuas memang senang tumbuh selepas bijinya yang sudah berwarna kehitaman disemai. Semaian sesuai dilakukan dalam polybeg atau pasu. Bila pokok sudah setinggi satu meter, pangkas dan tinggalkan batang 20 sm dari tanah. Biarkan pokok bercambah barulah alihkan ke tanah. Pangkas lagi bila ada ranting panjang untuk mendapat pokok rendah yang rendang agar mudah mengambil pucuknya.

It Took Twenty Years

1. Actually I'm an overnight success. But it took twenty years. (M Hill)

2. The third rate mind is only happy when it is thinking with the majority. The second-rate mind is only happy when it is thinking with the minority. The first-rate mind is only happy when it is thinking. (A A Milne)

3. Try a thing you haven't done three times. Once, to get over the fear of doing it. Twice, to learn how to do it. And third time, to figure out whether you like it or not. (V G Thomson)

4. Success is the ability to go from failure to failure without losing your enthusiasm. (W Churchill)

Thursday, January 12, 2012

Deghoyan Dah Berbunge

Bunga durian
Masih kuncup
Close up bunga
Bunga yang gugur
Bunga dan buah
pada satu dahan


Lirik Lagu Durian Dah Berbunga

Oh kome, deghoyan dah berbunge
Moh kite minang anok dare
Anok dare, anok dare kote
Teman jumpe di Padang Tenggale

Kate deme, sakit jatuh cinte
Sakit lagi bile jatuh tangge
Kate deme, cinte itu bute
Nasib baik teman tak merabe-rabe

Bile musim deghoyan
Deme mule bengkeng
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking

Kalau musim deghoyan
Ramey berani nampor
Ape deme nak heran
Saman boleh bayor

Oh kome, dengoyan udah luroh
Lebih baik cepat pegi suloh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
(padan muke)

Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh
Yang mude gatey nak menikoh
Musim deghoyan banyok sedare mare
Bila nebas, seko tak nampak muke
(Mr Os)

Gambar-gambar diambil di Gopeng. Tanda musim durian sudah tiba bagi kami ialah bila kenderaan kami berselisih atau memotong di jalanraya lalu ada bau durian walaupun kelibat buahnya tak kelihatan. K akan kata jom cari durian! Kami akan lalu di mana tempat yang selalunya ada menjual, singgah jika terserempak dan beli empat lima biji untuk dibawa pulang. Menunggu K memilih durian satu hal. Dia ada beberapa petua yang diamalkan tapi aku rasa semuanya tak berkesan pun. Ini terbukti bila dah sampai ke rumah. Durian yang dikata elok tadi apabila dibuka ada saja yang kantoi.

Petua K pilih doyan,
pertama ialah tengok saiz buah. Kalau besar sangat tak ambik kerana harga tentu mahal. Nanti tak larat makan isi yang sejenis aje. Kalau dapat kuning bak tembaga, berkrim dan manis, ada beberapa kucing tidor tak mengapa. Tapi bila tak ada rezeki dan dapat yang banyak biji, isi nipis dan tawaq hebiaq bercinta nak habiskan. Lepas tu baru perhati tangkai, jangan ambil buah yang tak bertangkai atau tangkai kecut. Pasti ini buah jatuh paksa (bukan ditebuk tupai) atau buah dari dahan yang sekah. Periksa kulit kalau ada lubang atau sudah merekah. Kemudian cium kerana durian tak berbau maknanya belum masak. Last sekali goncang kerana isi durian yang kering (durian bukit) tidak berair dan lekang dalam pangsnya. Jangan pilih yang berat kerana durian begini banyak biji dan berkulit tebal.

Bila aku masuk campur turut memilih kekadang jadi bergaduh kerana apa yang aku pilih semuanya dia tak berkenan. Sebaliknya apa yang dia pilih aku tolak pula. Sudahnya suruh penjual cari mana yang terbaik. Tapi mana dia tahu kalau buah sudah bertimbun dan dia pun hanya tukang jual aje. Kekadang bila sudah banyak kali dapat durian mangko (kata orang Perak) kami akan menyusur jalan kampung dan berhenti di gerai-gerai kecil yang menjual hanya beberapa biji durian. Soalan pertama.........ini dari pokok sendiri? Hati berdetik dan berbisik.........walau ada durian kawin dan durian D24 serta Musang King yang isinya tak boleh dipertikai tapi dapat makan durian kampung lagi thrill.

Kebenaran dan Kedustaan

Allah swt adalah Maha Benar dan Dia mencintai orang-orang yang benar sahaja. Allah swt dekat dengan mereka kerana mereka menegakkan kebenaran dan hidup dengan mengikut petunjukNya.

Mengenai orang-orang yang beriman ini Allah swt berfirman yang bermaksud, "Katakanlah: 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Rabb semesta alam, dan agar mendirikan solat serta bertaqwa kepadaNya.' Dan Dialah Rabb yang kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. " (Al An'am: 71-72).

Sebaliknya Allah swt membenci kedustaan serta orang-orang yang melakukannya kerana hati mereka jauh dariNya. Kadar jauh ini bergantung kepada sebanyak mana sifat dusta yang tertanam dalam diri mereka.

Mereka sebenarnya tidak pernah insaf apalagi mahu bertaubat di atas segala kesalahan yang pernah mereka lakukan. Tidak ada rasa takut dalam diri mereka akan pembalasan atas perbuatan dan keingkaran mereka terhadap Allah swt. Keadaan mereka yang semakin jauh tersesat ini disebutkan dalam firman Allah swt yang bermaksud, "Maka Allah menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka (berkekalan) sampai kepada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta." (At Taubah: 77).

Wednesday, January 4, 2012

Rumahku Syurgaku

Yang mewah
Yang tersergam
Yang kecil
Yang tinggi
Yang besar

Kekawan yang terserempak selalu bertanya, seronok duduk di rumah? Terbayang di ruang mata mereka aku goyang kaki sehari suntuk dan tak payah menempuh segala kesulitan seseorang yang yang bekerja di luar. Ada juga betulnya tanggapan tersebut. Semasa bekerja dapat pakai baju lawa sikit dan duduk dalam tempat berhawa dingin tetapi selalu kelam kabut di waktu pagi dan keletihan di waktu petang serupa orang kerja di bendang. Jadi bila sudah di rumah kena cari jalan supaya jangan jadi kembar penyapu, sinki atau periuk belanga. Buat mana yang patut, kalau tak larat biar saja asalkan bahagia.

Dulu ada pasang angan-angan bila tak kerja di ofis aku nak kemas rumah sampai semua barang tersusun macam dalam supermarket. Nak ikut slogan: Every place has it's thing, every thing has it's place. Kira satu
impian yang murah dan mudah, tak payah perancangan atau guna stastik. Malangnya implementasi payah, kerana kalau tak ada pembantu, kena guna tulang empat kerat sendiri. Tau sajalah kerja di rumah maksudnya kerja yang tak pernah habis, dari bab ke satu bab yang lain.

Dari dalam rumah ke sekeliling rumah, dari pagi sampai petang dan dalam kelam kelibut hari sudah malam. Tak menang tangan, kalau nak ikutkan tak ada masa pun nak duduk minum.
Orang kata dalam hal kemas mengemas ni bukan berapa banyak kerja yang dibuat tapi cara mengurus kerja. Mak nasihatkan buat sikit-sikit tapi setiap hari. Aku ni kalau mengemas nak sekali gus dalam setengah hari walau bercuti tiga hari. Cepat bekerja cepatlah dapat berehat panjang sambil baca novel, buat gardening atau simply menglamun. Hati berdetik dan berbisik.....syukur duduk di rumah dan berjawatan DO (Dapur Officer), bila-bila boleh berehat dengan secawan kopi.

Simply Simple Acts

1. Go to bed. Whatever you're staying up late for, isn't worth it.

2. Don't make a date for anything more than a month in advance.

3. Don't keep saying, "I don't know where the time goes." It goes the same place its always gone and no one has ever known where that is.

4. What is the source of our first suffering? It lies in the fact that we hesitated to speak. It was born in the moments when we accumulated silent things within us.

5. Sow an action and you reap a habit, sow a habit and you reap a character, sow a character and you reap a destiny.