Salah satu pokok tercantik yang ditanam di tepi jalan ialah pokok besar seakan pokok getah. Kekadang bunganya berwarna putih tapi yang paling menyerlah ialah berwarna pink lembut. Lebih cantik lagi bila semua daun pokok sudah tiada, hanya tinggal bunga saja. Nampak seperti pokok plum atau sakura di Jepun. Ada beberapa batang pokok ni di sepanjang Jalan Raja Musa Mahadi, Jalan Gopeng dan Jalan Sungai Rokam. Gambar atas diambil di hadapan sederet kedai dekat dengan gerai menjual kuey teow kerang. Sambil menikmati makanan dengan air laici ais dapat juga mencuci mata.
Hajat hati nak membeli kelapa parut di kedai runcit terbantut bila melihat bunga yang gugur lebih banyak dari yang ada di dahan. Mesti ambil gambar sekarang! Better late than never......teringat banyak yang aku dah terlepas. Ada kalanya malas nak ambil gambar tapi bila sudah terlepas (misalnya orkid kena tunggu lama sebab ada yang setahun sekali baru berbunga) menyesal pulak.

Kalau musim bunga yang aku rasa jatuh pada bulan Februari pokok ni memang berseri. Tapi yang tak bagus bila daunnya yang berbentuk seperti daun getah gugur dan berserak ditiup angin. Kerana nak menghias jalan kesian orang yang menyapu, tak menang tangan kerana pokok ni daunnya lebat. Hati berdetik dan berbisik, terima kasih pada yang telah menanam pokok-pokok ini dan tetap menjaga keindahannya.
1 comments:
bunga tekoma mmg cantik.
Post a Comment