Tuesday, January 11, 2011

Perihal Derjat dan Keutamaan

1. Ketika Rasuullah saw sedang duduk tiba-tiba ada orang berjalan, lalu Rasulullah bertanya kepada orang yang duduk di sebelah baginda: Bagaimanakah pendapatmu tentang orang itu? Jawabnya: Itu orang bangsawan, demi Allah sungguh layak kalau ia meminang akan diterima, dan apabila ia membantu memintakan sesuatu untuk orang lain pasti akan diterima.

Rasulullah pun diam mendengar jawapan itu. Kemudian ada orang lain sedang berjalan, Rasulullah bertanya lagi kepada sahabat yang di sebelah baginda. Bagaimanakah pendapatmu tentang orang itu?

Jawabnya: Ya Rasulullah, itu orang miskin patut sekali kalau ia meminang tidak diterima, dan kalau menolong memintakan untuk orang lain tidak diterima. Maka sabda Rasulullah saw: Orang ini lebih baik dari sepenuh bumi seperti orang tadi itu. (HR Bukhari)

2. Rasulullah saw bersabda: Adakalanya seseorang yang yang terurai rambut dan berdebu, bahkan tertolak dari segala pintu rumah orang kerana rendahnya dalam pandangan manusia, tetapi kalau ia sungguh-sungguh minta kepada Allah pasti Allah akan menerimanya. (HR Muslim)

2 comments:

jomsantaisekejap said...

Bunga ni memang cantik dan mudah ditanam..kat ruman sy ada 2 warna iaitu putih dan pink. Sy panggil bunga bawang sebab dia kalau tgk kat akar dia macam bawang2....nice pic. nnt sy letak bunga tu kat blog bila dia berbunga...almaklumlah, bila berbunga, kita dah pergi kerja, bila balik dia dah menguncup balik...:-)

Anonymous said...

Salam,

Manusia memang selalu menilai seseorang dari pakaiannya.

Post a Comment