Monday, January 10, 2011

Suka Duka Silih Berganti

Membaca pelbagai berita suka duka juga yang mengerikan dan menyayat hati di dada akhbar secara sepintas lalu mungkin hanya memberikan sedikit menafaat. Setiap hari ada saja kisah baru yang dimuatkan kekadang yang terkini lebih teruk dari yang semalam. Kisah liku-liku kehidupan manusia namun ianya terpadam sebaik sahaja dada akhbar ditutup atau screen komputer diklik. Kemudian kisah itu menjadi basi dan semakin dilupakan.

Bagi yang mengalaminya ia mungkin sejarah yang terpahat hingga ke akhir hayat. Kemalangan, kehilangan dan kerosakan akibat musibah atau kegembiraan mendapat nilmat dan rezeki yang tidak diduga. Tetapi siapakah yang tahu akan perjalanan dan kesudahan kehidupannya? Kekadang yang sihat meninggal terlebih dahulu dari yang sakit bertahun-tahun. Berapa ramai yang mati bukan di rumah sendiri dan jauh dari sisi orang yang tersayang.

Aduhai, aku masih teringat juga kepada arwah abah.......suara dan gayanya, usikan dan nasihatnya. Tapi apakah daya hati rindu kepada orang yang tiada lebih mendalam, sesungguhnya dia telah pergi dan yang ditinggal akan menyusul kemudian. Juga dengan tidak disangka-sangka seorang lagi ahli keluargaku dijemput Ilahi dan pergi buat selamanya. Keriangan sebulan dahulu kerana menyambut menantu perempuan kini ia diganti dengan kedukaan kerana kehilangan ketua keluarga.

Bagi yang tinggal birakanlah kesedihan berlalu dan diteruskan berusaha agar tertunai segala amanah dan terlaksana apa yang telah diwariskan oleh arwah. Walaupun beliau sudah tiada namun kepergiannya tetap diingati oleh keluarga dan handai taulan. Kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amiinn

1 comments:

Bungasunti-Maternityandnursing said...

Allah swt lebih sygkan dia..jgn lupa iringkan doa peneman dia di sana :)

Post a Comment