Monday, January 10, 2011

Bermacam Spathoglottis

Pokok orkid Spathoglottis
Spa plicata var alba
Spa parsonii
Spa gracilis/aurea
Spa paulinae

Gambar diambil di nurseri bunga. Spathoglottis adalah salah satu genus dalam famili orkid yang tumbuh secara simpodial. Ia beza sedikit dengan orkid simpodial lain seperti Cattleya, Cymbidium dan Dendrobium kerana pseudobulbnya berada di dalam tanah. Orkid Spathoglottis juga dikenali sebagai orkid tanah atau orkid pinang kerana memerlukan tanah gembur yang bercampur dengan bahan tumbuhan reput untuk hidup subur. Daunnya agak lebar dan tangkai bunganya yang menegak keluar dari pseudobulb yang matang.

Orkid pinang ni banyak mengingatkan aku pada perkarangan rumah di kampungku dulu. Biasanya kalau ada pokok bunga yang cantik masing-masing akan berlawan menanamnya. Tidak ada nurseri pokok ketika itu jadi mak saling bertukar tanaman ataupun mencarinya di belukar dan tanah terbiar. Selalunya orkid ini ditanam di dalam tin minyak tanah yang telah dibelah dua secara melintang atau dalam baldi yang sudah bocor. Tanah yang gunakan ialah tanah bakar yang diambil dari tempat pembakaran sampah.

Diwaktu itu yang ada hanya Spathoglottis berwarna purple iaitu Spa plicata. Orkid ni boleh di temui di kawasan semak dan juga di lereng bukit yang telah ditarah. Satu tempat yang aku suka ialah lereng bukit di tepi padang bola di Felda BB, jadi kalau ke sana aku mesti cabut beberapa pokok yang tumbuh liar dan bawa balik ke kampung. Hati berdetik dan berbisik......barang free ambillah banyak mana yang mahu.

1 comments:

Anonymous said...

Salam,

Pada pengalaman sayalah, Spathoglottis berwarna purple (Spa plicata) yang tumbuh liar ni susah sikit nak berbunga berbanding dengan yang kita beli dinurseri. Mungkin sebab dia dah dikacokkan.

Post a Comment