Sunflower
Walls of gold encircle
Pasture lands and plains
Rimming hills and meadows
Edging country lanes.
Skirting cloistered forests
Girdling fen and down
Bordering the roadsides
Shutting in the town.
Concentrated splendor
Of the year they hold
Fortresses enclosing
Summer's garnered gold.
(E E Barnes)
Gambar diambil di rumah sepupu yang ada pokok bunga matahari yang sudah tumbang. Aku ambil gambar dalam keaadaan kelam-kabut kerana petang tu kerana hujan rintik, tambahan adik yang ada dalam kereta sudah hon berkali-kali minta cepat sikit. Namun begitu sempat juga ambil gambar buah terong pipit atau rembang, ceri hutan, bunga kenanga dan dahlia kampung.
Bunga matahari ramai orang yang minat kerana warnanya yang terang, pure yellow dan saiznya yang besar. Pokoknya berasal dari Amerika Tengah dan digunakan untuk pengeluaran minyak masak dan makanan ternakan. Biasanya pokok bunga matahari tingginya 5-12 kaki tapi ada yang sehingga 26 kaki. Daun muda dan kuntum bunga matahari sentiasa menghadap ke arah cahaya matahari kerana tindakbalas yang dinamakan heliotropism. Ini bermakna daun dan kuntum tadi menghadap ke timur di waktu pagi dan perlahan-lahan ke arah barat ketika petang.
Aku memang suka bunga matahari dan sudah dua tiga kali nak menanam tapi tak pernah jadi. Benih pokok yang diberikan orang dan dibeli sendiri dari jenis yang tinggi dan dwarf pun ada. Satu lagi keistimewaan pokok bunga matahari ialah ia boleh menyerap bahan toksik dari tanah seperti tembaga, arsenik dan uranium dari tanah. Hati berdetik dan berbisik.....pokok ni mesti dimasukkan dalam senarai yang akan ditanam.....suatu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment