Saturday, January 8, 2011

Rezeki Musim Tengkujuh

Penunggu pantai
Tidak digunakan
Yang tersadai
Menunggu tuannya
Sepi sendiri

Gambar diambil di Tanjung Balau. Kami tiba di tempat ini sudah hampir tengah malam dan setelah mengambil kunci dari pejabat resort terus saja ke chalet yang telah ditempah. Dari jauh terdengar lagu rock tahun 80an berkumandang. Syukurlah ketika masuk ke dalam chalet suara muzik tidak kedengaran lagi. Kalau tidak susah juga nak tidur. Esok keduri kawin anak saudara tentu suku sakat dan jemputan ramai yang datang. Jadi perlu stamina nak senyum dan sembang, mana boleh ngantuk atau pening kepala sepanjang hari.

Pepagi lagi aku sudah berjalan ke pantai dan jeti, mengambil gambar dan nak investigate dari mana datangnya suara orang nyanyi-nyanyi malam tadi? Rupanya dari sebuah restoren bersebelahan dengan resort tersebut. Pagi ini ia tutup, cuma ada beberapa orang pekerja muda sedang membersihkan kawasan.

Aku melalui jalan kecil dan terus ke pantai. Di bawah pokok-pokok causarina dan kelapa kelihatan beberapa bot tersadai. Bot-bot ini ditarik jauh dari pantai berpasir agar tidak dicapai ombak. Pada bulan Disember laut bergelora kerana tiupan angin timur laut. Ramai nelayan kecil dan orang yang menjalankan aktiviti pantai terjejas pendapatan mereka. Aku lihat beberapa orang sedang terbongkok-bongkok menyauk sesuatu di celah batu-batu di gigi air. Aku bertannya.....cari apa? Katanya menyauk anak ikan kerapu dan siakap sebesar jari kelinking untuk di jual dengan harga 20 sen seekor. Pagi ini dia dapat 100 ekor anak ikan dan lepaslah untuk belanja dapur. Hati berdetik dan berbisik......rezeki musim tengkujuh......

1 comments:

icaland pelangi indah said...

rindunye saya pada tanjung balau... masa duduk johor...tjg balau la destinasi setiap minggu.

Post a Comment