Thursday, January 6, 2011

Pokok Jarum Tujuh Bilah

Kuntum dan daun
Bunga berwarna oren
Buah yang muda
Duri pada batangnya

Gambar diambil di kampung Pak Kholil. Pokok Jarum Tujuh Bilah ialah sejenis kaktus yang berasal dari Korea. Nama saintifiknya ialah Pereskia sacharosa/ saecnarosa dan dikenali juga sebagai pokok bintang dan pokok kanser. Ia membiak secara keratan batang dan biji. Pokok ini tahan lasak dan didapati tumbuh subur di negara-negara Asia Tenggara, India dan Afrika.

Nama pokok ini diambil sempena tompokan duri-duri runcing panjang yang terdapat di sepanjang batangnya. Duri ini berbahaya jika terkena badan terutama pada kanak-kanak. Namun begitu semakin ramai orang yang menanamnya di perkarangan rumah sebagai hiasan kerana pokoknya yang menarik tambahan setelah mengetahui khasiatnya yang unik. Banyak kajian saintifik yang dijalankan telah berjaya membuktikan kehebatan tumbuhan ini.

Daun pokok Jarum Tujuh Bilah mengandungi bahan yang boleh melawan sel-sel kanser terutama yang menyerang pada usus, hidung serta anggota-anggota lain. Ada tiga kaedah yang digunakan untuk merawat penyakit ini iatu dengan merendam dua helai daun pokok ke dalam air panas kemudian air tadi diminum. Kedua, memakan 1-3 helai daun setiap hari sebagi ulam dan ketiga, menumbuk daun hingga lumat dan minum jusnya. Lendir dari daun juga boleh disapukan pada kulit yang luka. Selain itu tumbuhan dipercayai boleh merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi.

5 comments:

Cik SHiNJU said...

Salam...

Kat umah saya ade tanam pokok nih...
My aunt amalkan makan 3 helai tiapkali makan nasi..buat mcm ulam..skrg dh sembuh dr breast cancer..x boleh makan byk2 sbb dia berlendir..nt mual...

Sarihani Falahi said...

salam, alhamdulillah. setiap penyakit ada ubatnya. Dan mungkin banyak lagi tumbuhan yang boleh mengubati penyakit pelik dan serius seperti yang ada kini...

sibutiz said...

makasih atas infonya nich...
lamz knal ya..
please coment back.

ctpayong said...

salam.
kat kebun kak ct pun ada pokok ini. selain bunga yg cantik, ia juga berkhasiat merawat beberapa jenis penyakit spt diterangkan di atas.

terima kasih sharing.

Hujan iman said...

o..pernah jupe pokok nh..tp xpernah tau ap nama nyer..mekasih krn berkongsi,. :)

Post a Comment