Friday, January 28, 2011

Jarum Dan Benang

Sumber inspirasi
Sulam di telekung
Kuntum-kuntum ros
Ros merah, pink
Ros oren

Gambar telekung sulaman sendiri. Tiba-tiba teringat nak menyulam bila tengok tudung bersulam ros yang dibeli Izz berharga RM 37 sehelai. Betul nak menyulam? Ceritanya nenek moyang dulu tak gemar betul kalau tidur siang di bulan puasa; kata mereka buatlah kerja bermanfaat. Aku yang masih di sekolah rendah terpaksa ikut mak cik yang disuruh menjahit alas meja, kain seprah serta sarung bantal kerana dia sudah jadi gadis sunti. Mulanya aku belajar jahitan jelujur dan kia hingga yang lebih susah seperti insang pari. Bila dah pandai baru diajar menyulam, yang paling aku ingat ialah membuat bunga ros dengan benang dililit pada jarum.

Baru-baru ni ketika pergi ke kedai Cik Mi ternampak pula telekung kosong tanpa sulam. Pada amnya telekung kita di sini sarat dengan bunga berwarna cerah serta kerawang. Aku pun terus membeli sehelai dan cari kertas karbon untuk trace pattern serta beli peralatan yang sesuai. Bila sudah mula memegang jarum rasa seronok hingga habis sekeliling telekung aku sulam. Ambil masa enam tujuh hari juga baru siap, hampir lupa berblogging, tengok orkid dan menonton tv. Memasak pun secara ekspress.


Oh.....sekarang ni terasa menganggur pulak. Mungkin akan cuba menyulam pada tudung kerana pattern yang hendak diulang tidak sampai 44 kali. Senang sedikit dan cepat nampak hasilnya. Orang kata kalau rajin dan ada rezeki boleh buat duit atau sekurang-kurangnya untuk pakai sendiri. Hati berdetik dan berbisik.....betullah apa yang nenek moyang suruh dulu......belajarlah menjahit, kau tak akan rugi.

6 comments:

Anonymous said...

Salam,

Masa sekolah dulu-dulu ada diajar cara-cara menyulam. Sulam alas meja, jahit sulam sarung bantal dan bila rajin sulam baju.

Sekarang semuanya tinggal kenangan, nak menjahit biasa pun mata dah tak berapa terang.

SF said...

salam....tak ngapa, buat pelan2, menjahit pun terapi juga. Hilangkan stress dan hasilnya menggembirakan

LadyBird said...

jelesnya saya awk..
saya x pernah ade pendedahan mcm ni..
bestnye.. memang betul2 mempunyai ciri-ciri seorang wanita.. complete..
awak, ajarlah saya menyulam.. sob3x.. saya x tahu ape2..

SF said...

salam...tidaklah pandai menjahit jadi lebih wanita kerana saya pun kena membelah kayu masa dulu-dulu. Belah batang getah yg telah dijergaji dengan kapak....Masih ada masa utk belajar

Dol said...

hehehe saya pon pandai menjahit tapi xreti menyulam. kui3. almaklumla lelaki. ekeke, boleh ikira klu pandai menyulam ni.:)

Sarihani Falahi said...

salam.....nak kata macamana ye...top designer dan tukang jahit baju pompuan semua lelaki. Tak reti jom belajar...better late than never

Post a Comment