Monday, July 19, 2010

Bunga Orang Miskin

Daun frilled, hijau
Daun frilled, coklat
Daun bundar, bercampur
Daun bundar, merah

Gambar diambil di nursery bunga. Pokok ati-ati atau Coleus blumei ni digelar pokok bunga orang miskin kerana ia murah dan mudah ditanam. Jika di kampung ramai yang boleh bagi percuma kerana masing-masing ada menanam sepasu dua. Pokok ni paling elok jika dibiarkan hanya sekaki tinggi dengan membuang pucuk serta bunganya agar ia menjadi lebih rimbun.

Daun akan memberikan warna yang lebih terang jika pokok ditanam di tempat yang banyak mendapat cahaya matahari.
Pokok terbahagi kepada tiga jenis iaitu tumbuh menegak dengan daun frilled atau menegak daun bundar dan jenis merayap (trailing). Ganti pokok jika telah kurus dan kurang daun kerana ia sudah terlalu tua.

Semai batangnya untuk mendapatkan anak pokok atau beli pokok baru dari nursery. Ada jenis yang lebih cantik seperti C. blumei Klondyke yang berwarna campuran merah, kuning, hijau atau Candidum yang berwrna putih hijau. Nak tahu khasiat pokok ini, search: Pokok ati-ati.

0 comments:

Post a Comment