Sejak dulu lagi orang demam terutama kanak-kanak akan dapat makanan dan layanan istimewa dari ahli keluarga. Kalau aku demam panas dan kurang berselera makan, mak atau nenek akan buatkan makanan yang jarang aku dapat. Selalunya makanan tu manis, lembut dan orang lain boleh tumpang sama. Bila makan berramai-ramai maka pesakit akan terhibur dan bersemaangat menjamah makanan.
Mak akan buat bubur putih-bubur merah kerana ia mudah disediakan dan bahan semua sudah ada di dapur. Masak pulut atau beras hingga lembut, campur santan, gula, daun padan dan sedikit garam. Jika mahu bubur merah bubuh gula melaka, dan bubur putih masukkan gula pasir. Hidangkan bubur putih dalam pinggan dan letakkan sedikit bubur merah di tengahnya. Hidangan nampak menarik sebab warna bubur yang kontras.
Selain bubur di atas, mak juga biasa buatkan bubur som-som dari tepung beras yang dikacau bersama santan, garam dan daun pandan. Bubur yang lembut lemak ini dibekukan di dalam mangkuk sehingga sejuk dan disiram dengan air gula melaka sebelum dimakan.
Sejenis lagi makanan ialah yang orang Banjar namakan gayam. Nak buat pun senang, cuma guna tepung pulut yang buat doh lembut dan bentukkan sebesar jari kelingking. Masukkan ke dalam air gula melaka yang sedang mengeleggak bersama pandan. Bila tepung sudah timbul, masukkan santan pekat, kacau hingga rata dan angkat. Selalunya sebelum makan beramai-ramai doa selamat akan dibacakan oleh abah.

1 comments:
lapar bila baca entry kali ini. sangat gemar bubur kacang merah :)
Post a Comment