Monday, July 5, 2010

Kejahatan Syaitan

1. Abu Zar ra berkata bahawa aku pergi menemui Rasulullah saw dan melihat baginda berada di masjid. Maka aku pun duduk di sebelah baginda lalu baginda bertanya: Hai Abu Zar, apakah kamu telah solat? Aku menjawab: Belum. Kemudian baginda terus bersabda: Hai Abu Zar, berlindunglah kepada Allah dari kejahatan syaitan manusia dan jin. Aku betanya: Apakah manusia ada juga syaitan? Jawab baginda: Ya. (HR Ahmad).

2. Abu Hurairah ra berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: Jika terdengar azan, larilah syaitan hingga terdengar bunyi kentutnya supaya tidak mendengar laungan azan. Kemudian jika telah selesai (azan) ia datang semula. Kemudian jika terdengar qamat maka ia lari dan jika selesai (qamat) datang kembali hingga dekat sangat dengan manusia, mengingatkan kepada manusia: Ingatlah itu, ingatlah kejadian ini dan itu. Mengingatkan pada semua yang tadinya tidak teringat hingga dia tidak tahu berapa rakaat dia telah solat. (HR Bukhari, Muslim)

0 comments:

Post a Comment