Pucuk belum berbunga
Jambak bunga (muda)
Jambak bunga (muda)
Tiga gambar di atas diambil ketika aku pergi ke pejabat daerah untuk mengambil borang urusan tanah di situ. Aku, mak, adik lelaki dan tiga adik perempuan semuanya datang sama kerana urusan ni mesti dipersetujui oleh kami.
Sambil menunggu yang lain mengisi borang aku ternampak pokok yang ditanam di kaki lima bangunan tersebut. Ianya sejenis pokok renek ditanam berbaris dalam pasu panjang yang dibuat dari simen. Tak pernah tengok pokok ni di nursery bunga atau di halaman rumah kawan-kawan sebelum ni.
Pokok-pokok semuanya rendah dan rendang kerana banyak dahan yang telah dicantas. Oleh itu hujung ranting hanya ada pucuk muda dan daun sahaja. Jika ada bunga, ia terletak di hujung ranting secara berjambak, berwarna putih kehijauan, kecil-kecil seperti bunga kerak nasi.
Jambak bunga yang matang mengandungi banyak biji-biji kecil bulat warna hitam dan beberapa bunga yang masih kembang.

0 comments:
Post a Comment