1. Abu Syurah (Khuwalid) bin Amru Al Khuza'iy ra berkata bahawa bersabda Nabi saw: Ya Allah, aku menganggap dosa dan berat bagi siapa yang mengabaikan hak anak yatim dan orang perempuan. (HR An Nasa'i)
2. Mush'ab bin Sa'ad bin Abi Waqqash ra berkata bahawa Saad merasa seolah-olah dirinya lebih utama (penting) dari orang-orang di bawahnya, serta merta Nabi saw bersabda: Tiadalah kamu mencapai kemenangan dan rezeki melainkan kerana adanya bantuan orang-orang bawahan kamu (atau mereka yang lemah). (HR Bukhari, Muslim)
3. Abu Darda' (Uwaimir) ra berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Carilah untukku orang-orang yang dhaif/lemah kerana kamu mendapat kemenangan dan rezeki kerana adanya bantuan orang bawahan dan dhaif itu. (HR Abu Dawud)
(Dalam perjuangan, kekuatan fizikal dan doa sama-sama dinilai oleh Allah swt. Mungkin juga keikhlasan doa orang lemah lebih diberkati dari kekuatan tenaga)
0 comments:
Post a Comment