Thursday, July 1, 2010

Pokok Semalu

Mimosa pudica, daun
Mimosa pudica, bunga

Gambar atas diambil di tanah lapang jalan ke Perlop, Sungai Siput dan gambar bawah di sudut halaman rumahku. Nama saintifik pokok semalu atau 'sensitive plant' ialah Mimosa pudica dan mudah ditemui di negara kita. Pokok ini tumbuh liar dan membiak melalui akarnya yang menjalar panjang atau biji benih. Tumbuhan ini merupakan rumpair yang sukar untuk dibuang dan tidak disukai kerana susah untuk dicabut dan mempunyai batang berduri tajam.

Namun begitu seluruh pokok semalu barkhasiat dan boleh digunakan ketika segar atau setelah dikeringkan. Air dari rebusan akar pokok semalu baik untuk wanita kerana ia boleh memudahkan proses melahirkan anak dan mengecutkan peranakan. Selain itu ia dapat membantu mengubati penyakit insomnia atau sukar untuk tidur. Malah ia berupaya menghilangkan batuk, mengubati masaalah pencernaan dan sengal-sengal badan.

0 comments:

Post a Comment