Wednesday, July 7, 2010

Terung Pipit

Daun terung pipit
Buah terung pipit

Gambar diambil dari pokok yang tumbuh di luar pagar rumahku. Nama saintifik terung pipit yang juga dikenali sebagai terung bulu asam dan terung belanda ialah Solanum torvum. Ia sejenis pokok renek yang hidup di kawasan lapang dan berbuah lebat sekiranya tumbuh di tanah gembur. Bunganya berwarna putih berbentuk bintang pecah lima dengan warna kuning di tengahnya. Setakat ini hanya buah terung pipit diketahui mempunyai nilai perubatan seperti membantu pembekuan darah, mengurangkan sakit perut akibat gastrik dan untuk melancarkan peredaran haid yang tidak teratur.

Namun begitu buah ini tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana menyebabkan keracunan dengan tanda-tanda seperti penglihatan yang semakin kabur dan kejang otot. Jika terdapat tanda-tanda tersebut segeralah meminum jus daun pegaga segar sebagai penawar. Selain dari mempunyai nilai perubatan, buah terung pipit dijadikan ulam sesudah direbus atau dimasak sambal bersama ikan bilis.

0 comments:

Post a Comment