Thursday, July 22, 2010

Pokok Di Tepi Masjid

Umbrella tree, pokok
Umbrella tree, daun
Umbrella tree, bunga
Umbrella tree, bunga

Gambar diambil di tepi Masjid Seberang Jaya. Selalunya bila hantar Kha balik ke asrama waktu petang kami singgah di masjid tersebut untuk solat asar. Sambil menunggu aku ternampak sebatang pokok setinggi 5 m dengan daun kuning emas; hati berdetik dan berbisik...cantiknya. Aku terus ambil kamera, tala sana sini untuk dapatkan angle bagus sebab kebetulan ia rapat ke dinding di tepi longkang.

Bila diamat-amati aku baru perasan yang daun pokok ni sama dengan
pokok kecil yang aku tanam dulu. Tingginya tak lebih 0.8 m, dinamakan umbrella tree dan ditanam dalam pasu. Seorang lelaki dan anaknya datang bertanya: Pokok apa ni, nak buat apa ambil gambar? Aku kata: Mungkin New Zealand Umbrella Tree, saya nak simpan gambar dalam komputer, cantik daunnya.

Setelah berpuas hati dengan gambar yang aku ambil maka kami pun berlalu. Ketika kereta kami keluar dari perkarangan masjid aku terlihat lelaki itu sibuk merakam gambar pokok tu. Alhamdulillah, baru hari ini aku check di internet bahawa ini betullah Umbrella Tree (tang New Zealand tu aku agak-agak saja).

1 comments:

lin said...

cantik... kat mana nak dapat pokok tu ek?

Post a Comment