Ada tiga perkara tentang bola sepak piala dunia yang betul-betul ada kena mengena dengan aku. Bukan fasal siapa menang atau kalah, atau dapat kasut emas dan jaringan tercantik. Seandainya Honduras bukan Spanyol menang pun tak apa. Massi dan C Ronaldo hanya sekadar nama penyeri padang bola.
Pertama aku boleh tidur nyenyak. Dulu, tabiat siapa agaknya hampir setiap tengah malam dan awal subuh naik motor, press minyak kuat-kuat lalu di hadapan rumahku atau di jalan besar yang hanya 150 m jauhnya. Kuatnya bunyi hingga memekakkan telinga, kekadang setiap jam. Masa piala dunia ni senyap sikit, minta-minta jangan sambung perangai lepas ni sudahlah.
Kedua, aku suka makan ikan gelama kerana tak banyak tulang, murah dan tak sebabkan allergi. Kalau beli ikan K pesan, gelama yang berwarna kuning ialah gelama raja dan yang slim berwarna kelabu gelama pisang. Yang kelabu, badan pendik lebar dan berperut buncit? Kata sipenjual itu gelama maradona. Senanglah kalau nak pesan orang belikan ikan sebab gelama dah bernama.
Ketiga, aku memang dah lama tak selesa kalau tengok octupus. Di satu pasar aku pernah pergi, octupus pelbagai saiz ni duduk dalam dulang dan akan memerhati orang lalu-lalang. Matanya menjeling tajam dan kalau diamati betul-betul ia makhluk yang cerdik, bermuslihat dan penyabar. Mungkin ramai orang sudah terpedaya. Tetapi lepas cerita si Paul octupus oracle ni kalau aku jumpa yang sama jenis dengannya pasti akan aku buat sambal.
0 comments:
Post a Comment