Kiranya dari pertengahan Feb. hingga hujung Nov. tahun 2010 ini bermakna sudah 10 bulan aku terlibat dalam blog memblog ni. Sebelum itu tidak pernah terlintas dalam kotak fikiranku untuk mempunyai blog sendiri. Tapi setelah puas merayau ke sana kemari BW dan membuka blog orang mula berminat pula. Tambahan tengok Izz dan beberapa orang kawan sekerja ada blog, tambah bersemangat le. Bahan boleh di cari dan direka, gambar orkid yang ku ambil dari pondok orkid serta pameran pun ada. Nak masukkan gambar-gambar tersebut kat flickr, aku tak berani.
Hingga di hari Tahun Baru China, kebetulan cuti panjang jadi dapatlah duduk berdua dengan Izz buat blog ni. Allah izin, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Hajat hati setinggi gunung, nak share sesuatu yang baik, menulis memori semalam dan peristiwa yang terjadi, merenung kata-kata bistari dan peringatan-peringatan untuk diri. Template asal latarbelakangnya warna coklat dan aku guna selama 4 bulan (apasal aku pilih yang ini?). Tapi bila rasa tak berapa sesuai dan terlalu gelap barulah ia diganti dengan warna hijau.
Banyak peristiwa telah berlaku dalam 10 bulan ini, termasuk aku dah bertukar career, beberapa orang yang aku kenal dapat baby, ada yang sakit, ada baru naik pelamin dan ada pula yang telah meninggal dunia. Begitulah manusia terpaksa melalui pelbagai peristiwa pahit manis dalam menjalani hidup ini. Orang kata manusia tidak akan kehabisan berita dan cerita kerana setiap detik kehidupannya adalah perjalanan yang penuh ranjau.
Aku cukup bersyukur dan puas hati kalau ada orang baca blog ini, lalu mendapat manfaat darinya. Memadailah aku dapat muatkan 11 labels yang ada sekarang kerana kekadang terasa malas menghadap komputer (kena buat kerja rumah lagi) dan kehabisan idea untuk menambah entri. Doa tulus dari aku agar kita semua sentiasa mendapat kebaikan, rahmat dan petunjuk dari Allah swt di dunia dan di akhirat.

1 comments:
congrats
Post a Comment