Ketika aku membuka pintu kereta di tempat parkir tiba-tiba aku terdengar suara menyapa. Mula-mula terkejut tetapi selepas tu terpaksa pasang telinga agak serius untuk menangkap kata-kata dari mulut orang tersebut; bas, mana, bandar? Mamat orang putih cakap Melayu. Akhirnya bila nampak dia susah sangat mencari kata-kata aku pun terus bertanya.... can I help you?
Rupanya dia nak ke pusat bandar setelah melawat gua batu kapur berdekatan. Kasihan pula, berjalan kaki di bawah terik matahari, bas ke pusat bandar jarang lalu di jalan ini. Tunggu dua jam pun belum tentu ada. Aku pelawa naik kereta dan nak hantar dia dekat jalan besar yang bas lebih kerap lalu.
Katanya dia orang Sweden yang datang ke sini kerana lari dari musim sejuk di sana. Selepas bergerak sejauh satu kilometer aku rasa ada sesuatu yang tak kena dalam keretaku. Bau apa ye? Sedang dia rancak memuji-muji keindahan negara ini aku pula tertanya-tanya dari mana pulak bau busuk ni? Harap-harap orang sebelah tak perasan. Bau peluh atau setokin? Namun dia terus bercerita tentang salji di negaranya.
Oleh kerana betul-betul nak menolong aku teruskan perjalanan yang hanya 3 km dan turunkan dia di pusat bandar. Dalam perjalanan balik aku terpaksa membuka tingkap kerana bau busuk yang semakin kuat. Bila sampai ke rumah baru sedar di seat belakang ada bungkusan yang aku letakkan semasa masuk ke kereta tadi. Oh patut le.......sambal belacan sudah tumpah dan ikan tenggiri jeruk yang digoreng bersama bawang dan cili kering dalam bekas plastik sudah terbuka. Lauk lebih makan tengahari selepas meeting tadi.
Teringat kekawan yang mengoreng ikan masin di sebuah asrama, baunya semerbak menyusuk hidung hingga tuan rumah mat saleh datang membawa peralatan mencuci dan bertanya: where is the dead rat?

3 comments:
he3 nasib baik bau busuk tu dari makanan yang lebih... kalau sisa buangan dari mat salleh tu... kes naya jawabnya....
slm...
hahaha... perenggan teakhir membuat saya berdekah-dekah ketawa. haha
Cerita benar.... pekasam tu menyengat baunya tapi heran, ramai beno yang minat memakannya
Post a Comment