Untuk dijemurAsam gelugor kering
Di rumah aku belah dan buang bahagian yang buruk. Tak sangka, hati berdetik dan berbisik......rupa-rupanya dalam buah yang sangat masam mungkin pH 3 ni masih terdapat ulat buah. Aku hiris bahagian yang elok nipis-nipis. Buah asam yang ranum bukan benyek macam epal tetapi liat macam lilin. Sakit juga tangan nak menghiris tujuh biji untuk menjadi sekeping-sekeping.
Setelah dijemur selama dua hari baru dapat hasilnya, iaitu asam keping yang cantik nipis berwarna perang...bukan yang macam dibeli, sangat hitam legam.
Gambar pokok dan buah asam gelugor diambil di Kampung Ulu Kuang. Ramadan lepas aku sempat ke rumah Mak Yang dari kampung tersebut. Dia ni peramah dan seronok bercerita tentang keadaan kampungnya suatu masa dulu. Walaupun rumahnya di tepi jalan raya utama tapi di belakang rumah masih ada kawasan yang ditanam pokok buah-buahan. Ada nangka, cempedak, langsat, manggis, rambutan serta kelapa.
Mak Yang pelawa rambutan dan manggis tapi ketika sedang berpuasa tak larat pula nak mengait buah-buahan. Kemudian dia menunjuk ke atas daun kelapa kering di mana buah asam gelugor yang sudah luruh. Aku melihat ke arah pokok, rupanya ini pokok asam gelugor. Tinggi tetapi tak rendang. Bila di pelawa buah-buah tersebut aku tak menolak. Mulanya ambil tiga biji saja tapi Mak Yang menyuruh aku mengambil tujuh biji sekali.
Mak Yang pelawa rambutan dan manggis tapi ketika sedang berpuasa tak larat pula nak mengait buah-buahan. Kemudian dia menunjuk ke atas daun kelapa kering di mana buah asam gelugor yang sudah luruh. Aku melihat ke arah pokok, rupanya ini pokok asam gelugor. Tinggi tetapi tak rendang. Bila di pelawa buah-buah tersebut aku tak menolak. Mulanya ambil tiga biji saja tapi Mak Yang menyuruh aku mengambil tujuh biji sekali.
Di rumah aku belah dan buang bahagian yang buruk. Tak sangka, hati berdetik dan berbisik......rupa-rupanya dalam buah yang sangat masam mungkin pH 3 ni masih terdapat ulat buah. Aku hiris bahagian yang elok nipis-nipis. Buah asam yang ranum bukan benyek macam epal tetapi liat macam lilin. Sakit juga tangan nak menghiris tujuh biji untuk menjadi sekeping-sekeping.
Setelah dijemur selama dua hari baru dapat hasilnya, iaitu asam keping yang cantik nipis berwarna perang...bukan yang macam dibeli, sangat hitam legam.
1 comments:
susah nak carik pokok asam gelugoq la ni.. hehe
Post a Comment