Wednesday, November 3, 2010

Caterpillar

Ulat bulu besar hitam
Merayap di atas tanah
Makan daun

Caterpillar

Brown and furry
Caterpillar in a hurry

Take your walk

To the shady leaf, or stalk.


Or why not

Which maybe the chosen spot

No toad spy you
Hovering bird of prey pass by you


Spin and die

To live again a butterfly.

(C Rossetti)


Gambar diambil di tepi jalan ke Perlop. Aku berhenti di tepi jalan melihat kebun kelapa sawit yang baru ditanam. Di pintu pagar yang sedikit semak ternampak pula banyak ulat bulu, kalau nak dikira lebih 20 ekor. Ada yang merayap di atas tanah, melekat pada daun dan batang rumput. Semuanya berwarna hitam dan boleh dikatakan bersaiz L, montel panjang macam jari manis.

Meremang bulu roma melihat bulunya yang hitam dan panjang, Mungkin sangat berbisa kalau terkena kulit. Aku memang fobia dengan segala ulat tak kira samaada ulat beluncas pada daun getah, ulat buah nangka atau ulat batang sagu. Dan tak lupa ulat yang besar dan gemok berwarna hijau yang selalu memakan daun durian belanda. Cuma dengan ulat buku saja aku tak ada masaalah.


Oleh kerana jauh dari rumah jadi dapat aku nak cerita apa yang terjadi pada semua ulat bulu ni. Adakah ulat-ulat ni mampu berbuat sesuatu yang lebih menggemparkan selain dari makan daun? Tiga bulan lepas ada termuat dalam satu blog tentang para ulat bulu berderet menyeberang jalan dengan penuh sopan santun. Peristiwa terjadi di United Kingdom. Tak mungkin pulak ulat bulu di Malaysia ni sanggup berbaris mengikut peraturan......Tengok aje le rakyatnya yang ramai tak makan saman.

Apapun aku harap semua caterpillar selamat dan telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

2 comments:

piewahid said...

dulu2 biasa terjadi, relax2 bwh pokok, tau2 ada ulat bulu kat badan. selagi tak disentuh badannya, insya-Allah tak mendatangkan masasalah.

p/s- agak2 apa kaitannya caterpillar tu dgn jentolak tu ek?

Sarihani Falahi said...

Mungkin....bergerak sama slownya, tapi jentolak keras boleh lenyek kita

Post a Comment