Memberikan sesuatu samaada yang berupa hadiah dan sedekah dianjurkan Islam kerana ia banyak memberi manfaat kepada orang yang menerima lebih-lebih lagi kepada yang memberi. Memberi bukan semestinya harta benda mahal yang hanya boleh dilakukan oleh orang yang kaya raya. Sehubungan itu Rasulullah saw telah mengajarkan perkara yang yang lebih mudah dilakukan tetapi sungguh bermakna seperti bermuka manis, tersenyum dan tolong menolong sesama manusia.
Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya harta itu hijau dan manis. Barangsiapa yang mengambilnya dengan kemurahan hati maka akan diberkati; barangsiapa mengambilnya dengan ketamakan maka tidak akan diberkati (jika tidak berkati maka dia) seperti orang yang makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di atas (memberi) lebih baik dari tangan di bawah (menerima). (HR Muslim).
Untuk membuktikan kemurahan hati dan kelebihan bersedekah agar menjadi ikutan umat baginda, Rasulullah saw sendiri telah memberikan kembali bahagian harta rampasan perang yang baginda perolehi. Mengenai hak harta rampasan perang Allah swt berfirman yang bermaksud, "Mereka menanyakan kepada mu tentang (pembahagian) harta rampasan perang. Katakanlah 'Harta rampasan perang itu kepunyaan Allah dan Rasul, sebab itu bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu, dan taatlah kepada Allah dan RasulNya jika kamu adalah orang-orang yang beriman." (Al Anfal: 1). Harta dan ternakan tersebut baginda sedekahkan untuk orang-orang yang memerlukan seperti fakir miskin dan orang yang baru menganut agama Islam.

Islam tidak melarang umatnya kaya raya tetapi pemilik kekayaan mesti sedar bahawa ada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan agar nikmat ini dapat menyelamatkan yang empunya di dunia dan akhirat. Sesungguhnya pada harta kekayaan itu terdapat hak orang-orang miskin kerana segalanya merupakan pinjaman dari Allah swt yang boleh diambil semula dengan tiba-tiba.
1 comments:
betul tu..dla setuju..kalo dah beri tu jgnla nak menujuk lak kan :)
Post a Comment