Gambar di ambil tempat-tempat yang ada bunga ros. Aku minat bunga ros walaupun tak menanam. Jadi bila terjumpa terus aje rakam gambar kerana bunga ros mengingatkan aku ketika tinggal bersama keluarga angkat di sebuah ladang terpencil di tepi hutan. Tempatnya sunyi di atas bukit. Kakak angkatku yang aku panggil Kak Wan ialah isteri pengurus ladang tersebut.
Hobi Kak Wan menanam pokok ros.....siap ada nama; hanya Maria Callas dan Rumba yang aku masih ingat. Katanya menanam bunga ros untuk hilangkan bosan. Oleh kerana suasana sejuk dan tiada pencemaran udara jadi semua pokok ros Kak Wan sihat dan berbunga lebat. Teman Kak Wan hanya suami dan anak-anak serta beberapa ekor kucing kerana jiran terdekat pun nun di bukit yang satu lagi.
Hiburannya setiap petang ialah melawat dan merawat pokok rosnya yang ditanam dalam pasu yang disusun di tepi beranda. Ada hampir 20 pasu semuanya. Suami Kak Wan minat muzik, lumba kuda dan kereta manakala 4 orang anak lelakinya yang ketika itu dalam sekolah rendah dan menengah suka memancing dan bola sepak. Sesekali ikut juga pergi memancing di sungai atau tasik yang ada di ladang tersebut.
Walaupun pemandangan indah tapi rasa miserable betul tinggal di ladang tu.....Untuk menenangkan perasaan dan mengambil hati keluarga angkatku aku mengekor puan rumah sambil melayan dia berbual. Di waktu petang ketika aku temankan Kak Wan membelai bunga rosnya selalunya kami dihiburkan dengan suara suprano Maria Callas dari tape recorder suami nya menyanyikan Carmen Habanera...... dada..dum... dada... dum.....

0 comments:
Post a Comment