Bunga, close up
Gambar orkid diambil semasa Agrofest 2010. Orkid ini asalnya dari tempat yang jauh, di balik bumi belah sana iaitu Mexico, Amerika Tengah, Colombia dan Venezuela. Nama lamanya ialah Encyclia radiata tetapi telah ditukar kepada Anacheilium radiatum pada 1981. Oleh kerana ianya bukan orkid dari Asia Tenggara jadi ia jarang di tanam di sini.
Orkid A radiatum sejenis orkid epiphyte dengan hidup menumpang pada pokok lain tanpa merosakkannya. Ia juga orkid sympodial dengan pseudobulb lonjong dan berisi. Daunnya runcing lebih kurang 30 sm panjang. Tangkai bunga pula lebih kurang 16 sm panjang sementara bunganya 3 sm diameter. Bunganya berwarna putih kehijauan berbentuk menarik dan berbau wangi.
Pokok orkid ini boleh ditanam dengan menggunakan sabut yang diletakkan dalam bekas berlubang. Ia tidak tahan panas, oleh itu mesti diletakkan di tempat yang redup. Orkid ini mungkin akan menjadi salah satu orkid yang popular di sini memandangkan bunganya yang cantik dan unik.

2 comments:
ramai orang sangka orkid adalah tumbuhan parasit tapi sebenarnya tidak. orkid epifit yang cantik
chanteknyer orkid... suke :)
Post a Comment