Pucuk senduduk
Bunga senduduk
Kembang pagi
Hampir layu
Senduduk putih
Mengikut kata dua orang ipar nenek, tanah bahagian arwah suaminya ialah kebun getah di kampung sebelah seluas dua setengah ekar. Bila diberitahu begitu nenek dan anak-anak telah berpakat menebang pokok getah tua dan menanam semula dengan pokok getah kawin. Sementara itu nenek dan moyang masih boleh menoreh getah di belakang rumah seluas tiga ekar. Tidak lama kemudian nenek mendengar kebun dan tapak rumahnya akan dijual. Nenek serba salah namun faham bahawa dia mesti berpindah ke kampung sebelah.
Dalam pada itu nenek, moyang dan dua orang pakcik yang masih gigih mengusahakan kebun yang pokok getahnya. Setiap hari mereka membersih, memerun dan membakar ranting kayu. Kemudian membeli benih getah kawin dan menanamnya. Selepas kerja ini selesai barulah rumah nenek diruntuhkan. Mula-mula di bahagian hadapan dan tengah dengan bantuan penduduk kampung.
Sementara itu kami boleh tinggal di bahagian dapur yang masih ada dan ditutup dengan kepingan papan dan zink. Peralatan rumah semuanya diletakkan di dapur ini sementara menanti rumah baru siap. Kerja mengangut kayu semuanya menggunakan basikal, nasib baik perjalanannya tidak terlalu jauh; hanya terpaksa merentas denai yang semak, anak-anak pokok yang berselirat dan akar timbul yang menghalang jalan.
Peralatan rumah dan almari, pinggan magkuk dan periuk besar serta kawah juga diangkut dengan basikal. Salah satu harta yang moyang sayang ialah beberapa tempayan besar untuk menakung air hujan. Untuk mengangkut tempayan juga guna basikal tapi yang ada 'carrier' besar. Carrier ini dilapik dengan selimut tebal dan setiap tempayan diikat dengan getah tiub basikal agar tidak bergolek dan bergerak.
Dari kayu, papan, tiang dan zink rumah lama dapatlah didirikan sebuah rumah yang sederhana di tapak baru. Kami berpindah ke sini dan dapur di rumah lama pun di runtuhkan. Keadaan rumah ini lebih baik dari rumah lama kerana atap zink sudah disusun kemas dan tidak berlubang. Rumah ini tingginya cuma empat kaki dari tanah termasuk bahagian dapur kerana nenek tidak mahu ruang berlantai simen.
2 comments:
teringat zaman kecil dan awal remaja...
t kasih! :)
Dulu2 org bina rumah bergotong royong kan..
Keje berat pun jadi ringan... :D
Post a Comment