Gambar orkid cattleya dari pondok orkidku. Pagi ahad aku bersemangat ke pasat tani kerana selain dari beli sayur dan ikan aku boleh melawat satu-satunya gerai menjual bunga orkid di sana. Biasanya sebelum beli yang lain mesti jamu mata dulu. Kalau ada yang berkenan dan bajet masih kukuh aku pun terus bargain. Aku beli pokok orkid ni kerana berniat nak hadiahkan diri dengan sepokok orkid 'mahal' kerana orang di rumah ada yang sudah beli handphone dan lap top. Dari RM 30.00 dapat le RM 25.00, rasa berbaloi kerana rumpun besar dan bunga pun cantik.
Ketika membeli ada bunga 2 kuntum bunga saja. Lepas itu pokok hidup subur dengan pertumbuhan dua pseudobulb setiap kali. Malangnya pseudobulb matang tapi kuntum tak pernah keluar. Ianya berulang sampai aku dapat enam pseudbulb dalam masa setahun setengah. Apa kena pulak dengan pokok orkid cattleya ni. Pi tanya penjual dan dia tunjuk baja berharga mahal untuk membantu pokok berbunga.
Aku pernah dengar dari pekerja asing yang jual orkid bila tanya kenapa pokok orkid yang dijual digerai bosnya berbunga sakan. Katanya bos guna baja vitamin yang sudah expired (imported). Ia ke? Balik ke rumah, kebetulan ada vitamin tak habis, jadi aku pun leburkan dua tablets lalu siram kat perdu pokok di atas. Hui.....tak disangka, inilah hasilnya.. Lima kuntum sekali gus. Tapi aku rasa ini hanya kebetulan kerana pokok orkid Ordontoglossum yang disembur dengan cairan yang sama tak keluar bunga pun.......

3 comments:
peminat orkid ke? huhu... mak saya seronok tengok bunga2 tu..
Seorang teman mengajar saya.... meletakkan beberapa ketul kerang pada pasu orkid dan kesannya... rajin berbunga dan banyak kuntumnya...
suka orkid dan bunga-bunga lain. memang boleh taruk kerang, tetapi berbau sedikit (hanya beberapa hari). Saya juga pernah taruk baja tahi ayam dan tahi kambing untuk suburkan pokok
Post a Comment